Showing posts with label Set Kurus Bajet. Show all posts

Tips berfesyen : Tampak langsing walaupun berpakaian longgar

Salah satu sebab nak kurus sangat sangat sebab nak bergaya la kan? Kalau kurus langsing senang nak beli baju, saiz M atau S dan paling best fesyen macam mana pun kena dengan badan kan? Tuh la yang membuatkan ramai sangat wanita wanita yang nak sangat kuruskan badan.

Dalam kita berusaha menurunkan berat badan, siapa cakap kita tak boleh berfesyen. Boleh sangat. Tambah pulak kalau kena dengan badan dan sesuai. 

Di sini saya nak bagi tips untuk para muslimah berfesyen. Walaupun bertubuh gempal masih lagi nampak anggun dengan pakaian yang menarik. Maksud menarik di sini bukan untuk menarik perhatian lelaki, namun lebih kepada keyakinan diri. Tambah tambah sekarang ini dah ramai wanita yang perlu keluar bekerja, jumpa client dan sebagainya. Jadi penampilan harus dititikberatkan untuk membina keyakinan diri.

 
Saya kurang setuju dengan pakaian yang ketat ketat dan menampakkan susuk tubuh nih. Bukan apa, dah la awak tuh tak kurus sangat. Banyak lemak dan babat yang berlebih di lengan, perut, pinggang, peha dan banyak lagi kawasan lain. Kalau pakai ketat ketat.. tak ke babat babat tuh semua tersembul keluar, dari nak bergaya terus jadi kelakar kan? Hihihihi. Jangan lah buat macam tuh, buat malu diri sendiri jek.. 

Antara perkara yang perlu di ambil perhatian untuk berfesyen ialah :

PEMILIHAN WARNA

Kalau boleh pilih lah warna yang gelap, tapi bukan semestinya hitam je.. Ada banyak lagi warna lain yang boleh pilih dan cantik, contoh maroon, ungu gelap, biru gelap.. dan warna seperti turquoise pun boleh dikategori sebagai warna gelap. Cantik dan bergaya. Lagipun untung bergaya dengan warna gelap, tak perlu kita menjaga sangat dan kalau ada kesan kotor sikit sikit tak nampak. Pemilihan pakaian berwarna gelap juga memberi kesan ramping kepada si pemakai. Walaupun pakaian longgar dan memenuhi syariat tapi tetap nampak langsing.

PEMILIHAN CORAK

Sekiranya anda bertubuh gempal, JANGAN SESEKALI memilih corak yang terlalu besar. Contoh berbaju kurung dengan corak bunga matahari 3,4 kuntum atau penuh satu badan. Tak sesuai dan akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal. Pilih corak kecil kecil atau yang simple sahaja. Jadi kesan kurus lebih terserlah.

CORAK BELANG

Satu lagi kesilapan mereka yang bertubuh gempal adalah silap memilih corak belang (stripes). Stripes ada dua jenis iaitu menegak dan melintang. Kalau badan besar tapi mengenakan corak melintang memang sangat ketara nampak kita lebih besar. Jadi pilihlah corak stripes menegak. Memang akan terserlah kesan langsing tuh. Kalau yang berseluar, nampak kaki lebih panjang. Ala ala model gitu. Hehe.

"Saya berjubah, jadi semua ini tiada beza"

Eh, siapa cakap mereka yang berabaya, berjubah tak boleh berfesyen? Sekarang ini memang banyak dijual jubah yang cantik dan menarik. Cuma kita perlu pandai pilih ikut kesesuaian badan. Boleh ikut ciri ciri yang saya senaraikan kat atas. Pasti tak menyesal. Muslimah pun boleh berfesyen. Cuma perlu kena caranya. 

Berfesyen tak semestinya meninggalkan syariat. Betul tak?

Tapi fesyen itu cuma menampakkan langsing sahaja, hakikatnya banyak lagi lemak lemak yang perlu kita buang kan? Macam mana nak buat tuh? Hmmm.. maybe Set Kurus Shaklee boleh tolong kan? Lecithin dan Omegaguard boleh bantu untuk pecah lemak, HerbLax untuk detoks usus dan Alfalfa bantu untuk angkut lemak keluar dari badan. Tak lupa juga ESP atau Cinch Shake Mix untuk bantu rasa kenyang lebih lama.

Kurus langsing untuk suami sendiri. Sapa tak mau kan? Jangan sebab kita terlalu tak ambil peduli pasal bentuk badan buat suami tak suka nak duduk dekat dekat. Memuaskan pandangan suami tuh kan besar pahalanya. Hehehe.

