Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts

Set Berpantang Shaklee : Cinta Pertama

Alhamdulillah.. Saya mula kenal Shaklee dengan Set Berpantang. Beli melalui seorang rakan yang saya telah ikut blog beliau sekian lama. Dengan Set Berpantang Shaklee pengalaman berpantang anak pertama dan kedua sangat sangat berbeza. Dengan anak pertama juga saya berpantang dengan jamu moden jenama satu MLM yang agak terkenal. Malangnya, tidak serasi dengan saya, masalah resdung yang telah lama hilang tiba tiba datang balik. Sangat kecewa. Saya tekad untuk anak kedua akan mencuba jenama lain. Bertemu dengan Set Berpantang Shaklee is a blessing to me.


Syukur!! Badan cepat cergas dan bertenaga. Takde ngantuk ngantuk, walaupun berjaga malam dengan kerap untuk susukan bayi. Berbeza dengan anak pertama, saya lemah lesu tak bermaya. Luka lambat sangat baik. Dengan Shaklee, balik dari hospital saya dah boleh jalan laju laju macam orang tak bersalin. Ibu saudara saya yang menemani saya semasa berpantang tak habis habis war warkan pada tetamu yang datang melawat. "Baguih ubat pantang dia makan, dia tidoq ataih katil 3 hari tuh ja kat hospital, balik rumah dah tak macam orang baru lepaih beranak, 2 minggu lepaih beranak naik kapai terbang balik dari Qatar ke Malaysia.. Baguih sungguh ubat tu". Kembang kempis jugak la hidung tuan empunya badan nih. Hehe.

Walaupun saya mengambil jamu moden, amalan bengkung, lulur dan tungku tak dilupakan. 44 hari bertungku dan berbengkung. Balik dari Qatar, sambung pula berpantang kat Malaysia. Hehe. Maklum lah badan kita nak pakai lama kan?

Antara produk yang terdapat dalam Set Berpantang Shaklee ialah :

Vitalea - Setiap tablet dalam multivitamin ini mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak dari sayur dan buah. Ia juga bertindak sebagai pemberi tenaga segera. Elak keletihan dan lemau. 

B Complex - Vitamin yang juga dikenali sebagai anti stress. Ibu yang berpantang seringkali mudah murung dan tertekan disebabkan tak mampu untuk mengurus diri serta bayi. Vitamin ini memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. 

Sustained Release Vita C - Vitamin C dapat meningkatkan sistem imun juga menyingkatkan proses penyembuhan luka. Ibu berpantang memang di'haram'kan demam atau sakit sewaktu dalam pantang. Takut bentan kata org org tua.

Zinc Complex - Ia dapat mempercepatkan proses pemulihan luka jahitan dan luka rahim. Ini lah penyebab saya jalan tak macam orang baru lepas bersalin sebaik balik dari hospital. Hehe.

ESP - Sumber protein penting untuk pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga bertindak sebagai pemberi tenaga segera memandangkan sewaktu berpantang banyak makanan dan minuman yang tidak boleh diambil oleh ibu takut memudaratkan. Jadi ESP adalah pengganti yang paling selamat.

Jangan risau kalau tengok jumlah bilangan biji bagi setiap jenis vitamin di atas, kerana setiap vitamin tersebut boleh diambil sehingga lepas pantang sebagai persediaan menyusu bayi sehingga 2 tahun.

 +

Kalau nak lebih jimat? Boleh jadi ahli Shaklee. Anda dapat jimat sehingga 20% untuk setiap produk. Untung untung dapat cash bonus lagi. 

Bermula dengan set ini lah saya jatuh cinta jatuh hati dengan Shaklee tanpa berpaling lagi. Oh! I love Shaklee so much!

Hubungi kami segera

Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Bersalin Shaklee:Ibu lebih cepat sihat dengan mood ceria

Syukur dipertemukan dengan Shaklee semasa bersalin dan berpantang anak kedua. Bermula dari saat saya melahirkan anak kedua saya mula istiqomah mengamalkan pelbagai vitamin dari Shaklee yang bersesuaian bermula set pantang, set pengawalan berat badan, set tambah susu dan beberapa lagi set untuk kecantikan kuit. Saya mengamalkan semua set tersebut tanpa ada sedikit ragu-ragu memandangkan keyakinan yang kuat terhadap produk semulajadi Shaklee dan disokong oleh pelbagai kajian klinikal.


