Showing posts with label Zinc. Show all posts

Vitamin untuk kesihatan keseluruhan serta sistem reproduktif lelaki

Seperti biasa lelaki memang ambil mudah bab penjagaan kesihatan luaran dan dalaman. Semuanya tak kisah. Asal boleh. Mandi pun, kadang kadang dengan seketul sabun tuh la dari hujung rambut sampai hujung kaki. Berbeza dengan wanita. Memang peduli semua benda dari atas sampai bawah.

Termasuk dalam bab penjagaan kesihatan dalaman. Vitamin tuh macam 'alien' barangkali untuk mereka. Kadang kadang sampai dah sediakan depan mata pun masih liat nak telan. Kalau boleh nak manja dengan isteri, sampai isteri terpaksa letak vitamin dalam tangan. Baru nak telan. Sebenarnya, lelaki paling penting untuk ambil vitamin vitamin nih.


Mana tidak, lelaki sebagai ketua keluarga. Kuat bekerja nak menyara keluarga. Di pejabat tertekan dengan pelbagai masalah pejabat. Yang bekerja di kilang terdedah dengan pelbagai habuk dan asap, jadi badan mudah rosak disebabkan pencemaran pencemaran ini.

Lelaki juga merupakan golongan yang mempunyai risiko yang tinggi dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi.

Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti :
  • Mati pucuk
  • Pembesaran prostat
  • Kelesuan
  • Kurang tenaga dan stamina 

Program Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki. Terdiri daripada 


  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
  • Mengurangkan keradangan
  • Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.


  • Antipenuaan
  • Memperbaiki parut
  • Melindungi jantung
  • Memperbaiki arthritis
  • Antioksidan yang kuat
  • Menghalang keguguran
  • Kelestarian seksual dan tenaga
  • Meningkatkan reproduktif dan kesuburan


Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Antara kebaikan mengambil set ini ialah : 
  • Memelihara kesihatan prostat.
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan.
  • Memelihara jantung yang sihat.
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal.
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat.
Harga mampu milik yang ditawarkan oleh Shaklee untuk dapatkan set ini sesungguhnya memang sangat berbaloi untuk suami tersayang. Kalau rasa rasa taktau nak hadiahkan suami sempena hari jadinya, apa kata hadiah set ini. Kesihatan berpanjangan yang tidak ternilai harganya. Sanggup ke kita sebagai isteri berterusan tengok  suami setiap kali balik kerja terus lembik dan tak boleh buat apa apa. Hubungi nombor di bawah untuk pesanan Set Men's Vital Health sekarang dan jadi ahli Shaklee untuk penjimatan berganda.


Hubungi kami segera
Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Berpantang Shaklee : Cinta Pertama

Alhamdulillah.. Saya mula kenal Shaklee dengan Set Berpantang. Beli melalui seorang rakan yang saya telah ikut blog beliau sekian lama. Dengan Set Berpantang Shaklee pengalaman berpantang anak pertama dan kedua sangat sangat berbeza. Dengan anak pertama juga saya berpantang dengan jamu moden jenama satu MLM yang agak terkenal. Malangnya, tidak serasi dengan saya, masalah resdung yang telah lama hilang tiba tiba datang balik. Sangat kecewa. Saya tekad untuk anak kedua akan mencuba jenama lain. Bertemu dengan Set Berpantang Shaklee is a blessing to me.


Syukur!! Badan cepat cergas dan bertenaga. Takde ngantuk ngantuk, walaupun berjaga malam dengan kerap untuk susukan bayi. Berbeza dengan anak pertama, saya lemah lesu tak bermaya. Luka lambat sangat baik. Dengan Shaklee, balik dari hospital saya dah boleh jalan laju laju macam orang tak bersalin. Ibu saudara saya yang menemani saya semasa berpantang tak habis habis war warkan pada tetamu yang datang melawat. "Baguih ubat pantang dia makan, dia tidoq ataih katil 3 hari tuh ja kat hospital, balik rumah dah tak macam orang baru lepaih beranak, 2 minggu lepaih beranak naik kapai terbang balik dari Qatar ke Malaysia.. Baguih sungguh ubat tu". Kembang kempis jugak la hidung tuan empunya badan nih. Hehe.

