Showing posts with label Vitamin Ibu Menyusu. Show all posts

Kurus Cara Paling Mudah Bagi Ibu Selepas Melahirkan

Untuk bakar sehingga 500-600 sehari agak agak berapa lama masa untuk anda ambil sekiranya anda berjogging di taman atau berlari atas treadmill? Bagi yg amatur setengah jam berlari kita ambil kira 2km berlari anak, joging slow bakar around 150kcal..

Tapi tahukah anda dengan menyusukan anak sahaja 500-600 kalori dapat dibakar dengan mudah dengan hanya anda bergolek golek dan berbaring baring sambil susukan bayi anda. Kaedah paling senang dan paling sempoi untuk kurus dengan cepat. Yeahhh..


Kerana itulah saya sangat sangat menyarankan supaya mana mana ibu yang sedang hamil sekarang, tanamlah azam, bertekad lah dan gali ilmu penyusuan susu ibu sebanyak mungkin untuk menjayakan penyusuan bayi anda sehingga 2 tahun.

Ya, saya tau ramai yang sangat takut. Takut lepas bersalin berat tak turun turun. Jgn risau jgn bimbang, ini kaedah paling senang, dengan susukan bayi anda, bayi akan montel dan mommy akan kurus slim, kita transfer bulat mommy itu pada baby.. hehehe.. bijak bukan?

Bagi saya sendiri, berdasarkan pengalaman, saya rasa dengan cara makan saya sekarang mungkin berat saya dah mencapai tahap 100kg agaknya. Alhamdulillah, berkat menyusukan HM2 dan HM3 sekaligus, walaupun berat tak turun (yerr, saya ngaku saya memang banyak makan) tapi sekurang kurangnya jarum penimbang tidak berat ke kanan 😁 .. 

Saya juga konsisten dengan pengambilan Set Menyusu serta Set Kurus Shaklee, mungkin juga membantu mengawal berat badan saya. 

Memang banyak good side effect yg diterima bila ambil kedua dua set ini. Alhamdulillah.

Bagi yang berminat, boleh hubungi saya untuk mendapatkan set set tersebut.

Anda akan menerima konsultasi percuma secara berterusan, tips tips pemakanan dan cara senaman ringan yang mudah dan mempercepatkan lagi untuk anda menurunkan berat badan. Eksklusif hanya untuk pelanggan CaptVitamin sahaja.


Hubungi kami segera
Whatsapp/Call/SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +60 11 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com

Kenapa gagal menyusukan bayi sehingga 2 tahun?

* Entry adalah berdasarkan pengalaman peribadi penulis dan tidak merujuk mana mana pakar penyusuan susu ibu atau perunding laktasi

Bila saat disahkan yang anda hamil, azam untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu haruslah ditanam jauh ke dalam lubuk hati. Tiada susu formula yang setanding dengan susu ibu. Namun disebabkan kurang ilmu ramai ibu ibu muda terutama yang melahirkan anak sulung gagal untuk menyusukan bayi sendiri dan terpaksa memberi susu formula pada bayi seawal minggu pertama dalam pantang.

Di sini saya senaraikan beberapa masalah dan penyelesaian untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.


1) Susu kurang / tiada.

Sering berlaku di mana ibu baru menganggap bahawa sejurus bayi dilahirkan susu akan mencurah curah keluar. Tidak ya puan puan kerana ini adalah hanya kolostrum yang terbentuk. Kolostrum tidak keluar mencurah curah. Hanya sedikit sekiranya diperah menggunakan tangan (teknik marmet) dan pada waktu ini perut bayi hanya bersaiz buah cery, sangat kecil dan kolostrum sahaja sudah cukup untuk mengenyangkannya. Satu tips ialah sentiasa menyusukan bayi anda untuk stimulasi. Lebih kerap stimulasi berlaku lebih cepat merangsang pengeluaran susu.

2) Bayi menangis kerana susu tidak cukup.

Jangan sesekali beranggapan samada menyebut atau terlintas di dalam otak anda bahawa susu tidak cukup. Susu sentiasa cukup atau berlebih lebih sesuai dengan keperluan bayi. Ibu perlu faham konsep demand & supply. Selagi ibu tidak give up dan berfikiran disamping kerap menyusukan bayi dan membuat perahan. InsyaAllah susu akan cukup. Bayi menangis bukan kerana tidak cukup susu tetapi ingin dibelai, dipeluk dan didakap oleh ibu. Sentiasa peluk dakap bayi anda supaya bayi tenang dan tak meragam.

