Showing posts with label Diet. Show all posts

Set Kurus Optimum Shaklee:Berat turun tanpa kawal makan

Alhamdulillah, dapat WhatsApp dari customer Set Kurus Optimum yang baru amalkan set ini selama lebih kurang 3 minggu. Customer nih baru bersalin anak kedua lebih kurang 5 bulan. Lepas melahirkan, berat kembali ke asal tambahan bulan puasa, jadi lebih mudah proses penurunan berat badan berlaku. Namun selepas Syawal, berdiri atas penimbang terus tak sanggup nak tengok jarum.. paham paham jek la maksudnya kan? hehehe

Pengakuan beliau sendiri, beliau cukup susah nak kawal makan disebabkan bayi lelakinya yang sangat kuat menyusu. Memang tak dinafikan ibu menyusu (tambah tambah baby boy) memang sentiasa lapar, bila nafsu makan susah nak kawal maka berat mudah naik. Nasib baik customer nih cepat sedar dan terus order Set Kurus Optimum Shaklee nih laju laju.



Untungnya beli dengan CaptVitamin nih ialah konsultasi percuma 24jam (chewahh.. kecuali tokey tido.. hehe). Time pass Set Kurus Optimum nih memang saya dah pesan dan bagitau cara makan yang betul dan sekian sekian dos.. Alhamdulillah customer tak cerewet dan 'dengar kata'.. cara pengambilan yang betul beserta pengambilan air kosong melebihi 3 liter setiap hari dapat kurangkan sekilo walaupun tanpa exercise (exercise dengan cara setiap hari menjaga 2 hero lasaknya sahaja) dan tanpa kawal makan.. menarik kan? 

Mungkin ada yang berkata.. hah?? sekilo jek? saya nak turunkan berat 10kilo sebulan, ini sekilo 3 minggu, tak boleh tunggu selama itu.. nanti dulu yekkk.. Set Kurus Optimum Shaklee nih, walaupun namanya optimum tapi tak menjanjikan penurunan berat mendadak.. nak tau lebih lanjut boleh baca DI SINI mengapa penurunan berat badan mendadak tidak boleh berlaku. Sekiranya ingin penurunan yang cepat, kawal makan, senaman yang sesuai contoh seperti INI berserta Set Kurus Optimum Shaklee ini, InsyaAllah usaha anda untuk mengurangkan berat badan tidak akan sia sia. Malah penurunan lebih stabil dan bukan seperti diet yo-yo.

Apakah produk yang terdapat dalam Set Kurus Optimum Shaklee ini? Meh kita tengok :

Set Kurus Optimum Shaklee

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut konsep penurunan berat dengan set ini, jangan malu jangan segan untuk kontek pihak CaptVitamin, jangan risau.. tanya tanya pun boleh.. bukan suruh beli.. kita cerita masalah dulu, kita cari punca, kita cuba selesaikan, InsyaAllah.. kalau niat baik untuk menjaga kesihatan supaya tak menyusahkan diri kita sendiri dan orang lain di kemudian hari saya yakin ANDA PASTI BOLEH! Saya yakin! Saya akan guide anda bermula dengan cara pengambilan vitamin, cara kawal kalori setiap hari dan info berkaitan senaman yang bersesuaian.. pasti berat idaman anda dapat dicapai.. chaiyok chaiyok..

Hubungi kami segera
SMS/Call (Doha) + 974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Petua Kuruskan Badan secara Sihat

Topik yang tidak pernah jemu-jemu dibincang atau disembangkan oleh kaum wanita ialah petua atau tips untuk kurus. Kadang-kadang rasa kelakar juga sebab topik kuruskan badan dan apa nak masak hari ini atau apa yang teringin nak makan seiringan. Lepas makan (dengan beria ia tanpa mempedulikan kalori) mulalah bising pada kawan-kawan.. "habes lahh I.. makan banyak hari nih.. naik brape kg nih??".. hehehehe.. Topik yang tak pernah lari menjadi isi perbualan kaum wanita setiap hari.

 

Suka saya nak kongsikan di sini petua atau tips untuk kurus. Sedikit sebanyak mungkin boleh menjadi panduan kepada mereka yang ingin kurus. Kalau tak mampu buat semua pun, mungkin boleh cuba setakat mana yang boleh.

Antara petua atau tips untuk kurus :



1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.
3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.