Walaupun saya mengambil jamu moden, amalan bengkung, lulur dan tungku tak dilupakan. 44 hari bertungku dan berbengkung. Balik dari Qatar, sambung pula berpantang kat Malaysia. Hehe. Maklum lah badan kita nak pakai lama kan?

Antara produk yang terdapat dalam Set Berpantang Shaklee ialah :

Vitalea - Setiap tablet dalam multivitamin ini mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak dari sayur dan buah. Ia juga bertindak sebagai pemberi tenaga segera. Elak keletihan dan lemau. 

B Complex - Vitamin yang juga dikenali sebagai anti stress. Ibu yang berpantang seringkali mudah murung dan tertekan disebabkan tak mampu untuk mengurus diri serta bayi. Vitamin ini memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. 

Sustained Release Vita C - Vitamin C dapat meningkatkan sistem imun juga menyingkatkan proses penyembuhan luka. Ibu berpantang memang di'haram'kan demam atau sakit sewaktu dalam pantang. Takut bentan kata org org tua.

Zinc Complex - Ia dapat mempercepatkan proses pemulihan luka jahitan dan luka rahim. Ini lah penyebab saya jalan tak macam orang baru lepas bersalin sebaik balik dari hospital. Hehe.

ESP - Sumber protein penting untuk pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga bertindak sebagai pemberi tenaga segera memandangkan sewaktu berpantang banyak makanan dan minuman yang tidak boleh diambil oleh ibu takut memudaratkan. Jadi ESP adalah pengganti yang paling selamat.

Jangan risau kalau tengok jumlah bilangan biji bagi setiap jenis vitamin di atas, kerana setiap vitamin tersebut boleh diambil sehingga lepas pantang sebagai persediaan menyusu bayi sehingga 2 tahun.

 +

Kalau nak lebih jimat? Boleh jadi ahli Shaklee. Anda dapat jimat sehingga 20% untuk setiap produk. Untung untung dapat cash bonus lagi. 

Bermula dengan set ini lah saya jatuh cinta jatuh hati dengan Shaklee tanpa berpaling lagi. Oh! I love Shaklee so much!

Hubungi kami segera

Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Pantang Shaklee : Bertenaga seawal hari ke 3 selepas melahirkan

Alhamdulillah, dah 3 bulan lebih lil Hajna Mezayra menjenguk dunia.. Bayi Shaklee yang sihat aktif dan sangat baik budinya. Maklumlah dari dalam perut mama lagi dah mendapat khasiat vitamin Shaklee. Dan bersambung pula dengan Set Pantang Shaklee yang diterima melalui susu ibu.

Set Pantang Shaklee selamat atau tidak untuk ibu menyusu? Oh.. bukan hanya selamat.. Malah sangat bermanfaat untuk bayi dan ibu.. Benda yang sentiasa dalam ingatan semasa mengemas beg hospital pastilah vitamin dari Shaklee. Seawal lepas melahirkan dan dihidangkan makanan selepas melahirkan saya terus mengambil vitamin untuk meningkatkan tahap kekuatan badan. Maklumlah proses bersalin memang letih dan memenatkan. Set Pantang Shaklee terdiri dari Vitalea Iron Formula, B Complex, Chew Vita C 100mg dan Zinc. Kesemua vitamin ini mempunyai khasiat yang tersendiri :

 
Vitalea Iron Formula :

Ia sebagai pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Ia juga menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru dan membantu proses pembesaran. 

B Complex : 
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lebih berkesan apabila bertindak bersama dalam meggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular. Juga dikenali sebagai vitamin anti stress / vitamin 'gembira'. Mengelakkan ibu berpantang dari di serang meroyan.