Mei 2013 saya melahirkan anak ketiga. Suka saya nak berkongsi disini yang saya rasa lebih sihat dan kuat semasa berpantang diusia 32 berbanding semasa melahirkan anak pertama pada usia 26. Pelik bukan? Kata orang, semakin berusia, semakin lemah badan seseorang dalam melalui proses bersalin dan berpantang. Tapi perkara itu tidak berlaku pada saya.

Saya telah mengamalkan set bersalin Shaklee seawal hari pertama melahirkan. Set Bersalin dari Shaklee memang dari awal saya sudah masukkan dalam beg yang akan dibawa ke hospital. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT luka bersalin lebih cepat sembuh berbanding kelahiran anak pertama. BComplex yang dikenali sebagai vitamin anti stress juga mengawal mood tenang saya. Bersalin dan berpantang kali ini saya mampu melakukan kerja kerja rumah seawal seminggu lepas melahirkan. Berpantang dengan 2 anak lain yang berusia 6 tahun dan setahun setengah memang mencabar. Si kakak dan bayi memerlukan perhatian dari saya sepanjang masa.

Walaupun tidak cukup tidur, saya masih bertenaga sepanjang hari untuk melayan ketiga-tiga anak saya. Saya jarang rasa mengantuk di siang hari walaupun malamnya tidak cukup tidur dan tidur juga sering terganggu untuk bangun menyusukan bayi (dan kakaknya, yerrr.. kakak masih menyusu, berkongsi dengan baby ;-)).

Nak tau vitamin apa yang tersedia di dalam Set Bersalin Shaklee? Di sini saya senaraikan vitamin yang sesuai dan bagus untuk ibu selepas melahirkan dan bagi mereka yang selesai melakukan pembedahan.


B-Complex

Ia bertindak sebagai anti-stress, menstabilkan emosi, dan membantu mengelakkan kemurungan. Stress sangat bahaya utk ibu lepas bersalin yang boleh membawa kepada masalah meroyan. InsyaAllah, ia mampu membantu ibu-ibu supaya sentiasa tenang & gembira.

Vitamin C

Membantu untuk menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin, membantu dalam pembentukan kolagen dan membantu penyembuhan tisu-tisu sel akibat bersalin. Juga bertindak untuk mengekalkan kesihatan ibu untuk berada di tahap yang optimum sepanjang berpantang. Sebagai bonus untuk ibu-ibu, kulit anda akan kelihatan lebih bersih, cantik dan berseri semasa berpantang.

Vita-Lea (Multivitamin dengan Iron)

Ketika proses melahirkan, wanita akan kehilangan jumlah darah yang agak banyak, jadi iron sangat diperlukan. Ia juga mengandungi multivitamin yang terdiri daripada pelbagai kumpulan mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh badan, maklumlah  pilihan makanan di dalam pantang adalah agak terhad. Maka Vita-Lea boleh membantu badan wanita mendapatkan sumber vitamin dan mineral yang tidak dapat diperolehi melalui pemakanan yang seimbang sewaktu berpantang.

Zinc Complex

Zinc mampu membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka-luka dalaman dan luaran selepas bersalin. Bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan, Zinc adalah antara vitamin yang sangat penting. Selain itu ia juga mampu mengurangkan masalah keguguran rambut dan mencantikkan kuku.




Bagi ibu yang bakal melahirkan dan masih tercari-cari set bersalin atau berpantang yang sesuai. Jadikanlah set dari Shaklee ini sebagai pilihan. Mengapa? Kerana ia terbukti berkesan, selamat dan semulajadi. Bayi demam kuning? Tidak perlu berhenti, teruskan sahaja pengambilan vitamin ini kerana ia tidak akan memburukkan masalah demam kuning bayi.



Hubungi kami segera
SMS/WhatsApp (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.