4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.
5. Makan banyak buah - Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dsb.
6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas. Setiap satu liter air untuk 20kg berat badan anda. Contoh : sekiranya berat badan anda 60kg, anda perlu sekurang-kurangnya 3 liter air kosong setiap hari.
8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.
Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam misi kita untuk mengempiskan perut. Moga ada kebaikan daripada perkongsia artikel ini.
Shaklee juga turut menawarkan rangkaian produk untuk kurus secara sihat dengan mengambil supplemen semulajadi yang telah terbukti berkesan. Rangkaian produk Shaklee ini juga bukan sahaja membantu kuruskan badan malah anda akan mendapat banyak manfaat dan kesan sampingan positif sekiranya diambil secara konsisten. 
Set kurus Shaklee terdiri dari 3 konsep utama iaitu BAKAR, BUANG & BINA :
BAKAR 
Lecithin / Omegaguard - bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol

BUANG
Herblax / Alfalfa - membuang lemak, toksin dalam badan

 BINA
ESP (untuk ibu menyusu) @ Cinch Shake (bukan menyusu) - bina otot, elak kulit menggelebeh

Anda boleh membuat pesanan tidak kira anda berada samada Malaysia atau Qatar. Kami akan memproses pesanan secara online tanpa sebarang masalah. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh diutarakan di admin@captvitamin.com
 Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Diet Mantap lagi Berkesan dengan Cinch Inch Loss Plan

CALORIES IN = CALORIES OUT


Benda yang paling susah nak buat kan? Selalu yang terjadi ialah

CALORIES IN > CALORIES OUT

Dan hasilnya??

KEGEMUKAN!!

Menakutkan!!

Bila dah gemuk, menggelabah cari supplemen untuk kuruskan badan. Dilema kebanyakan orang zaman sekarang, tak kira lelaki atau perempuan, remaja, dewasa, anak dara dan mak mak dara.

Mak saya selalu cakap, susah nak cari orang yang kurus ramping zaman sekarang. Selalu yang nampak mesti ‘comel comel’. Saya senyum saja. Dalam hati mengakui! Mungkin cara hidup orang zaman sekarang dan cara pemakanan. Tak macam orang zaman dulu. Kerja kuat. Kerja membajak sawah. Untuk bekalan air bersih kena angkut air dari perigi. Mengandung 7,8 bulan masih angkut kayu api untuk memasak. Rempah juga kena giling sendiri untuk buat kari. Tiada yang segera. Semuanya from scratch.

Bagi orang dulu dulu memang tiada istilah diet! Makan nasi 3 pinggan pun badan tetap macam tuh. Sebabnya? Simple. Macam pengiraan Matematik di atas!

CALORIES IN < @ = CALORIES OUT

Nasi 3 pinggan waktu sarapan itu mungkin sekelip mata dibakar dengan turun menanam padi hingga matahari terik di kepala.

Zaman sekarang bukan macam zaman dahulu. Berani berani nak ambil 3 pinggan nasi untuk sarapan? 3 keping roti pun belum tentu dapat dibakar sepenuhnya. Silap silap ada lebihan yang menjadi lemak tepu. Sebabnya? Lepas sarapan 3 keping roti akan menghadap laptop di kubikel masing masing dengan hanya jari yang ‘exercise’? Jangan ada yang terasa ya, ini adalah fakta. Peace!

Jadi bagaimana cara untuk orang zaman sekarang berdiet? Diet tidak boleh sebarang diet. Diet perlu dengan ilmu.

Dalam kebanyakan diet 'tradisional', anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisme anda. Dan apabila anda tidak meneruskan lagi diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. 

Sebaliknya, berat anda bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet. Ia adalah kesan yo-yo.

Cinch Inch Loss Plan Shaklee adalah terbukti berkesan dan mempunyai ujian klinikal!

Kenapa ia berkesan?

  • ·         Mengekalkan jisim otot tanpa lemak
  • ·         Hilang berat dari lemak, bukan otot.
  • ·         Terbukti secara klinikal.
  • ·         Diperkasa dengan Leucine. (Asid amino penting yang melambatkan degradasi tisu otot) *Leucine tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita, jadi anda perlu mendapatkannya dari sumber makanan tertentu.

Ringkasnya:

  • ·         Ia membantu mengawal lapar
  • ·         Meningkatkan tenaga
  • ·         Menyokong metabolism dan memberi kepuasan kepada pengguna.

Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24g protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6g serat larut (dicadangkan diambil bersama 1 sudu Shaklee ESP). Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot dan otot mampu menaikkan kadar metabolism dan juga membakar kalori. 

Makanan  yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine -  nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.



Inginkan diet secara sihat untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan anda? 

Hubungi kami dengan kadar segera

SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.