Jom try satu set!! Tak mahal pun.. Harga Shaklee memang mampu milik. Insyaa Allah


Hubungi kami segera
Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Inginkan lengan kurus ala ala Miss World? BACA SINI

Perasan tak? Ada satu lagi bahagian badan kita yang paling susah nak kurus selain perut. Kadang kadang badan dah nampak kurus sikit tapi lengan maintain besar batang balak. hihihi.

Nak ambil gambar punya seksa kan? Nak cekak pinggang ke, nak letak tangan bawah ke. nak buat tangan ala ala nasyid ke, serba tak kena dek kerana nak nampakkan lengan kecik. Time tuh mula la, kan best lengan aku kurus macam Miss World. Hihihi.

Jom kita tengok beberapa tips nak kecilkan lengan yang menjadi dilema banyak wanita wanita anggun di luar sana.

 

1) ANGKAT BERAT

Guna dumb bell untuk angkat berat. Cara angkat berat tuh boleh rujuk mana mana di YouTube. Kena buat kerap. Seminggu 3 kali. Mulakan dengan dumb bell yang ringan dulu, lepas tuh tambah berat ikut keperluan. Yang penting konsisten. Tak semestinya perlu ke gym. Di rumah pun boleh. Kalau kreatif boleh guna alatan di rumah seperti botol yang diisi air untuk senaman ini. Tak perlu keluar modal. Lengan kurus dan jimat poket.


 2) AMALAN PEMAKANAN

Mesti bertekad untuk kawal diet seharian. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan pengambilan sayur sayuran, kekacang, produk tenusu dan protein. Kurangkan makanan yang diproses seperti fast food. Tinggi kalori dan tidak berkhasiat. Jadi bijak dalam memilih makanan. Jangan terlalu mengikut nafsu.

3) SENAMAN AEROBIK

Salah satu cara yang paling efektif untuk kuruskan lengan kerana ia memerlukan pergerakan keseluruhan badan. Boleh cuba gerakan windmill. Boleh rujuk gambarajah seperti di bawah.


 4) BOXING

Ini satu bentuk senaman yang sangat sangat fun. Anda akan keluarkan banyak peluh dengan senaman ini. Kaedah ini akan membentuk lengan menjadi lebih cantik. Boleh tumbuk 'punching bag'. Tapi kalau tak ada, boleh 'tumbuk angin' tapi pastikan anda bersungguh-sungguh. Baru menjadi. ;-)



5) PUSH UP

Salah satu cara yang berkesan untuk membentuk lengan seterusnya membakar tisu tisu lemak di bawah lengan.  Amalkan setiap hari, hasilnya pasti menakjubkan.



Kalau betul betul inginkan lengan yang kurus dan cantik mestilah BERTEKAD untuk melakukan semua yang di atas. Tanpa alasan dan dengan berdisiplin. Semua boleh dilakukan di rumah tanpa alatan. 

Kalau rasa susah sangat lemak lemak tuh nak hilang, boleh cuba Set Kurus Shaklee Optimum atau Set Kurus Bajet Shaklee. Memang berkesan dan memudahkan lagi proses mengecilkan lengan dan menguruskan badan anda tanpa ada kesan sampingan. Banyak yang dah cuba dan berjaya mencapai apa yang di inginkan. 

Jangan risau, dengan menjadi ahli Shaklee, harga set tersebut memang mampu milik. Lagipun pihak CaptVitamin menyediakan konsultasi percuma sesuai dengan keperluan anda. Tunggu apa lagi? Jom cuba. Lagi lama tunggu makin berlapis lapis lemak, makin susah nak hilang. Eeeee ngeri..


Hubungi kami segera
Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Detoks usus dengan Herb-Lax Shaklee

Ramuan asas Herb-Lax terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Mengandungi 9 herba semulajadi iaitu :
  • Alfalfa leaves - Membersihkan usus, darah dan hati.
  • Senna leaves - rangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, cepatkan proses detoks dan kurang kan penyerapan lemak
  • Anise seed - rangsang pengeluaran jus gastrik untuk bantu proses pencernaan.
  • Blue malva flower - bantu proses detoksifikasi dan imbangi tekstur kulit.
  • Buckhon bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan pada usus.
  • Licorice root - bantu proses detoks
  • Rhubarb root - herba yg byk digunakan dalam perubatan Cina
  • Fennel seed
  • Culver's root


Sifatnya yg menggalakkan tindakan pembersihan yg lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Antara manfaat utama Herb-Lax Shaklee ialah :
  • Pembersihan najis yg tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yg tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yg lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
AWAS !!

Bagi mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala bagi yang normal Herb-Lax akan mengambil masa 8-12 jam untuk bertindak selepas pengambilan.

Bagi wanita yang datang bulan, TIDAK DIGALAKKAN untuk mengambil Herb-Lax kerana ini akan menyebabkan kurang selesa kerana Herb-Lax akan mengganggu otot perut. Di tambah dengan menstrual cramp sebabkan lebih tidak selesa.