Chew Vit C 100 mg :
Menguatkan sistem imunisasi badan. Mengelakkan si ibu dari mudah terkena demam atau selsema semasa berpantang. Seperti yang diketahui semua adalah sangat tidak elok bagi ibu berpantang sakit semasa dalam pantang.

Zinc Complex :
Mempercepatkan proses penyembuhan luka luar (jahitan) dan dalam (luka rahim).

Syukur.. dengan pengambilan Set Pantang Shaklee ini, saya kuat dan sihat seawal keluar dari hospital. Badan tidak rasa lemah atau tak bermaya walhal dengan adanya bayi serta kakaknya yang berusia setahun 6 bulan ketika itu yang keduanya memerlukan perhatian saya. Rakan rakan yang datang melawat juga dan menegur mengatakan saya tidak seperti orang yang lepas seminggu bersalin. Luka cepat baik menyebabkan mudah untuk saya bergerak dan bertenaga. Tidak lesu dan sentiasa bertenaga. 

Set Pantang Shaklee juga membantu saya lebih cepat cergas sehingga membolehkan saya terbang dari Doha ke Kuala Lumpur seawal 20 hari berpantang. Pramugari pun terkejut apabila diberitahu yang bayi saya berusia 20 hari sudah dibawa menaiki kapal terbang selama 11 jam. Alhamdulillah, semuanya di permudahkan oleh Allah SWT. Saya suka untuk berkongsi manfaat dan kebaikan Set Pantang Shaklee ini dengan semua wanita yang bakal melahirkan. Harga yang berpatutan untuk tempoh penggunaan sehingga selepas berpantang dan juga berkesan serta semulajadi. Juga selamat untuk diambil ibu berpantang walaupun bayi di jangkiti jaundis. Jangan malu jangan segan nak mencuba benda baik. 


Hubungi kami segera
Call / SMS (Doha) +97433014039
WhatsApp/WeChat (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Bersalin Shaklee:Ibu lebih cepat sihat dengan mood ceria

Syukur dipertemukan dengan Shaklee semasa bersalin dan berpantang anak kedua. Bermula dari saat saya melahirkan anak kedua saya mula istiqomah mengamalkan pelbagai vitamin dari Shaklee yang bersesuaian bermula set pantang, set pengawalan berat badan, set tambah susu dan beberapa lagi set untuk kecantikan kuit. Saya mengamalkan semua set tersebut tanpa ada sedikit ragu-ragu memandangkan keyakinan yang kuat terhadap produk semulajadi Shaklee dan disokong oleh pelbagai kajian klinikal.


Mei 2013 saya melahirkan anak ketiga. Suka saya nak berkongsi disini yang saya rasa lebih sihat dan kuat semasa berpantang diusia 32 berbanding semasa melahirkan anak pertama pada usia 26. Pelik bukan? Kata orang, semakin berusia, semakin lemah badan seseorang dalam melalui proses bersalin dan berpantang. Tapi perkara itu tidak berlaku pada saya.

Saya telah mengamalkan set bersalin Shaklee seawal hari pertama melahirkan. Set Bersalin dari Shaklee memang dari awal saya sudah masukkan dalam beg yang akan dibawa ke hospital. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT luka bersalin lebih cepat sembuh berbanding kelahiran anak pertama. BComplex yang dikenali sebagai vitamin anti stress juga mengawal mood tenang saya. Bersalin dan berpantang kali ini saya mampu melakukan kerja kerja rumah seawal seminggu lepas melahirkan. Berpantang dengan 2 anak lain yang berusia 6 tahun dan setahun setengah memang mencabar. Si kakak dan bayi memerlukan perhatian dari saya sepanjang masa.

Walaupun tidak cukup tidur, saya masih bertenaga sepanjang hari untuk melayan ketiga-tiga anak saya. Saya jarang rasa mengantuk di siang hari walaupun malamnya tidak cukup tidur dan tidur juga sering terganggu untuk bangun menyusukan bayi (dan kakaknya, yerrr.. kakak masih menyusu, berkongsi dengan baby ;-)).

