Showing posts with label Penyusuan Susu Ibu. Show all posts

Kenapa gagal menyusukan bayi sehingga 2 tahun?

* Entry adalah berdasarkan pengalaman peribadi penulis dan tidak merujuk mana mana pakar penyusuan susu ibu atau perunding laktasi

Bila saat disahkan yang anda hamil, azam untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu haruslah ditanam jauh ke dalam lubuk hati. Tiada susu formula yang setanding dengan susu ibu. Namun disebabkan kurang ilmu ramai ibu ibu muda terutama yang melahirkan anak sulung gagal untuk menyusukan bayi sendiri dan terpaksa memberi susu formula pada bayi seawal minggu pertama dalam pantang.

Di sini saya senaraikan beberapa masalah dan penyelesaian untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.


1) Susu kurang / tiada.

Sering berlaku di mana ibu baru menganggap bahawa sejurus bayi dilahirkan susu akan mencurah curah keluar. Tidak ya puan puan kerana ini adalah hanya kolostrum yang terbentuk. Kolostrum tidak keluar mencurah curah. Hanya sedikit sekiranya diperah menggunakan tangan (teknik marmet) dan pada waktu ini perut bayi hanya bersaiz buah cery, sangat kecil dan kolostrum sahaja sudah cukup untuk mengenyangkannya. Satu tips ialah sentiasa menyusukan bayi anda untuk stimulasi. Lebih kerap stimulasi berlaku lebih cepat merangsang pengeluaran susu.

2) Bayi menangis kerana susu tidak cukup.

Jangan sesekali beranggapan samada menyebut atau terlintas di dalam otak anda bahawa susu tidak cukup. Susu sentiasa cukup atau berlebih lebih sesuai dengan keperluan bayi. Ibu perlu faham konsep demand & supply. Selagi ibu tidak give up dan berfikiran disamping kerap menyusukan bayi dan membuat perahan. InsyaAllah susu akan cukup. Bayi menangis bukan kerana tidak cukup susu tetapi ingin dibelai, dipeluk dan didakap oleh ibu. Sentiasa peluk dakap bayi anda supaya bayi tenang dan tak meragam.

3) Bayi tidak pandai menghisap (sucking problem)

Anda perlu check latching. Pastikan keseluruhan nipple dan aerola masuk ke dalam mulut bayi dan apabila bayi menghisap pipi montelnya akan kembang kuncup. Itu menunjukkan yang bayi latching dengan betul dan dapat menghisap dengan baik. Sekiranya bayi latching dengan baik, bayi hanya akan menyusu sekejap dan sudah kenyang kerana hasil sucking yang betul bayi menerima banyak susu dan mudah full (kenyang). Ini adalah masalah biasa bagi first time mom. Anda boleh meminta tunjuk ajar dari kaunselor laktasi hospital anda bersalin sekiranya mengalami masalah ini.

4) Plan B

Sekiranya ingin menjayakan penyusuan susu ibu, jangan sesekali anda merancang Plan B di mana Plan B selalunya telah dirancang ketika anda masih hamil. Dalam senarai penyediaan alatan atau keperluan untuk melahirkan jangan sesekali menyenaraikan botol susu dan susu jenama apa yang sesuai untuk bayi sekiranya susu ibu tidak cukup. Sekiranya 2 item di atas berada dalam senarai, sila padamkan secepat mungkin. Sentiasa positif dan katakan pada diri sendiri yang anda mampu untuk menyusukan bayi. Doa lah pada Allah SWT sentiasa dan bersungguh sungguh semoga anda diberi kesihatan dan kekuatan untuk menyusukan seawal selepas melahirkan. Didik suami, ibu atau ibu mertua yang menjaga anda semasa berpantang untuk sama sama memahami kebaikan menyusukan bayi. Sokongan mereka sangat penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun.

5) Perlu atau tidak supplemen menyusu?