3) Bayi tidak pandai menghisap (sucking problem)

Anda perlu check latching. Pastikan keseluruhan nipple dan aerola masuk ke dalam mulut bayi dan apabila bayi menghisap pipi montelnya akan kembang kuncup. Itu menunjukkan yang bayi latching dengan betul dan dapat menghisap dengan baik. Sekiranya bayi latching dengan baik, bayi hanya akan menyusu sekejap dan sudah kenyang kerana hasil sucking yang betul bayi menerima banyak susu dan mudah full (kenyang). Ini adalah masalah biasa bagi first time mom. Anda boleh meminta tunjuk ajar dari kaunselor laktasi hospital anda bersalin sekiranya mengalami masalah ini.

4) Plan B

Sekiranya ingin menjayakan penyusuan susu ibu, jangan sesekali anda merancang Plan B di mana Plan B selalunya telah dirancang ketika anda masih hamil. Dalam senarai penyediaan alatan atau keperluan untuk melahirkan jangan sesekali menyenaraikan botol susu dan susu jenama apa yang sesuai untuk bayi sekiranya susu ibu tidak cukup. Sekiranya 2 item di atas berada dalam senarai, sila padamkan secepat mungkin. Sentiasa positif dan katakan pada diri sendiri yang anda mampu untuk menyusukan bayi. Doa lah pada Allah SWT sentiasa dan bersungguh sungguh semoga anda diberi kesihatan dan kekuatan untuk menyusukan seawal selepas melahirkan. Didik suami, ibu atau ibu mertua yang menjaga anda semasa berpantang untuk sama sama memahami kebaikan menyusukan bayi. Sokongan mereka sangat penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun.

5) Perlu atau tidak supplemen menyusu?

Bagi saya, YA! Bukan kerana saya distributor Shaklee menyebabkan saya mengatakan sebegitu tetapi kerana saya sendiri telah merasai sendiri bagaimana perbezaan ketika berpantang dan menyusukan anak pertama serta kedua dan ketiga. Badan saya yang letih tak bermaya, kurang bertenaga, asyik mengantuk ketika berpantang anak pertama menyebabkan saya mengalah pada penyusuan susu ibu seawal 2 bulan selepas melahirkannya. Kecewanya saya hanya Allah saja yang tahu. Apabila mengetahui yang saya mengandung lagi saya penuhkan ilmu di dada berkaitan penyusuan susu ibu seterusnya berpantang dan menyusukan dengan bantuan Set Berpantang dan Set Menyusu dari Shaklee. Alhamdulillah, saya tidak mengantuk tak tentu pasal dan walaupun terpaksa bangun malam berkali kali namun saya masih bertenaga dan ceria esok paginya. Alhamdulillah saya telah berjumpa dengan supplemen penyusuan yang sesuai untuk saya. Bukan saja untuk membanyakkan susu (susu sebenarnya telah sedia banyak untuk semua org) tapi untuk memberi saya tenaga luar biasa untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun. Alhamdulillah.

Bagi yang nak mencuba Set Menyusu Shaklee ini sangat sangat di alu alu kan. Panduan pengambilan dan konsultasi cara membuatkan susu lebih meriah akan disertakan. Berikan hanya yang terbail untuk si manja anda. Tanam lah azam untuk memberi khasiat susu ibu yang terbaik sehingga 2 tahun seperti yang telah disebut di dalam Al Quran. InsyaAllah, semoga Allah SWT mempermudahkan usaha anda untuk memberikan yang terbaik kepada anak anak syurga kita semua. Amin.


Hubungi kami segera
Whatsapp/Call/SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +60 11 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com

ESP Shaklee : Punca mata tak mengantuk lagi

Sejak amalkan Shaklee, saya suka try and error, test pada diri sendiri.. Di sebabkan stok di Doha ini agak terhad, kadang kadang saya terpaksa 'berkorban' untuk skip beberapa vitamin apabila melihat rak Shaklee mulai susut. Antara perkara yang paling merisaukan saya sekarang ini ialah apabila memandang kepada rak vitamin Shaklee saya dan botol botol di situ mula berkurangan. 

