Showing posts with label tips keibubapaan. Show all posts

Tips melancong (travel) dengan anak kecil

Travel itu merujuk travel dengan kapal terbang, pesawat, flight, aeroplane. Banyak faktor faktor yang perlu diambil kalau travel dengan anak kecil. Memandangkan saya adalah frequent flyer, maka boleh lah saya kongsikan serba sedikit tentang pengalaman travle bersama anak anak yang berumur 7, 2.5 tahun dan 11 bulan. 3 orang semuanya. Tanpa pembantu. Dan sewaktu anak ketiga dalam kandungan (waktu tuh dua bulan dalam kandungan) saya travel seorang diri dengan anak sulung dan kedua. Flight dari Qatar ke Penang. Ambil masa lebih kurang 18 jam bermula check in di Doha International Airport sehingga ke KLIA untuk transit ke Penang International Airport. Seorang handle 2 anak di tangan dan satu dalam perut. Saya tahan kencing selama 18 jam. Boleh bayangkan. Hehe.


Ok, tak perlu bebel bebel. Di  bawah disenaraikan beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa travel bersama anak kecil.

Hand luggage

Jangan berangan nak fullfill 14 kilo handluggage. Travel simple sahaja. Saya hanya bawak sling bag untuk passport, dompet, handphone dan botol air dalam beg tuh serta lampin pakai buang 3,4 keping. Baju lebih, extra diaper, flusk air panas, botol susu saya guna backpack. Backpack pun saya tak penuhkan sangat sebab nanti dalam flight kanak kanak akan diberi goodies. Jadi goodies anak anak simpan dalam backpack jugak. Untuk abang yang 7 tahun tuh merayu jugak nak bawak hand luggage atau beg trunki. Saya tak setuju, sebab saya pasti akhirnya saya juga yang kena bawak itu semua. Jadi tak payah. Saya bukan jenis bagi anak makan biskut whatsoever. Satu messy dan satu lagi kalau ambil benda benda mcm tuh kebarangkalian anak nak muntah lebih tinggi. So better dont. Cukup sekadar apa yang disediakan oleh stewardess. Lagipun, budak budak bukan nak makan sangat. Lebih kepada nak main.

Stroller atau Babywearing

Saya dan suami memang paling pantang bab stroller. Satu hal susah nak handle. Satu hal bila landing, stroller nih tak ke mana mana tercampak. Tak keluar sekali dengan beg. Dan ada jugak a few times stroller bercalar teruk. Handling kat airport kita bukan tau. Tambah tambah penerbangan transit. Jadi kami memilih babywearing saja. Yang paling disukai setakat ini adalah BobaAir sebab boleh lipat jadi mcm pencil case. So senang nak letak dlm backpack. So sekarang nih saya wear baby, abahnya wear kakak. Hehe. BobaAir tuh kalau anak tidur pun selesa.

Pemilihan seat dalam flight

Kalau anak berumur kurang setahun saya sarankan untuk ambil bassinet maknanya tempat duduk kita satu family satu row depan sekali. Tapi kalau full flight ada kemungkinan juga suami terpaksa pindah ke belakang untuk beri tempat duduk pada ibu lain yang ada bayi kecil. Macam saya, anak anak semua nak duduk dengan mama. Jadi kalau suami terpaksa pindah memang huru hara jadinya. Jadi sebolehnya saya mahu kami sekeluarga duduk sekali. Tapi kalau anak dah berumur setahun ke atas, basinet tuh pun kemungkinan dah tak muat untuk dia lebih baik pilih seat belakang. Sebab seat belakang boleh angkat arm rest. Jadi anak anak senang nak tidur baring. Kalau seat depan basinet, arm rest tak boleh angkat sebab disitu tempat simpan meja makan.

Ipad, PSP dan gadget yang seumpamanya.

Jangan lah terlampau strict sangat taknak bagi anak semua gadget gadget tuh kalau nak travel. Memang kita nak anak kita menikmati pemandangan dan sebagainya tapi budak budak bukan faham itu semua. Mereka cepat bosan. Sudahnya itu juga yang dicari. Kalau boleh download movie game atau apa apa yang mereka suka dalam Ipad dan mereka boleh layan semua tuh dalam flight atau di antara waktu menunggu semasa transit. Jadi keadaan akan lebih tenang dengan adanya gadget gadget seperti itu. So mak ayah pun tak stress sangat.

Saya rasa cukup lah setakat itu dulu tips tips travel bersama anak kecil. Zaman sekarang melancong memang tak tunggu anak besar. Anytime kita boleh melancong. Jadi perlu ambil kira banyak perkara semasa travel dengan anak anak nih supaya lebih tenang dan terkawal.