Bagi saya, YA! Bukan kerana saya distributor Shaklee menyebabkan saya mengatakan sebegitu tetapi kerana saya sendiri telah merasai sendiri bagaimana perbezaan ketika berpantang dan menyusukan anak pertama serta kedua dan ketiga. Badan saya yang letih tak bermaya, kurang bertenaga, asyik mengantuk ketika berpantang anak pertama menyebabkan saya mengalah pada penyusuan susu ibu seawal 2 bulan selepas melahirkannya. Kecewanya saya hanya Allah saja yang tahu. Apabila mengetahui yang saya mengandung lagi saya penuhkan ilmu di dada berkaitan penyusuan susu ibu seterusnya berpantang dan menyusukan dengan bantuan Set Berpantang dan Set Menyusu dari Shaklee. Alhamdulillah, saya tidak mengantuk tak tentu pasal dan walaupun terpaksa bangun malam berkali kali namun saya masih bertenaga dan ceria esok paginya. Alhamdulillah saya telah berjumpa dengan supplemen penyusuan yang sesuai untuk saya. Bukan saja untuk membanyakkan susu (susu sebenarnya telah sedia banyak untuk semua org) tapi untuk memberi saya tenaga luar biasa untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun. Alhamdulillah.

Bagi yang nak mencuba Set Menyusu Shaklee ini sangat sangat di alu alu kan. Panduan pengambilan dan konsultasi cara membuatkan susu lebih meriah akan disertakan. Berikan hanya yang terbail untuk si manja anda. Tanam lah azam untuk memberi khasiat susu ibu yang terbaik sehingga 2 tahun seperti yang telah disebut di dalam Al Quran. InsyaAllah, semoga Allah SWT mempermudahkan usaha anda untuk memberikan yang terbaik kepada anak anak syurga kita semua. Amin.


Hubungi kami segera
Whatsapp/Call/SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +60 11 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com

Vitalea Shaklee - Multivitamin Terbaik

Kenapa saya berani membuat pernyataan di atas?

Kerana kebaikan Vitalea Shaklee disokong oleh ujian klinikal yang berterusan. Ia adalah multivitamin dan mineral pertama yang dicipta di dunia yang pada awalnya dikenali sebagai 'Vitalized Mineral' dan disingkirkan sedikit sebutannya menjadi "VitaMin" yang mana perkataan VITAMIN itu sendiri berasal dari Shaklee.

 

Setiap tablet Vitalea Shaklee mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah buahan serta 12 vitamin dan mineral penting yang disarankan oleh RDA serta diformulasikan secara komprehensif dan seimbang.

Vitalea Shaklee juga merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya juga mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Ia telah dipilih oleh Center for Science di US sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

 Siapa yang perlukan Vitalea Shaklee?

Secara umumnya Vitalea Shaklee amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang.  Ini kerana kandungan vitamin di dalamnya yang merangkumi hampir seluruh badan.  Antara vitamin yang terdapat dalam Vitalea Shaklee :

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
 
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
 
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
 
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
 
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
 
Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
 
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
 
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet

Vitalea Shaklee merupakan salah satu item wajib dalam set ibu hamil Shaklee. Klik sini untuk lebih info berkaitan Set Ibu Hamil

 
Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

ESP : Kebaikan Protein Untuk Tubuh Badan


Manfaat proteinuntuk tubuh sangat besar. Kandungan protein dalam tubuh manusia mencapai 1/6 dari berat tubuh manusia. Protein sangat penting untuk perkembangan setiap sel dalam tubuh dan juga untuk menjaga kekebalan tubuh.
 

Sebagai salah satu gizi yang sangat diperlukan oleh manusia, protein sangat penting di masa pertumbuhan. Sumber protein yang cukup juga dapat membantu dalam proses penyembuhan luka, serta pembentukan sel sel baru dalam tubuh.
 
Protein juga memiliki fungsi utama untuk membentuk jaringan pada tubuh dengan kandungan asam aminonya. Kekurangan protein pada anak-anak dapat menyebabkan terganggunya pertumbuhan.  

Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu canister ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber segera dan boleh bertahan lama.

