Showing posts with label Set Kurus Shaklee. Show all posts

Tips berfesyen : Tampak langsing walaupun berpakaian longgar

Salah satu sebab nak kurus sangat sangat sebab nak bergaya la kan? Kalau kurus langsing senang nak beli baju, saiz M atau S dan paling best fesyen macam mana pun kena dengan badan kan? Tuh la yang membuatkan ramai sangat wanita wanita yang nak sangat kuruskan badan.

Dalam kita berusaha menurunkan berat badan, siapa cakap kita tak boleh berfesyen. Boleh sangat. Tambah pulak kalau kena dengan badan dan sesuai. 

Di sini saya nak bagi tips untuk para muslimah berfesyen. Walaupun bertubuh gempal masih lagi nampak anggun dengan pakaian yang menarik. Maksud menarik di sini bukan untuk menarik perhatian lelaki, namun lebih kepada keyakinan diri. Tambah tambah sekarang ini dah ramai wanita yang perlu keluar bekerja, jumpa client dan sebagainya. Jadi penampilan harus dititikberatkan untuk membina keyakinan diri.

 
Saya kurang setuju dengan pakaian yang ketat ketat dan menampakkan susuk tubuh nih. Bukan apa, dah la awak tuh tak kurus sangat. Banyak lemak dan babat yang berlebih di lengan, perut, pinggang, peha dan banyak lagi kawasan lain. Kalau pakai ketat ketat.. tak ke babat babat tuh semua tersembul keluar, dari nak bergaya terus jadi kelakar kan? Hihihihi. Jangan lah buat macam tuh, buat malu diri sendiri jek.. 

Antara perkara yang perlu di ambil perhatian untuk berfesyen ialah :

PEMILIHAN WARNA

Kalau boleh pilih lah warna yang gelap, tapi bukan semestinya hitam je.. Ada banyak lagi warna lain yang boleh pilih dan cantik, contoh maroon, ungu gelap, biru gelap.. dan warna seperti turquoise pun boleh dikategori sebagai warna gelap. Cantik dan bergaya. Lagipun untung bergaya dengan warna gelap, tak perlu kita menjaga sangat dan kalau ada kesan kotor sikit sikit tak nampak. Pemilihan pakaian berwarna gelap juga memberi kesan ramping kepada si pemakai. Walaupun pakaian longgar dan memenuhi syariat tapi tetap nampak langsing.

PEMILIHAN CORAK

Sekiranya anda bertubuh gempal, JANGAN SESEKALI memilih corak yang terlalu besar. Contoh berbaju kurung dengan corak bunga matahari 3,4 kuntum atau penuh satu badan. Tak sesuai dan akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal. Pilih corak kecil kecil atau yang simple sahaja. Jadi kesan kurus lebih terserlah.

CORAK BELANG

Satu lagi kesilapan mereka yang bertubuh gempal adalah silap memilih corak belang (stripes). Stripes ada dua jenis iaitu menegak dan melintang. Kalau badan besar tapi mengenakan corak melintang memang sangat ketara nampak kita lebih besar. Jadi pilihlah corak stripes menegak. Memang akan terserlah kesan langsing tuh. Kalau yang berseluar, nampak kaki lebih panjang. Ala ala model gitu. Hehe.

"Saya berjubah, jadi semua ini tiada beza"

Eh, siapa cakap mereka yang berabaya, berjubah tak boleh berfesyen? Sekarang ini memang banyak dijual jubah yang cantik dan menarik. Cuma kita perlu pandai pilih ikut kesesuaian badan. Boleh ikut ciri ciri yang saya senaraikan kat atas. Pasti tak menyesal. Muslimah pun boleh berfesyen. Cuma perlu kena caranya. 

Berfesyen tak semestinya meninggalkan syariat. Betul tak?

Tapi fesyen itu cuma menampakkan langsing sahaja, hakikatnya banyak lagi lemak lemak yang perlu kita buang kan? Macam mana nak buat tuh? Hmmm.. maybe Set Kurus Shaklee boleh tolong kan? Lecithin dan Omegaguard boleh bantu untuk pecah lemak, HerbLax untuk detoks usus dan Alfalfa bantu untuk angkut lemak keluar dari badan. Tak lupa juga ESP atau Cinch Shake Mix untuk bantu rasa kenyang lebih lama.