Bulan lepas, stok ESP Shaklee agak susut. Canister yang saya telah buka untuk ambil setiap hari juga semakin menyusut, di sebabkan terlampau sayang pada pelanggan pelanggan setia ESP maka saya berkorban untuk tidak mengambil ESP shake sebelum tidur. Saya hanya mengambil ESP Shaklee sebelum breakfast itu dengan kuantiti yang sedikit.

 

Bila bangun pagi saya rasa pelik, kenapa la mata aku nih mengantuk sangat, badan rasa tak segar, malas nak tinggalkan tempat tidur. Apa vitamin yang aku tinggal nih? Selama seminggu saya jadi macam tuh. Konon konon tak ambil sebelum tidur sebab takut gemuk jugak. Yer lah ESP pun ada calories, minum terus tidur mungkin mengundang padah pada jarum penimbang berat. Hehehe.

Bila sampai stok ESP Shaklee yang baru ke Doha, saya continue semula ambil ESP sebelum tidur (tanpa mempedulikan bab calories, hihihi.. lepas nih kena jogging laju laju). Surprisingly, esok pagi dengan izin Allah saya bangun jam 4.30 pagi tanpa rasa lesu, tanpa rasa letih, tanpa rasa malas.. Alhamdulillah.. Ooooo ini puncanya.. penyebab badan saya sihat bertenaga tak mengantuk tak letih.. So, no more tinggal tinggal ESP nih.. WAJIB DISIPLIN dengan ESP.. dengan segala hal rumahtangga nak kena urus sendiri termasuk bisnes Shaklee yang empayar nya semakin luas.. Saya memang tak boleh sakit, tak boleh letih, tak boleh malas.. Memang wajib jadi supermak, supermama, superbisneswoman. Semoga Allah membantu saya.

Sangat sesuai untuk ibu mengandung, dalam pantang, dan menyusukan bayi. Membuatkan susu lebih pekat dan bayi lebih kenyang serta bonus kulit tulus mulus buat bayi dan ibu. Banyak sangat manfaat ESP nih. Rugi tau tak try.

Nak tau lebih berkaitan ESP? Meh baca kat sini kebaikan ESP Shaklee. 

Jom cuba untuk badan kembali bertenaga dan energetic 24 jam sehari.

Hubungi kami segera
SMS/Call (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427/974 3301 4039
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jadi ahli Shaklee:Bagaimana saya jatuh cinta dengannya

Kisahnya bermula bila saya nak melahirkan HM2, waktu HM1 dulu saya guna set pantang moden jugak, tapi tah laa kat mana yang tak kena sebabkan resdung saya datang balik, saya suspek memang sebab set pantang tuh sebab lepas jek berpantang 44 hari makin menjadi jadi balik resdung, so untuk HM2 memang  banned terus la brand tuh... dalam dok survey tuh dapat tau yang my blogger friend ahli Shaklee so terus order dengan dia.. time tuh 36 ke 37 weeks pregnancy tak ingat, bila dah dapat tuh terus mcm excited nak amik, padahal belum deliver.. time tuh belum tau lagik yang kebanyakan vitamin Shaklee nih boleh overlap.. hehehe

Lepas deliver HM2 terus consume set pantang Shaklee tuh, ehhhhh.. mcm best jekk.. memang energetic habis laa.. kat hospital jek kot dok terbaring atas katil.. balik umah dah cergas.. luka cepat baik, waktu time HM1 dulu ya Allah.. tempat jahit tuh sakit sampai nangis nangis.. teruk betul.. memikirkan pun dah ngeri.. huhu.. yang paling best saya memang bertekad by hook or by crook memang akan fully breastfeed my HM2.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan dengan bantuanNya dan hasil consumed Shaklee jugak

Penyusuan sukses mungkin sebab saya tak berasa penat.. bangun malam pun ok.. siang still energetic.. tak macam dalam pantang pun.. bila dah rasa semua ke'best'an itu makanya I decided untuk jadi ahli Shaklee.