Nak tau vitamin apa yang tersedia di dalam Set Bersalin Shaklee? Di sini saya senaraikan vitamin yang sesuai dan bagus untuk ibu selepas melahirkan dan bagi mereka yang selesai melakukan pembedahan.


B-Complex

Ia bertindak sebagai anti-stress, menstabilkan emosi, dan membantu mengelakkan kemurungan. Stress sangat bahaya utk ibu lepas bersalin yang boleh membawa kepada masalah meroyan. InsyaAllah, ia mampu membantu ibu-ibu supaya sentiasa tenang & gembira.

Vitamin C

Membantu untuk menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin, membantu dalam pembentukan kolagen dan membantu penyembuhan tisu-tisu sel akibat bersalin. Juga bertindak untuk mengekalkan kesihatan ibu untuk berada di tahap yang optimum sepanjang berpantang. Sebagai bonus untuk ibu-ibu, kulit anda akan kelihatan lebih bersih, cantik dan berseri semasa berpantang.

Vita-Lea (Multivitamin dengan Iron)

Ketika proses melahirkan, wanita akan kehilangan jumlah darah yang agak banyak, jadi iron sangat diperlukan. Ia juga mengandungi multivitamin yang terdiri daripada pelbagai kumpulan mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh badan, maklumlah  pilihan makanan di dalam pantang adalah agak terhad. Maka Vita-Lea boleh membantu badan wanita mendapatkan sumber vitamin dan mineral yang tidak dapat diperolehi melalui pemakanan yang seimbang sewaktu berpantang.

Zinc Complex

Zinc mampu membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka-luka dalaman dan luaran selepas bersalin. Bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan, Zinc adalah antara vitamin yang sangat penting. Selain itu ia juga mampu mengurangkan masalah keguguran rambut dan mencantikkan kuku.




Bagi ibu yang bakal melahirkan dan masih tercari-cari set bersalin atau berpantang yang sesuai. Jadikanlah set dari Shaklee ini sebagai pilihan. Mengapa? Kerana ia terbukti berkesan, selamat dan semulajadi. Bayi demam kuning? Tidak perlu berhenti, teruskan sahaja pengambilan vitamin ini kerana ia tidak akan memburukkan masalah demam kuning bayi.



Hubungi kami segera
SMS/WhatsApp (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Zinc Complex Shaklee : Untuk kesihatan sistem reproduktif lelaki

Saya tidak pernah mengenali Zinc sebagai satu supplemen sehingga lah saya mengambil keputusan untuk berpantang menggunakan Set Berpantang dari Shaklee. Zinc adalah salah satu item yang terdapat dalam Set Berpantang Shaklee tetapi bukan dalam Set Menyusu Shaklee.

Jadi dari situ saya dapat mengagak yang salah satu fungsi Zinc adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. Maklumlah lepas bersalin ada bahagian bahagian yang perlu dijahit. Maka nya, pengambilan Zinc adalah amat digalakkan. Jadi supplemen Zinc ini bukan sahaja sesuai untuk ibu lepas bersalin malah bagi mereka yang lepas menjalani pembedahan juga digalakkan untuk mengambil Zinc untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka luar dan dalam.


Antara lain fungsi dan kebaikan Zinc Complex Shaklee adalah seperti berikut :
  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. 
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zinc memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna. 
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.
  • Kanser: Bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata.
credit : mamafaiz.com

Dengan kebaikan dan fungsi fungsi penting yang terdapat dalam Zinc terutamanya untuk kaum lelaki, maka jangan ambil mudah tentang kekurangan Zinc di dalam tubuh kita. Zinc yang mencukupi dgn dos yang bersesuaian terhadap tubuh memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada badan kita. Dan jangan lupa pastikan supplemen Zinc yang diambil dari sumber yang semulajadi dan bukan sintetik.

Buat pesanan dengan CaptVitamin untuk tawaran hebat dan harga diskaun yang berbaloi-baloi. 


Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.