Nutriferon Shaklee:Tingkatkan imunisasi badan anda dan keluarga

Nutriferon Shaklee adalah produk Shaklee wajib ada dalam laci vitamin rumah saya. Kenapa saya sangat suka produk ini? Kerana ia dianggap sebagai first aid kit untuk kami sekeluarga.

Dengan cuaca yang semakin tidak menentu di Qatar nih, memang ini adalah vitamin wajib untuk anak-anak saya. Apabila anak-anak diserang tanda-tanda hendak selsema atau batuk, cepat cepat saya akan tambahkan sedikit (selalunya 1/4 dari paket yang diambil oleh saya) Nutriferon Shaklee ke dalam susu mereka. Alhamdulillah, setakat ini selsema & batuk hilang macam tu saja. Tak sempat singgah ke tubuh badan anak-anak.



Untuk saya dan suami, sekurang kurang nya 3 paket setiap minggu berselang seli. Untuk meningkatkan tahap imunisasi badan. Suami memang tidak 'membenarkan' saya untuk jatuh sakit. Hidup ditempat orang. Kalau saya sakit, suami ke ofis, anak-anak memang tak terjaga. Tiada pengasuh, tiada mak ayah atau sedara nak mintak tolong tengokkan. Jadi, WAJIB bagi saya untuk tidak 'membenarkan' diri saya untuk jatuh sakit.

Istimewanya Nutriferon Shaklee dalam meningkatkan imunisasi badan anda dan keluarga :
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.
  • Melawan kanser & tumor - mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kimoterapi.
  • Melindungi badan dari influenza.
  • Meringankan stres dan kelesuan.
  • Melambatkan penuaan - merangsang pengeluaran makrofag untuk kurangkan radikal bebas. Jadi sel badan menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan infeksi kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.
  • Masalah berkaitan menopaus seperti hypertensi, tahap kolesterol tinggi, kitaran darah menjadi lebih baik.
  • Mengurangkan simptom PMS seperti menstrual cramp, sakit payudara, masalah jerawat, mood swing dan insomnia.
Nutriferon Shaklee (bacaan lanjut) ini boleh diambil oleh mereka seawal usia satu tahun dan ke atas (dengan cara kiraan dos yang ditetapkan)

Jadi jangan risau. Memang tidak merugikan. Sekotak Nutriferon Shaklee boleh dikongsi oleh seisi keluarga.

Stok terhad di Qatar.  Buat tempahan sekarang supaya anda tidak kecewa sekiranya stok kehabisan. Untuk yang berada di Malaysia, hubungi saya bila bila masa untuk tempahan anda.


Hubungi kami segera untuk pesanan anda.
SMS/Call/ WhatsApp (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Fadhilat Solat Sunat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
Rugikan kalau tak tunaikan Solat Dhuha setiap hari. Curi ruang masa untuk Solat Dhuha setiap pagi.

'Tak Ada Masa' dan 'Buat Buat Tak Ada Masa' adalah 2 perkara yang sangat berbeza.

Renung renungkan dan selamat beramal... 


Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements ha ve not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Vitalea : Multivitamin & Multimineral terbaik dari Shaklee

Vitalea Shaklee merupakan multivitamin terbaik kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral yang amat diperlukan untuk tubuh badan kita. Vitalea Shaklee ini diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Ia juga vitamin larut air yang sangat mudah dan pantas diserap oleh tubuh badan kita.

Ujian klinikal menunjukkan bahawa individu yang mengambil Vitalea Shaklee ini selama setahun dapat mengurangkan risiko jatuh sakit sehingga 65%. Ia merupakan multivitamin terbaik kerana ia adalah formulasi yang disokong oleh 7 kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dengan kualiti yang luar biasa sekali.

Antara khasiat yang diperolehi sekiranya anda mengambil Vitalea Shaklee ini ialah :


  • Meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental.
  • Menyokong jangka hayat hati, usus, jantung dan buah pinggang.
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
  • Menyediakan asas nutrisi dan membantu dalam stimulasi metabolisme.
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

Siapa yang perlu mengambil Vitalea Shaklee :

  • Semua orang dewasa kerana secara lazimnya orang dewasa cenderung mengambil makanan tidak seimbang contohnya makanan segera, makanan rapu dan cara mengendali dan memasak makanan berkhasiat juga turut diabaikan menyebabkan khasiatnya akan hilang.
  • Ibu mengandung yang cenderung untuk mengalami anemia & tekanan darah rendah sepanjang proses kehamilan. Dengan 2 biji pengambilan Vitalea setiap hari maka si ibu tidak perlu mengambil kerang atau organ dalaman lain. Set Ibu Hamil yang disarankan juga mengandungi Vitalea Shaklee sebagai produk utama.
  • Ibu menyusu terutamanya bayi yang menyusu melebihi umur 6 bulan. Kajian menunjukkan zat besi di dalam susu ibu berkurangan apabila bayi melebihi 6 bulan. Dengan pengambilan Vitalea Shaklee, InsyaAllah bayi mendapat kandungan zat besi yang mencukupi.

Ingin jadi individu, ibu serta bapa yang hebat??? Sekurang kurangnya anda perlu pastikan Vitalea Shaklee tersenarai dalam must have item di dalam laci vitamin rumah anda. Alangkah ruginya anda sekiranya mengabaikan pengambilan multivitamin terbaik dari Shaklee ini.

  Like Captvitamin page di Facebook untuk produk info dan tips tips terkini.