Kurus langsing untuk suami sendiri. Sapa tak mau kan? Jangan sebab kita terlalu tak ambil peduli pasal bentuk badan buat suami tak suka nak duduk dekat dekat. Memuaskan pandangan suami tuh kan besar pahalanya. Hehehe.

Jom try satu set!! Tak mahal pun.. Harga Shaklee memang mampu milik. Insyaa Allah


Hubungi kami segera
Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Inginkan lengan kurus ala ala Miss World? BACA SINI

Perasan tak? Ada satu lagi bahagian badan kita yang paling susah nak kurus selain perut. Kadang kadang badan dah nampak kurus sikit tapi lengan maintain besar batang balak. hihihi.

Nak ambil gambar punya seksa kan? Nak cekak pinggang ke, nak letak tangan bawah ke. nak buat tangan ala ala nasyid ke, serba tak kena dek kerana nak nampakkan lengan kecik. Time tuh mula la, kan best lengan aku kurus macam Miss World. Hihihi.

Jom kita tengok beberapa tips nak kecilkan lengan yang menjadi dilema banyak wanita wanita anggun di luar sana.

 

1) ANGKAT BERAT

Guna dumb bell untuk angkat berat. Cara angkat berat tuh boleh rujuk mana mana di YouTube. Kena buat kerap. Seminggu 3 kali. Mulakan dengan dumb bell yang ringan dulu, lepas tuh tambah berat ikut keperluan. Yang penting konsisten. Tak semestinya perlu ke gym. Di rumah pun boleh. Kalau kreatif boleh guna alatan di rumah seperti botol yang diisi air untuk senaman ini. Tak perlu keluar modal. Lengan kurus dan jimat poket.


 2) AMALAN PEMAKANAN

Mesti bertekad untuk kawal diet seharian. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan pengambilan sayur sayuran, kekacang, produk tenusu dan protein. Kurangkan makanan yang diproses seperti fast food. Tinggi kalori dan tidak berkhasiat. Jadi bijak dalam memilih makanan. Jangan terlalu mengikut nafsu.

3) SENAMAN AEROBIK

Salah satu cara yang paling efektif untuk kuruskan lengan kerana ia memerlukan pergerakan keseluruhan badan. Boleh cuba gerakan windmill. Boleh rujuk gambarajah seperti di bawah.


 4) BOXING

Ini satu bentuk senaman yang sangat sangat fun. Anda akan keluarkan banyak peluh dengan senaman ini. Kaedah ini akan membentuk lengan menjadi lebih cantik. Boleh tumbuk 'punching bag'. Tapi kalau tak ada, boleh 'tumbuk angin' tapi pastikan anda bersungguh-sungguh. Baru menjadi. ;-)



5) PUSH UP

Salah satu cara yang berkesan untuk membentuk lengan seterusnya membakar tisu tisu lemak di bawah lengan.  Amalkan setiap hari, hasilnya pasti menakjubkan.



Kalau betul betul inginkan lengan yang kurus dan cantik mestilah BERTEKAD untuk melakukan semua yang di atas. Tanpa alasan dan dengan berdisiplin. Semua boleh dilakukan di rumah tanpa alatan. 

Kalau rasa susah sangat lemak lemak tuh nak hilang, boleh cuba Set Kurus Shaklee Optimum atau Set Kurus Bajet Shaklee. Memang berkesan dan memudahkan lagi proses mengecilkan lengan dan menguruskan badan anda tanpa ada kesan sampingan. Banyak yang dah cuba dan berjaya mencapai apa yang di inginkan. 

Jangan risau, dengan menjadi ahli Shaklee, harga set tersebut memang mampu milik. Lagipun pihak CaptVitamin menyediakan konsultasi percuma sesuai dengan keperluan anda. Tunggu apa lagi? Jom cuba. Lagi lama tunggu makin berlapis lapis lemak, makin susah nak hilang. Eeeee ngeri..


Hubungi kami segera
Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Senaman mudah untuk kempiskan perut

Kurus tapi perut buncit. Mimpi ngeri bagi lelaki mahupun wanita kan? Hehe. Saya bagi contoh kat sini beberapa senaman untuk kempiskan perut. Dengan syarat:

  • Kena buat setiap hari.
  • Dan bila mula rasa sakit baru start counting baru berkesan. Bukan start sakit berhenti. Hehe (yang nih Muhamad Ali yang ckp, bukan saya ckp.. hehe)

Nak perut macam Miranda Kerr kat sebelah nih memang seksa dan kena berkorban sikit yekk.. hihi.

