Showing posts with label Bcomplex. Show all posts

Tips untuk sentiasa Kekal Fokus

Kekal fokus dapat bantu anda menyelesaikan banyak perkara. Tidak kira samada anda seorang pelajar, pekerja atau surirumah yang sedang menjalankan perniagaan dari rumah. Di sini di senaraikan cara cara untuk kekal fokus dan elakkan anda dari scroll newsfeed Facebook setiap 15 minit dan ianya langsung tidak memberi faedah apa-apa (terasa tak? terasa tak?) Haha.


Kaedah 1 (Pengurusan)

  • Kemas  tempat kerja/belajar - pastikan tempat kerja/belajar anda lebih teratur. Sebelum memulakan sesuatu tugas, ambil masa 10 minit untuk mengemaskan workstation anda. 'Hilang'kan handphone dari pandangan mata anda sekurang kurangnya sehingga anda selesai menyiapkan sesuatu tugas. Contohnya seperti saya sekarang. Untuk menyiapkan satu entry ini, saya cuma akan memegang handphone kembali selepas saya publish entry ini ;-)
  • Buat to do list - Buat to do list anda pada permulaan hari atau permulaan minggu. Pastikan anda ikut list tersebut. Berikan waktu rehat di antara list tersebut. Bahagikan tugas mengikut kepentingannya. Sekiranya sesuatu tugas selesai lebih awal maka boleh reward diri dengan melakukan apa yang anda sukai.
  • Urus masa anda - Pasti anda boleh menganggarkan masa yang perlu di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugas. Jadi urus masa mengikut masa yang ditentukan. Seboleh boleh siapkan tugas tersebut dalam ruang masa yang diberikan.
  • Ruang rehat - Jangan duduk di workstation sehari suntuk. Beri masa untuk berehat. Menonton TV, jogging, atau minum kopi mungkin menyegarkan anda.

Kaedah 2 (Kekal Bermotivasi)

  • Cari tujuan tugas anda - Pastikan anda tahu apa yang sedang anda lakukan. Sekiranya anda tahu tujuan kerja anda maka anda kekal bermotivasi dan fokus itu akan datang dengan sendirinya. Pastikan anda menulis tujuan tersebut dan sentiasa merujuk serta menyebutnya. Cuba lah. Pasti membantu
  • Ulang 'mantra fokus' anda - Bila anda tahu apa yang anda mahu dan telah set gol maka ciptalah 'mantra' anda sendiri. Contohnya : "No Facebook, No WhatsApp, No TV sehingga saya menyiapkan satu entry ini". Ulang sebanyak yang mungkin. Secara tak langsung anda akan terdorong melakukan apa yang anda sebutkan.

Kaedah 3 (Memperbaiki fokus)

  • Memperbaiki fokus anda - Bina fokus stamina. Cabar diri untuk menyiapkan sesuatu tugas contohnya dalam masa 30 minit tanpa bangun dari tempat duduk anda. Kemudian tambah lagi 5 minit, tambah lagi 10 minit. Ini akan membuatkan anda lebih bersemangat secara tak langsung melatih anda lebih fokus.
  • Banyakkan membaca - Beri tumpuan semasa membaca. Contohnya sekirang membaca novel. Fokus pada satu chapter dan elakkan gangguan lain. Apabila membaca, tanya diri anda apa yang dibaca, apa isi penting bacaan anda dan sebagainya. Dari situ boleh lihat samada anda betul betul fokus pada apa yang anda baca. 
  • Jangan bertangguh - Bertangguh adalah 'pencuri' masa. Jangan tangguhkan apa jua tugas. Paksa diri lakukan dalam masa yang ditetapkan.
Sekiranya telah mengikut tips tips di atas tapi masih juga anda mempunyai masalah untuk kekal fokus, apa kata cuba beberapa jenis vitamin dari Shaklee. 

Antara cadangan vitamin ialah :

  • Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
  • Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
  • Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain.

Produk produk di atas sememangnya mampu milik. Tapi untuk lebih nilai kepada wang anda apa kata daftar terus jadi ahli Shaklee. Lebih jimat, dan kalau cukup points boleh dapat bonus dari Shaklee. 