Satu hidangan Shaklee ESP ini bersamaan dengan  2X ganda daging, 4X ganda telur, 12X ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

  
ESP sangat di sarankan untuk ibu yang mengandung dan sedang menyusukan bayi.  



Buat pesanan ESP anda hari ini dan hadiahkan kepada ibu ayah, adik beradik, anak anak, suami isteri serta semua yang anda ambil berat berkaitan kesihatan mereka.

Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mitos Penyusuan Susu Ibu



Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara negara yang membangun. Walaubagaimanapun, masih terdapat ibu-ibu di luar sana yang mungkin masih lagi tidak menyedarinya. Selain itu, terdapat juga pelbagai dongeng yang disogokkan mengenai penyusuan susu ibu ini. Di sini di senaraikan beberapa mitos dan fakta berkait dengan susu ibu.



Mitos 1 :
Bagi memastikan bayi mendapat air yang cukup, ibu juga perlu memberi bayi mereka air masak selain daripada menyusukan mereka.

Fakta 1 :
Bayi yang normal dilahirkan dengan mempunyai simpanan air yang cukup dalam tubuhnya bagi memastikan mereka tidak terhidrat sehinggalah susu ibu diberikan. Susu ibu pula, mampu merubah suhunya mengikut cuaca supaya ia mampu menghilang dahaga pada bayi dan seterusnya mengenyangkan mereka. Untuk mengetahui samada bayi anda mengalami dehidrasi atau tidak perhatikan keadaan urin yang dihasilkannya. Jika mereka sudah mengeluarkan antara 6 - 8 liter urin, maksudnya susu yang diberi mencukupi.

Mitos 2 :
Saya perlu mengurut perlahan puting terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi.

Fakta 2 :
Payudara seorang wanita memang telah dicipta secara semulajadi bagi tujuan menyusukan bayi. Oleh sebab itu, tiada urutan yang perlu dilakukan malahan perlakuan tersebut boleh mengakibatkan kesakitan pada puting anda.

Mitos 3 :
Saya mesti menggunakan kedua-dua belah payudara setiap kali menyusukan bayi.

Fakta 3 :
Keadaan ini mungkin memberi kelebihan pada anda kerana ia akan mengimbangkan payudara. Jika bayi anda belum selesai menyusu dan kemudian tukar sebelah lagi, bimbang pula bayi tidak mendapat khasiat yang sepenuhnya. Cuba biarkan bayi anda menyusu di sebelah payudara terlebih dahulu dan menyusu di sebelah lain pada waktu yang lain pula.

Mitos 4 :
Banyaknya susu anda bergantung kepada saiz payudara anda.

Fakta 4 :
Kenyataan di atas salah sama sekali. Jumlah susu yang dihasilkan langsung tidak dipengaruhi oleh saiz payudara. Dengan usaha yang betul dan berterusan penghasilan susu boleh sentiasa dilipat gandakan.

Mitos 5 :
Bayi yang menyusu di dalam botol sahaja yang berisiko mengalami kembung perut manakala yang menyusu badan tidak.

Fakta 5 :
Malangnya, mana mana bayi yang menyusu badan tidak terhindar daripada gejala kembung. Namun pada kebiasaannya, bayi yang menyusu badan ini, susunya lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula. Ibu ibu yang menyusukan bayinya juga perlu menjaga pemakanan dengan baik bagi mengelakkan anak-anak kembung.

Mitos 6 :
Apabila anda sudah kembali bekerja, anda boleh berhenti memberikan susu badan kepada bayi.

Fakta 6 :
TIDAK SAMA SEKALI. Anda mestilah menyusukan bayi anda secara terus pada sebelah pagi dan malam. Malahan semasa bekerja, anda boleh mengambil masa rehat dengan mengepam susu bagi tujuan simpanan pada waktu siangnya.

sumber : Majalah iSihat September 2012

Kepada semua ibu ibu diluar sana, pastikan tubuh anda sentiasa sihat dan bertenaga dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif untuk bayi anda. Di Shaklee kami menyediakan set penyusuan yang terbaik untuk memastikan kejayaan penyusuan untuk si comel anda.



Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.