Awal awal tuh memang tujuan jadi ahli shaklee untuk makan sendiri, tapi bila cakap kat mak.. "mak, Ni jadi ahli shaklee".. terus mak jawab.. "lerrrr.. mak makan Shaklee dari taun 80an lagik, tapi sbb cikgu yang juai tuh pindah, mak dah tak makan la.. mak amik mcm mcm Lecithin, GLA, kalsium, omega"..perghhhh... mak lagi advanced.. so mak pun since anak dah jadi ahli Shaklee, mak pun continue laa amik semua tuh balik.. time tuh memang amik untuk diri sendiri dan family.. sharing sharing mcm tuh jek.. tak berniat langsung nak serius jual ke ape.. 

Tapi lama-lama bila diri sendiri dah rasa keberkesanan yang amat best dengan Shaklee, hidup lebih sihat dan bertenaga, resdung GONE.. memang best giler.. maka saya pun start sharing sharing kat FB dan mula create blog untuk tujuan sharing all the benefits dengan semua orang di dunia.. ecehhhh.. lepas tuh mula laa start sorang sorang yang bertanya.. kalau problem macam nih amik apa.. macam tuh amik apa.. ehh.. rasa mcm dokter plak.. hehehe.. dalam masa yang sama pun saya ghairah men'google' sana sini info pasal Shaklee product utk gain product knowledge.. lagi banyak buat research makin best sebab banyak nya benefits yang ada dalam produk produk Shaklee nih..

Memang totally saya mula jatuh cinta dengan Shaklee sebab mula dengan set pantang dan terus terusan dengan set BF dan kurus.. jatuh cinta saya terhadap Shaklee tak berhenti setakat di Malaysia.. malah membawa ke Qatar.. nak tau lebih lanjut bagaimana Shaklee bertapak di Qatar? Stay tuned for 2nd episode.. ecehhhh.. mcm drama bersiri pulak.. hehehe (elemen saspen wajib diselitkan)

bersambung.....

Hubungi kami segera
Call/SMS/WhatsApp (Qatar) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Qatar) +6011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

ESP Shaklee : Kesan dan Faedah yang bakal diterima.

ESP Shaklee sentiasa menjadi minuman supplemen kegemaran saya sepanjang masa. 

Kenapa?



Sebab :

ESP mengenyangkan. Jadi, proses penurunan berat badan selepas bersalin menjadi lebih mudah. Ambil ESP sebelum sarapan (sebelum Ramadhan), buat kerja rumah, sibuk dengan anak-anak. Alih alih dah jam 2 petang baru tersedar yang belum ambil makanan berat. Best sangat..

ESP buat susu badan jadi lebih pekat. Bila saya pam susu dapat nampak beza warna susu sekiranya ambil dan tak ambil ESP. Bila ambil ESP sebelum mengepam, susu berwarna kekuningan dan lebih pekat. Memang syiokkk. Direct feeding baby pun, baby lagi cepat kenyang. Tidur lena dan lebih lama. So senang la sikit saya nak urus hal rumah dan anak yang lain sambil sambil golek golek buat bisnes online ;-))

ESP buat kuku dan rambut lebih kuat dan sihat. Part nih antara my favourite jugak. Kalau konsisten ambil ESP nih, memang perasan kuku nampak berkilat semacam. Cantik jek. Best betul. Rambut pun sama. Tak banyak gugur sangat tambah-tambah waktu mandi.

ESP buat kulit jadi tulus mulus halus licin berseri. Kulit saya memang jenis yang kering. Kering bukan sikit sikit. Kering kronik. Alhamdulillah, memang notice lepas amik ESP dah tak berapa kering. Sendiri pun rasa best sentuh kulit sendiri. Bayangkan cik abang gosok gosok belai belai.. Opsssss muncul HM4 puleks.. muehehehehe..

ESP boleh kongsi suami isteri. Romantik sey.. hehehe.. untuk sang suami ESP mampu memulihkan fungsi prostat lelaki. Sayang suami tak? ecehhh.. nak bancuh untuk diri sendiri tuh, apa kata bancuh sekali utk si dia.

ESP boleh buat masker jugak. memang meletop nokss.. Saya ada resepi rahsia bagaimana nak menghasilkan masker yang sangat best dengan ESP. Tapi nak bongkar resepi rahsia mesti la kena beli dulu. Tak gitu? Cerita berbuih jari pun, kalau ESP takde.. acanerrr? tak dapek nak nolong. hehehehe

ish ish ish.. fikir apa lagi tuh? jangan difikirkan sangat nak beli ke tak? beli jek.. banyak sangat faedah dan kebaikan ESP nih.. rugi kalau tak grab.. manfaat untuk seisi keluarga.. cepat cepat hubungi kami untuk order.. COD boleh dilakukan sekitar Pulau Pinang. Berbaloi-baloi.