Ok, jom kita tengok beberapa jenis senaman untuk kempiskan perut.



1) Bicycle exercise

Ini adalah teknik paling efektif. Ia menumpukan bahagian rectus abdominis (perut) dan juga oblique muscle (pinggang)





Caranya:
1)  Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan anda di belakang telinga.
2) Angkat lutut kiri atau kanan anda setinggi 45 darjah menghampiri perut anda dan lakukan seperti sedang mengayuh pedal basikal.
3)  Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang anda angkat. Contohnya sekiranya anda mengangkat lutut kiri pastikan lutut kiri anda bersentuhan dengan siku kanan anda dan lakukannya berulang kali seperti anda mengayuh pedal basikal.
Pastikan anda tidak menarik leher anda terlalu ke depan. Sekadar memastikan bahu anda terangkat sedikit dan bukannya belakang badan anda. Selepas anda mengangkat lutut anda pastikan ia lurus ke hadapan tidak kira berapa darjah. Untuk memberi kesan yang maksima, angkat sedikit sehingga 45 darjah dari lantai.

2) Bangkit tubi kaki tegak (vertical leg crunch)

Konsepnya sama seperti bangkit tubi tapi memerlukan anda mengangkat kaki tegak ke atas.Senaman ini turut memfokuskan bahagian rectus abdominis (perut) 



Caranya:
1) Angkat kaki anda tegak ke atas sambil bersilang.
2) Angkat badan anda seperti anda membuat bangkit tubi biasa
Lakukan dalam 2 hingga 3 set dan dalam setiap set rendahkan kaki anda menghampiri lantai untuk memberi impak yang maksima. Setiap set anda boleh lakukan 16-18 ulangan.

3) Bangkit tubi tangan lurus (long arm crunch)

Berbeza dengan bangkit tubi tegak, anda perlu meluruskan tangan anda untuk melakukan teknik ini. Cara ini menambahkan kesukaran kerana tangan bertindak sebagai pemberat.


Caranya:
1) Baring di atas lantai.
2) Lipatkan kaki anda.
3) Luruskan tangan anda ke atas.
4) Lakukan pergerakan bangkit tubi.

Anda boleh mengubah suai teknik ini dengan memegang pemberat mahupun dumbell ketika melakukan aktiviti ini. Tetapi sebaiknya anda harus luruskan tangan anda serenjang dengan lantai. Dari aktiviti ke aktiviti anda boleh menambah pemberat mengikut kemampuan anda.

4) Bangkit Tubi Terbalik (reverse crunch) 


Sekiranya anda sering menggunakan kepala untuk mengangkat badan, kali ini anda menggunakan kaki sebagai ganti. Teknik ini lebih dirasai pada bahagian bawah perut namun sebenarnya ia merangkumi keseluruhan otot perut.



Caranya:
 
1) Tolakkan lutut anda mendekati dada . Bermakna belakang anda turut terangkat sekali.
2) Pastikan tangan anda bertindak sebagai tapak dengan mendepakan sedikit di atas lantai.
3) Angkat pinggul anda.

Ia merupakan tindakan yang mudah dan simple.

5) Senaman Plank (plank exercise)

Teknik ini bagus untuk memberikan kekuatan kepada otot perut dan belakang.

 Caranya:

1) Buat aksi seperti anda melakukan tekan tubi.
2) Letakkan tangan depan anda di atas lantai.
3) Pastikan belakang anda tegak menghampiri lantai dan bukannya menjauhi lantai.
4) Lakukan selama 30 saat hingga 60 saat dan lakukan sebanyak 3 hingga 5 kali.
5 jenis senaman untuk kempiskan perut. Cukup lah kot ekk. Kang banyak sangat tak terbuat pulak. Hehe. Ambil masa dalam 10-15minit sehari untuk senaman senaman di atas. Di tambah dengan Set Kurus Optimum Shaklee. Wallahhhhh. You will get abs to die for. 
Takyah susah survey harga ahli sana sini. Buat apa survey sana sini sedangkan anda boleh jadi ahli Shaklee walaupun hanya nak makan sendiri. Jom Jom. Makan vitamin kurus Shaklee, exercise seperti di atas dan kawal pemakanan. Mesti boleh. 

pssstttt : Che Ta buat bangkit tubi (sit up) 400 kali sehari. Sebab tuh dia dapat perut camtuh. Hehehe.



Hubungi kami segera
Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.