Jangan lupa vitamin untuk anak anak. Kalau boleh 2 minggu sebelum travel dah boost kan immunity anak anak dengan pengambilan Omegaguard, Chewable Vita C, Meal Shakes dan Nutriferon. Kalau anak sakit, memang susah hati nak berjalan. Baik kita cegah sebelum terkena. Ubat ubatan juga jangan lupa. Bukan apa, sekiranya sakit kita perlu mereka sembuh dengan cepat supaya plan tidak terganggu.

Kalau nak vitamin untuk anak anak tuh boleh hubungi saya secepat mungkin. Sebagai persediaan. InshaaAllah kita cuba.

Hubungi kami segera
Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tips tidur lebih lena untuk bayi dan kanak kanak yang selsema

Sekarang di Qatar cuaca tak menentu. Memang sangat senang nak sakit. Tambah tambah anak anak. Cuaca berubah sikit mula lah bersin kerap dan hidung mula berair. Perubahan cuaca dari musim sejuk ke musim panas di negara arab nih memang akan disertai hujan. Maknanya setahun 2,3 kali akan hujan. Bila hujan lebat semua dah faham, samada cuaca beralih musim sejuk atau musim panas. Kes sekarang ialah naj beralih ke musim panas. Virus menang berleluasa waktu sekarang kerana cuaca ini lebih kurang di Malaysia. Panas dan lembab.

Dalam menjaga anak anak supaya tak jatuh sakit pun, kadang kadang tewas juga.

 
Si kakak yang mula dulu selsema. Saya cuba tips untuk kurangkan selsema yang saya jumpa di internet. Cuba sekali pada kakak, Alhamdulillah, berkurang selsema nya.

Mudah saja petua nya. Minyak zaitun, perahan lemon dan bawang putih yang di hancurkan. Campur semua dan sapukan pada leher, dada dan belakang. Tak lupa sapu juga pada kedua belah tapak kaki dan pakaikan stokin. Saya buat sebelum tidur dan Alhamdulillah si kakak tidur lena sampai pagi.

Bagi ibu ibu yang nak elakkan dari memberi ubat selsema pada anak anak mungkin boleh cuba tips ini. 

Bila selsema memang normal kanak kanak akan terkena batuk sekali. Saya amalkan air madu untuk anak anak supaya dapat cairkan kahak secara semulajadi.

Nutriferon, Chewable Vita C dan OmegaGuard memang tak miss. 

Dah lama kami tak ke klinik sekiranya anak anak demam selsema atau batuk. Sebab, kalau bawa ke klinik dan diberi ubat pun, ubat tuh takkan diberi pada anak anak. Sudahnya membazir. 

Lebih kepada penggunaan natural remedies. Back to basic. Lagipun taknak ajar anak anak bergantung pada ubat.

Shaklee? Memang tak tinggal.. 

Nak cuba Shaklee dan nak harga ahli? Tak susah! Senang jek.. Jom jadi ahli Shaklee. Confirm!! Dapat harga ahli.

Hubungi kami segera

SMS/Call/Whatsapp (Doha) +974 33014039
WhatsApp?SMS (Malaysia & Doha) +6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tips Hilangkan Selsema Bayi dengan Cepat


Selsema yang singgah pada Hajna Mezayra kali ini berpanjangan pulak. Oh.. Kami suami isteri memang sepakat tak nak bawa dia ke klinik. Sebab berdasarkan pemerhatian, masih terkawal dan tiada bunyi wheezing yang memerlukan nebulizer. Jadi saya dan suami buat keputusan merawat secara alami sahaja di rumah. Untuk elakkan selsema menjadi lebih teruk, saya pastikan mukus akan sentiasa dikeluarkan. Cara? Encik suami memang pakar menyedut hingus anak dengan mulut. hehehehe. sebab kalau guna alat sedut hingus tuh tak berapa feel. Hehehe. Tapi selsema kali ini mcm makin melarat. Mungkin juga disebabkan cuaca yang sejuk kat Doha nih.
 Google punya google.. Pelbagai cara dah dicuba.  Yang ini paling mujarab dengan izin Allah SWT semestinya.

Ibu ibu sekalian, lepas mandikan bayi, sapu campuran Vicks for Baby  + Vaselline pada dada, belakang dan leher bayi. Tidak lupa di tapak kaki sapu lebih tebal dan pakaikan stokin yang agak tebal. Juga sapu sedikit campuran tadi di dahi dan ubun ubun bayi. 