Hubungi kami segera untuk pesanan :
Call / SMS (Doha) +97433014039
WhatsApp/WeChat (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Shaklee Vivix : Kesan Masalah Jantung Ayah

Kaki ayah memang selalu bengkak. Bila bengkak, nampak berkilat macam penuh dengan air. Kesimpulan yang ayah dan kami anak anak buat ialah sakit gout. Setiap kali kaki ayah bengkak, ayah akan ambil ubat gout dan rasa lega. Kami anak-anak memang tak suspek apa-apa memandangkan gout adalah perkara biasa yang dihidapi oleh orang tua memandangkan ayah juga peminat tegar udang dan sotong.


Memandangkan kerap sangat ayah kena gout, saya yang waktu itu baru lagi menjadi Shaklee Independent Distributor menyarankan ayah mengambil Vivix. Orang tua (tambah tambah ayah, kalau mak saya memang senang, si ratu vitamin) memang agak susah nak makan vitamin. Saya cuba pujuk. Cakap kat ayah, Vivix ni senang sangat, jenis cecair dan satu sudu teh sebelum tidur. Tak payah fikir nak makan berapa biji dan bila. Ayah pun setuju ambil Vivix. Alhamdulillah.

Nampak ayah istiqomah ambil Vivix (dengan paksaan dan leteran dari mak jugak).. hehehe..  Tak silap saya, lepas ambil setengah botol, kaki ayah bengkak teruk dan melarat bengkak sehingga ke perut, dan muka juga nampak bengkak. Dalam masa yang sama, kami ke KL utk attend majlis kahwin cucu saudara ayah yang mana anak saudara ayah kedua suami isteri adalah doktor. Ayah nampak memang bermasalah, memang pelik. 

Kak Akma (dulu pernah berkhidmat di Pusat Dada Negara) sekali pandang ayah, terus inform saya.. 
Go for further check up, its related to jantung. Ayah nampak teruk!! Haaaaaa.. memang semua terkejut. Sepupu saya tulis refer letter ke Klinik Kardiologi di GH Penang. Saya dan kakak bawa ayah untuk rawatan lanjut. SAH!!! Ayah ada tiga masalah jantung. Jantung berlubang (since dilahirkan), injap dah rosak teruk, dan saluran tersumbat. 3 serangkai. 

Kes ayah memang rumit. Tiga kes sekaligus. Dan semua serius. Beberapa kali rawatan susulan, ayah pun setuju dengan major operation untuk tutupkan lubang jantung, menukar injap dan menukar saluran tersumbat di jantung. Memang suspen. Siapa tak suspen kan? Kami sekeluarga hanya mampu berdoa semoga semua selamat.

Alhamdulillah.. dengan izin Allah ayah selamat menjalani pembedahan. Proses baikpulih juga cepat walaupun ayah dah berumur. Berkat tidak pernah mencuba untuk merokok walau sebatang pun (doktor pun hairan, sebatang rokok pun ayah tak pernah hisap seumur hidupnya). Kepada sesiapa yang merokok, tolong lah berhenti merokok. Banyak masalah yang akan timbul kemudian hari. Sekarang ayah dah sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa. Syukur sangat.

Katakan lah ... 

Ayah tidak ambil Vivix, mungkin sehingga sekarang kami masih menganggap bengkak kaki ayah disebabkan gout tanpa berbuat apa-apa dengan hanya mengambil ubat doktor.

Katakan lah ...

Penyakit jantung ayah tidak dapat dikesan awal, ayah terus collapse? Strok? Nauzubillah, mintak dijauhkan.

Katakan lah ...

Saya tidak kenal Shaklee.. mungkin ayah juga tidak kenal Vivix.

Syukur sangat, dengan izin Allah saya kenal Shaklee dan perkenalkan Vivix kepada ayah. Saya percaya, Vivix did works on its own way. If Vivix tak dapat sembuhkan penyakit itu.. at least dia bagi petunjuk dekat kita untuk go for further detailed check up. 

Kalau anda sayangkan mak, ayah, suami, isteri.. Mungkin yang ada penyakit darah tinggi, kencing manis.. Saya amat menyarankan pengambilan Vivix untuk vitamin harian mereka. Harga mahal? Apa lah sangat harga yang dibayar nak dibandingkan dengan kesihatan orang yang paling kita sayang kan? Tepuk dada tanya hati..

Bulan Mei ini adalah bulan promosi Vivix Beli 6 Percuma 1.. boleh kongsi dengan keluarga dan kawan-kawan.

Dan pembelian 2 botol Vivix juga melayakkan anda memperolehi keahlian percuma Shaklee seumur hidup.


Hubungi kami segera untuk pembelian

SMS/Call/WhatsApp (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 01125266427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Shaklee Collagen Powder : Fungsi 7 Ramuan Utamanya

Fungsi tujuh ramuan utama yang terdapat dalam Shaklee Collagen Powder :

Kolagen dari sisik ikan merah
Sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain.


Ekstrak biji Camellia Japonica
Biji Camellia Japonica terdiri dari asid  oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Ekstrak Pfaffia
Pfaffia juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikut amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

Elastin dari kolagen ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

Vitamin C dan B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalam metabolima karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

Ekstrak kekerang
Glukosamin ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Ketujuh-tujuh ramuan utama ini digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam.

Dapatkan KEAHLIAN PERCUMA dengan pembelian 3 kotak Shaklee Collagen Powder.

Hubungi kami segera untuk pesanan anda SEKARANG!!

SMS/Whatsapp/Call (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 01125266427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.