InsyaAllah kita usahakan apa yang termampu untuk kesihatan dan kesejahteraan diri serta keluarga.



Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427 / 012 420 7544
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Vitalea : Multivitamin & Multimineral terbaik dari Shaklee

Vitalea Shaklee merupakan multivitamin terbaik kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral yang amat diperlukan untuk tubuh badan kita. Vitalea Shaklee ini diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Ia juga vitamin larut air yang sangat mudah dan pantas diserap oleh tubuh badan kita.

Ujian klinikal menunjukkan bahawa individu yang mengambil Vitalea Shaklee ini selama setahun dapat mengurangkan risiko jatuh sakit sehingga 65%. Ia merupakan multivitamin terbaik kerana ia adalah formulasi yang disokong oleh 7 kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dengan kualiti yang luar biasa sekali.

Antara khasiat yang diperolehi sekiranya anda mengambil Vitalea Shaklee ini ialah :


  • Meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental.
  • Menyokong jangka hayat hati, usus, jantung dan buah pinggang.
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
  • Menyediakan asas nutrisi dan membantu dalam stimulasi metabolisme.
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

Siapa yang perlu mengambil Vitalea Shaklee :

  • Semua orang dewasa kerana secara lazimnya orang dewasa cenderung mengambil makanan tidak seimbang contohnya makanan segera, makanan rapu dan cara mengendali dan memasak makanan berkhasiat juga turut diabaikan menyebabkan khasiatnya akan hilang.
  • Ibu mengandung yang cenderung untuk mengalami anemia & tekanan darah rendah sepanjang proses kehamilan. Dengan 2 biji pengambilan Vitalea setiap hari maka si ibu tidak perlu mengambil kerang atau organ dalaman lain. Set Ibu Hamil yang disarankan juga mengandungi Vitalea Shaklee sebagai produk utama.
  • Ibu menyusu terutamanya bayi yang menyusu melebihi umur 6 bulan. Kajian menunjukkan zat besi di dalam susu ibu berkurangan apabila bayi melebihi 6 bulan. Dengan pengambilan Vitalea Shaklee, InsyaAllah bayi mendapat kandungan zat besi yang mencukupi.

Ingin jadi individu, ibu serta bapa yang hebat??? Sekurang kurangnya anda perlu pastikan Vitalea Shaklee tersenarai dalam must have item di dalam laci vitamin rumah anda. Alangkah ruginya anda sekiranya mengabaikan pengambilan multivitamin terbaik dari Shaklee ini.

  Like Captvitamin page di Facebook untuk produk info dan tips tips terkini.


Hubungi kami segera untuk pesanan :
Call / SMS (Doha) +97433014039
WhatsApp/WeChat (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Berpantang & Menyusu Shaklee : Testimonial dari NH

Happy betul dapat repeat order dari NH.. Alkisah sbb dia order Vitalea tapi dok bz tak terambik dan tak terantar.. So 2 hari lepas NH ada PM utk repeat order ostematrix and nak mintak delivery Vitalea sekali. Terus tanya dia.. mcm mana rase lps amik Set Berpantang dan Menyusu Shaklee? Die ambik pun lps 2 mggu deliver sbb still sampai ke sudah carik set yang sesuai x ketemu dan die pun tak nak jamu jamu nih.

Allah bukak pintu hati NH nak try Shaklee sbb nampak post sy di group untuk penduduk Malaysia di Qatar. Maka sy suggest Set Berpantang yang ada Vitalea, Bcomplex, Vit C, Alfalfa plus Ostematrix jugak.. Biasa lah.. barang elok yang bukan di propa propa kebaikannya, sape yang dah cuba mesti nak cuba yang lain jugak. In between tuh dia order lagi ESP.. sy memang happy sangat die order ESP sbb NH nih ibu bekerjaya.. makanya mesti nak buat stok susu utk baby bile naik keje. ESP memang sangat membantu ibu ibu bekerjaya dalam usaha nak bagi yang terbaik pada baby. Tambah pulak 1st baby. hehehehe. 