SMS/ Whatsapp "VITAMIN FOKUS" ke +6011 252 66 427 SEKARANG JUGA !! Lambat? Pasti menyesal.


Hubungi kami segera
Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Brilliant Shaklee:Bantu anak lebih fokus dalam kelas


Kalau dah nama ibu dan ayah nih mesti sentiasa nakkan yang terbaik untuk anaknya kan? Diri sendiri tak penting, anak lebih penting! Sedangkan barang mainan pun sanggup keluarkan ribuan ringgit. Apatah lagi untuk kesihatan dan pembelajaran anak kan? Sanggup bergolok gadai. Sifat ibu bapa memang macam tuh. Sentiasa nakkan yang terbaik untuk anak anak.

Sebut pasal vitamin nih memang macam macam nak cuba kan? Vitamin untuk terer Matematik, vitamin untuk master dalam subjek Sains, bagitau jek apa apa. Gerenti beli. Sebab nak anak pandai dan cemerlang punya pasal kan?


Di Shaklee terdapat satu set yang disebut Brilliant Set untuk meningkatkan kepekaan, daya ingatan dan tumpuan dan kecekapan bekerja yang sesuai untuk anak anak yang sudah mula bersekolah menengah sehingga ke peringkat universiti. Kenapa adanya set ini? Kerana anak anak yang sudah meningkat remaja ini makin susah dikawal oleh ibu bapa. Contohnya terdorong untuk tidur lambat dan hasilnya esok tuh mengantuk dalam kelas dan tak fokus. 

Semua orang tak kira tua muda pasti mahukan yang terbaik dalam hidup masing masing. Betul tak? Dalam usaha untuk menjadi yang terbaik ini, ramai juga yang menghadapi masalah kesihatan antaranya :

  • Tekanan @ Stress
  • Lesu dan sakit sakit badan
  • Tidur yang tidak cukup
  • Kurang daya tumpuan
  • Sakit kepala atau migrain yang sering berulang
  • Lemah daya ingatan
  • Kurang peka dan tidak fokus

Masalah masalah ini sering mengganggu untuk mencapai apa yang dihajati samada dalam pelajaran atau pekerjaan.

Set Brilliant Shaklee ini memberikan satu set lengkap dalam mencapai kesihatan yang lebih baik dan hebat.

Antara kebaikannya ialah :

  • Membantu untuk melegakan tekanan.
  • Membantu mengurangkan kemurungan dan memperbaiki emosi.
  • Memberi lebih tenaga.
  • Menggalakkan tidur yang sempurna.
  • Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran.
Set ini sesuai untuk anak anak remaja anda. Set untuk anak anak bawah 12 tahun juga Shaklee sediakan. Boleh rujuk Set Kanak Kanak Shaklee.



Mahu cuba tapi kurang mampu? Hubungi kami untuk jadi ahli. Dengan menjadi ahli Shaklee, anda dapat jimatkan sehingga 20% untuk keseluruhan harga Set Brilliant ini. Pelaburan untuk anak anak. InshaaAllah akan diberkati Allah SWT. Semoga bermanfaat buat semua.


Hubungi kami segera
Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Berpantang Shaklee : Cinta Pertama

Alhamdulillah.. Saya mula kenal Shaklee dengan Set Berpantang. Beli melalui seorang rakan yang saya telah ikut blog beliau sekian lama. Dengan Set Berpantang Shaklee pengalaman berpantang anak pertama dan kedua sangat sangat berbeza. Dengan anak pertama juga saya berpantang dengan jamu moden jenama satu MLM yang agak terkenal. Malangnya, tidak serasi dengan saya, masalah resdung yang telah lama hilang tiba tiba datang balik. Sangat kecewa. Saya tekad untuk anak kedua akan mencuba jenama lain. Bertemu dengan Set Berpantang Shaklee is a blessing to me.


Syukur!! Badan cepat cergas dan bertenaga. Takde ngantuk ngantuk, walaupun berjaga malam dengan kerap untuk susukan bayi. Berbeza dengan anak pertama, saya lemah lesu tak bermaya. Luka lambat sangat baik. Dengan Shaklee, balik dari hospital saya dah boleh jalan laju laju macam orang tak bersalin. Ibu saudara saya yang menemani saya semasa berpantang tak habis habis war warkan pada tetamu yang datang melawat. "Baguih ubat pantang dia makan, dia tidoq ataih katil 3 hari tuh ja kat hospital, balik rumah dah tak macam orang baru lepaih beranak, 2 minggu lepaih beranak naik kapai terbang balik dari Qatar ke Malaysia.. Baguih sungguh ubat tu". Kembang kempis jugak la hidung tuan empunya badan nih. Hehe.