Alhamdulillah. 3 kali saya melakukan pada Hajna Mezayra terus kering hingusnya dan dia kembali seperti normal. Minum susu dan tidur sangat selesa tanpa dijangkiti batuk.

Memandangkan dia masih menyusu badan, maka saya konsisten mengambil Nutriferon (untuk meningkatkan daya imun), Garlic Complex (sebagai antibiotik semulajadi) dan SR Vita C (mempercepatkan penyembuhan selsema). Saya salurkan vitamin vitamin tersebut melalui air susu. Dan yang paling penting, banyak banyakkan berdoa semoga Allah memberi kesihatan yang kepada diri kita, anak anak dan seluruh keluarga. Amin..
Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tips didik anak mudah solat dan menghafal surah

anak soleh mama abah
Hafiy Mirza Al Hafiz bin Hairul.. Bujang sulung saya dan suami yang dah berusia 6 tahun September lepas. 'Bird' juga sudah setel di 'cut' pada Ogos lepas. Alhamdulillah. Perkara yang paling cemas dalam hidup seorang ibu ialah men'sunat'kan anak bujang. Saya telah melepasi fasa itu setakat ini (mungkin ada lagi pada masa hadapan ;-) InsyaAllah). Dah boleh satu saf dengan orang dewasa di masjid dan surau. Untuk menunaikan umrah jugak lebih yakin selepas ini.

Mendidik Hafiy Mirza Al Hafiz ini dari bayi sehingga sekarang bagi saya cukup mudah. Tak banyak ragam, jarang tantrum dan mendengar kata. Baby boy mama sampai sekarang. Jadi usaha untuk mendidik dia bersolat juga menjadi mudah. Abah yang banyak memainkan peranan dalam usaha menghafal bacaan dalam solat serta menghafal surah surah lazim. Mama ajar Iqra'. hehehe..



Alhamdulillah, terang hatinya. Mudah menghafal dan rajin baca Iqra'. Kalau mama terlupa, dia yang ingatkan. Setiap kali lepas solat berjemaah dia sendiri yang cakap nak hafal surah kat abah. Lepas dah baca kat abah pasti dia nak 'show off ' hafal kat mama pulak. Memang dia bangga sangat kalau mama puji dia pandai hafal. Apa yang kami suami isteri buat untuk ajak dia rajin solat ialah :

Amalkan solat berjemaah di rumah - dan Hafiy Mirza of course akan iqamat dengan pelat pelat tuh... haihh comel sangat. Semua ada sejadah sendiri mengikut saiz. Hayfa Medina sejadah kecik. Makcik tuh sangat la cute, setiap kali tomakninah akan angkat tangan berdoa. Cayalah kakak, adik yang kecik sekali Hajna Mezayra pun letak dlm Bumbo seat tengok semua solat. Beria dia gelak ngekek-ngekek, apa yang dia happy kan sangat pun konpius. Solat pun kat ruang tamu, senang. Secara terang terangan. hehehe

Bawa ke masjid - Abah selalu bawa anak bujang gi masjid berjemaah. Kalau dia terbangun awal, abah bawak ke masjid untuk Subuh berjemaah. Tak banyak songeh. Ikut jekk.. Good boy.

Kelengkapan solat - sejadah semua ada masing masing punya. yang si kakak 2 tahun pun dah tau dia punya, kalau orang lain ambik die marah. hehehe. Abang memang tak banyak songeh. Senang.

Syukur sangat sangat dengan anak anak syurga kami. Semoga menjadi anak anak soleh solehah yang menghafal dan memahami Al Quran. Itu jek doa mama abah. Semoga mama dan abah juga istiqomah dan sentiasa memperbaiki amalan untuk mendidik anak anak soleh solehah ini.

Mama juga selalu amalkan doa ini  setiap kali lepas solat :

"Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakan lah kepada kami anak anak dan zuriat yang sentiasa memberatkan solat dan bukan yang meringankannya. Kurniakan lah kami anak anak yang soleh dan solehah, yang menghafal dan memahami Al Quran, yang terang hatinya, yang cemerlang dunia akhirat serta yang lembut hatinya. Amin Ya RobbalAmin"

Jom kita amalkan sama sama momma momma semua. Semoga beroleh keberkatan.

boleh buat list macam nih, bila kita banyak tick nanti anak lebih excited nak hafal ;-)
 

Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mendidik anak solat 5 waktu



I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…



tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat


2) I selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????'

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?


tulisan asal : Wardina Official FB


Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.