Sy sesaje tanya mcm mana rase lps ambik Set Berpantang dan Menyusu Shaklee? Haaaaa.. xyah crite banyak.. bace sendirik feedback NH pasal Set Berpantang & Menyusu Shaklee nih.. Tuh dalam cara-cara makan pun skip skip.. pun dah rasa beza dan rasa badan kuat cergas.. kalau makan bebetul lagik banyak extra extra perasaan yang best yang akan dirasa.. hehehe


Baby pun dah 4 bulan.. susu still maintain.. Alhamdulillah!! Happy utk NH.. dan NH jugak order Shaklee Collagen Powder sebab nak kulit tulus mulus gitu.. Kan dah cakap dari awal lagik.. kalau dah penah rasa Shaklee benefits memang mesti nak cuba produk-produk Shaklee yang lain jugak. Bab bab cantik berseri putih gebu nih.. org pompuan mana yang tak suka kan?? Sanggup invest untuk produk yang terbukti berkesan dan tiada kesan sampingan. 

Akhir kata, sesiapa yang belum cuba Shaklee.. Sila lah cuba.. Anda pasti akan rasa perbezaan pada diri sendiri.. Just PM, Whatsapp Email atau melalui apa jua cara utk konsultasi percuma dari CaptVitamin. Kami ada mcm-mcm set yang boleh disesuaikan dengan keperluan tubuh anda. Sesuai dengan salah satu motto Shaklee "ALWAYS WORKS".

PM cepat cepat untuk pesanan dan diskaun istimewa dari CaptVitamin

Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Khasiat dan Manfaat OmegaGuard Shaklee

Bulan nih bulan promosi OmegaGuard. Makanya saya akan kongsi banyak info dan fakta berkaitan OmegaGuard Shaklee nih. Teruja belum reda sebab my personal favourite produk offer kaw-kaw bulan nih. . So anda akan baca banyak berkaitan Omega 3, DHA, EPA dan macam-macam lagi yang berkaitan dalam CaptVitamin nih. 


Khasiat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Kesihatan Berpanjangan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus



Kesimpulannya, sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan yang baik, OmegaGuard Shaklee ini pasti menjadi pilihan mereka. Sangat berbaloi sebab boleh kongsi satu keluarga. Pesan OmegaGuard anda sekarang dengan CaptVitamin.



Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

OmegaGuard Shaklee : Minyak Ikan Terbaik di Dunia

Pagi-pagi celik bijik mata.. capai phone terus.. sbb setiap 1hb makanya Shaklee akan announce offer untuk produk bagi setiap bulan. Sekali check.. OmegaGuard!!!! Rasa nak melompat dari katil okeh.. Sbb ini salah satu produk yang saya sendiri sangat suka yang mana satu keluarga dari mak ayah, anak anak, anak dalam perut semua boleh dapat manfaat darinya. Ewaahhhh.. 
Jadi suka saya war war kan di sini, pembelian 6 botol OmegaGuard Shaklee dan PERCUMA lagi satu botol. Bayar untuk 6 botol tapi dapat 7 botol. Memang berbaloi-baloi. Bagi peminat OmegaGuard, tak payah la berfikir-fikir, buat kira-kira lagi. Adalah sangat afdhal untuk grab 7 botol terus sebab expired nye lambat lagi. By the time expired, dont worry kesemua 7 botol tuh mesti dah habis pulun anak beranak.

Suka saya nak share kat sini, Siapa yang perlukan OmegaGuard Shaklee nih :

(1) Ibu hamil
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

(2) Ibu menyusu
- Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(3) Kanak-kanak
- Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
- Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema
- Memperkuatkan sistem imunisasi badan

(4) Mereka yang mengalami masalah berat badan
- Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
- Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang

Nota : OmegaGuard bertindak lebih cepat berbanding LECITHIN. Perumpamaannya, Lecithin tu naik basikal dan OmegaGuard tu naik kapal terbang..Apa pun terpulang pada bajet anda dan bukan bajet saya yea..

(5) Sering alami masalah kesihatan
- Batuk berkahak, selesema yang berterusan
- Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
- Sakit strok

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, untuk lebih diskaun jangan lupa LIKE page CaptVitamin dan promosikan kepada rakan-rakan anda untuk turut sama LIKE page tersebut. Mari bersama-sama kita kongsi kebaikan OmegaGuard Shaklee yang terbukti sebagai Minyak Ikan Terbaik di Dunia.

 


Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.