Walaupun saya mengambil jamu moden, amalan bengkung, lulur dan tungku tak dilupakan. 44 hari bertungku dan berbengkung. Balik dari Qatar, sambung pula berpantang kat Malaysia. Hehe. Maklum lah badan kita nak pakai lama kan?

Antara produk yang terdapat dalam Set Berpantang Shaklee ialah :

Vitalea - Setiap tablet dalam multivitamin ini mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak dari sayur dan buah. Ia juga bertindak sebagai pemberi tenaga segera. Elak keletihan dan lemau. 

B Complex - Vitamin yang juga dikenali sebagai anti stress. Ibu yang berpantang seringkali mudah murung dan tertekan disebabkan tak mampu untuk mengurus diri serta bayi. Vitamin ini memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. 

Sustained Release Vita C - Vitamin C dapat meningkatkan sistem imun juga menyingkatkan proses penyembuhan luka. Ibu berpantang memang di'haram'kan demam atau sakit sewaktu dalam pantang. Takut bentan kata org org tua.

Zinc Complex - Ia dapat mempercepatkan proses pemulihan luka jahitan dan luka rahim. Ini lah penyebab saya jalan tak macam orang baru lepas bersalin sebaik balik dari hospital. Hehe.

ESP - Sumber protein penting untuk pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga bertindak sebagai pemberi tenaga segera memandangkan sewaktu berpantang banyak makanan dan minuman yang tidak boleh diambil oleh ibu takut memudaratkan. Jadi ESP adalah pengganti yang paling selamat.

Jangan risau kalau tengok jumlah bilangan biji bagi setiap jenis vitamin di atas, kerana setiap vitamin tersebut boleh diambil sehingga lepas pantang sebagai persediaan menyusu bayi sehingga 2 tahun.

 +

Kalau nak lebih jimat? Boleh jadi ahli Shaklee. Anda dapat jimat sehingga 20% untuk setiap produk. Untung untung dapat cash bonus lagi. 

Bermula dengan set ini lah saya jatuh cinta jatuh hati dengan Shaklee tanpa berpaling lagi. Oh! I love Shaklee so much!

Hubungi kami segera

Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ostematrix dan B Complex - Vitamin WAJIB untuk penderita migrain


Sakit kepala memang sejenis penyakit yang mudah kita hadapi. Banyak faktor yang menyebabkan sakit kepala contohnya gaya hidup yang stress, masalah sinus yang kronik, serta perubahan cuaca yang redup kepada panas yang terlalu ekstrem. 

Salah satu jenis sakit kepala ialah migrain. Sekiranya diserang migrain sudah pasti akan menganggu aktiviti harian kita dan banyak perkara akan terabai dan ditangguhkan. Selalunya penghidap migrain hanya tidur seharian tanpa mampu untuk mengangkat kepala sekalipun.

 
Sekiranya anda penghidap migrain, ini adalah perkara yang perlu anda elakkan :
  • Makanan yang mengandungi thyramine seperti keju.
  • Makanan yang mengandungi MSG dan nitrat.
  • Tidur yang tidak tetap.
  • Stress dan tekanan.
  • Membiarkan perut kosong terlalu lama.
Pengambilan makanan seimbang yang betul serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dapat mengurangkan masalah migrain ini. Malah pengambilan supplemen semulajadi secara konsisten juga dapat menyembuhkan migrain. Insya Allah. Shaklee mempunyai 2 vitamin bagi membantu pesakit migrain melegakan rasa sakit kepala yang teruk iaitu :
 
 Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.



Kenali punca dari mana datangnya migrain anda. Sekiranya dari pemakanan maka kawallah dan jaga pemakanan anda untuk elakkan masalah ini berlanjutan. 
 