Herb-Lax adalah vitamin detoks yang sangat penting untuk memulakan sebarang proses diet kerana kita perlu detoks usus sebersihnya untuk memastikan makanan dan vitamin lain dapat diserap dengan lebih optimum.

Anda boleh mendapatkan Herb-Lax dengan harga RM53.75 sebotol. Nak lebih murah? Boleh!! Dengan syarat anda perlu menjadi ahli Shaklee. Dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee anda layak menerima diskaun sehingga 20% bagi setiap produk Shaklee. Untung sangat. Jangan tunggu tunggu lagi. Pesan Herb-Lax anda sekarang.


Hubungi kami segera
Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Kurus Bajet Shaklee : Cepat, selamat dan berkesan!

Ramai yang tidak sanggup nak keluarkan beribu ribu ringgit sekaligus semata mata nak kuruskan badan kan? 

Satu, belum tentu berkesan atau tidak. Dua, mana nak carik duit banyak banyak semata mata nak kurus kan?

Kurus langsing memang idaman semua. Terutamanya wanita. Sebab kita seringkali disogokkan dengan model model kurus langsing yang berlenggang lenggok di atas pentas peragaan, bila dipandang memang meleleh air liur lah kan? Cantik nye lah haiii.. senang nak beli baju, pakai apa apa pun cantik.

 
Selain dari itu, kurus dan langsing juga mencerminkan gaya hidup serta gaya pemakanan seseorang itu. Dan seperti yang kita tahu, orang yang kurus dan langsing nih kurang berisiko untuk dihinggapi penyakit penyakit kronik.

Bila dibelek belek lemak lemak di peha, di perut dan di lengan memang merisaukan. Kalau anda dah cuba banyak produk pelangsingan yang ada di pasaran tapi masih tidak berkesan apa kata cuba Set Kurus Bajet Shaklee pula. Hanya dengan 3 produk dalam Set Kurus Bajet ini, InsyaAllah hasilnya memuaskan. 

Antara produk yang terdapat dalam Set Kurus Bajet Shaklee ini ialah :

HerbLax - Apakah fungsinya :
  • Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh
  • Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Melawaskan pembuangan air besar.
     HerbLax akan menampakkan kesan dalam masa 8-12 jam selepas pengambilan. Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos kepada 5-8 biji dan boleh kembali ke dos asal setelah proses pembuangan kembali normal. Bagi yang mengamalkan Alfalfa Complex dan Lecithin mungkin boleh mencuba HerbLax untuk pembersihan usus secara total.
 
  
  •       Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  •       Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  •       Membantu mengawal paras triglycerides
  •    Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  •       Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
 
  • Berupaya membuang toksin dalam badan dan boleh dimakan setiap hari tanpa kesan cirit birit.
  • Mengangkut lemak yang dibakar oleh Lecithin keluar dari badan.
  • Membantu pelawasan yang turut membantu menurunkan berat badan.
  • BONUS untuk wanita kerana Alfalfa juga mendapat jolokan 'herba moden' di mana berfungsi menyelesaikan masalah keputihan dan mengetatkan vagina.
Banyak kesan sampingan yang best dengan mengambil Set Kurus Bajet ini. Antaranya :
  • Perut lebih kempis
  • Mudah buang air besar
  • Mencuci usus seterusnya memudahkan proses penyerapan vitamin
  • Badan terasa lebih ringan dan bertenagaBerat turun dan boleh dapat bentuk badan yang lebih menarik dan cantik
Tunggu apa lagi? Baik order cepat sebelum lemak degil makin bercambah cambah dalam badan. Yang paling best Set Kurus Bajet yang tahan lama ini harganya dibawah RM160 tapi dapat bertahan sehingga 7 bulan. Bayangkan betapa untungnya anda. KURUS, RAMPING dan JIMAT POKET. Kalau yang ada bajet lebih tuh sangat sangatlah disarankan untuk ambil SET KURUS OPTIMUM. Lagi cepat dan lagi mudah untuk kawal pengambilan kalori seharian. Memang best set optimum dan saya sendiri mengamalkannya. Sempoii habis.

Nak lagi jimat?? Jadi Ahli Shaklee dan terus dapat harga ahli. Bestkan? bukan rugi pun jadi ahli. Seumur hidup keahlian tak perlu renew renew. Silap silap kalau cukup points Shaklee bayar bonus lagik.. Best sangat. Jadi pengguna bijak. Jadi Ahli dan nikmati pelbagai keistimewaan. Nak order?? Whatsapp di nombor di bawah. Laju laju tau...
 
 
      Hubungi kami segera
Call/Whatsapp/SMS (Doha) +974 33014039
SMS/WhatsApp (Malaysia & Doha) +6011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.