Hubungi CaptVitamin untuk mendapatkan Set Migrain Shaklee anda. Inginkan harga yang jauh lebih murah? Diskaun sehingga 15-20%? Jadi ahli Shaklee sekarang dan anda akan dapat pelbagai faedah. Makan sendiri juga layak menerima bonus. Teringin nak bisnes? Di alu alu kan.. Mungkin cash bonus, car bonus dan berpeluang melancong atau umrah percuma menjadi milik anda. 
 
Jom order vitamin dan jadi ahli Shaklee.


 Hubungi kami segera
Whatsapp/Call/SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +60 11 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Asas Shaklee : Bantu kesihatan dari amat baik kepada cemerlang

"Saya tak sakit, saya sihat.. perlu ke untuk ambil supplemen?" Hmmm, macam mana tuh? Bagaimana ukuran tahap kesihatan setiap orang? Adakah dengan merasai sendiri sihat, tidak demam, tiada diabetes, tiada masalah tekanan darah tinggi, tidak obes sudah dikira sebagai SIHAT? Atau.. perlu ke klinik dan membuat ujian kesihatan keseluruhan dan seterusnya membuat ujian tahap kolesterol dalam badan dan sebagainya. Bagi saya, lebih tepat perlu ke klinik untuk ujian, bukan sekadar 'diri sendiri rasa sihat'. Itu tidak memadai. Ramai kes yang berlaku kebelakangan ini, tidak obes, tidak merokok, menjalankan gaya hidup sihat seperti bersenam 3 kali seminggu, tiada sebarang penyakit tiba tiba diserang strok, tiba tiba terkena serangan jantung.


Apabila mencapai satu peringkat umur, adalah lebih baik sekiranya kita melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Sekiranya tidak sakit dan disahkan sihat sepenuhnya oleh doktor adakah tidak perlu untuk mengambil supplemen? Hmmm.. tepuk dada tanya selera. Saya juga tidak terkecuali. Di sahkan sihat dan semua ujian tahap kesihatan berada dalam keadaan baik namun tetap menelan berbiji biji vitamin Shaklee setiap hari. Kenapa? Sebabnya :

  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar setiap hari. Asap rokok dari orang yang merokok, asap kenderaan, air minuman yang digunakan setiap hari, semua itu adalah tercemar. Udara yang disedut tercemar. Air yang diminum juga tak pasti pemprosesannya.
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah nutrien. Contoh : macam saya yang tinggal di negara timur tengah. Kebanyakan penduduk di sini seboleh boleh ingin mengelak dari cahaya matahari yang mana kita tahu sumber Vitamin D dari cahaya matahari, maka kita perlu ambil supplemen tambahan untuk menampung kekurangan Vitamin D dalam badan.
  • Buah buahan dan sayur sayuran yang terjejas atau tercemar dari racun perosak dan sebagainya. 
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Tidak bersenam. Tidak mengambil makanan mengikut kalori yang sepatutnya.
  • Bagi rakyat Malaysia sendiri, kebanyakan mengambil makanan mengikut rasa bukan zat makanan tersebut. 
  • Kehilangan nutrien dalam makanan semasa tempoh penyediaan juga menyebabkan kita perlu untuk mengambil supplemen.
Jadi, untuk menampung kekurangan kekurangan di atas, anda dinasihatkan sekurang kurangnya untuk mengamalkan Set Asas Shaklee. Perlu di ingat, vitamin bukan untuk orang sakit. Orang sakit perlu cari doktor dan dapatkan ubat. Tapi vitamin untuk mereka yang sihat untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Set Asas Shaklee ini sesuai diamalkan oleh seisi keluarga kerana ia dapat memberikan nutrien yang berkhasiat untuk sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga. Antara kebaikannya ialah :
  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh.
  • Membantu anda rasa lebih bertenaga.
  • Menguatkan sistem imun anda.
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.
Set Asas Shaklee ini terdiri daripada gabungan Vitalea Iron Formula, BComplex, SR Vita C dan ESP. Penggunaan untuk seisi keluarga (sesuai untuk remaja 13 tahun ke atas) ini boleh bertahan sehingga 2-3 bulan. Sangat berbaloi dan mampu milik untuk semua.

Set Asas Shaklee ini di kategorikan sebagai keperluan vitamin wajib ada di rumah anda. Beli dengan CaptVitamin untuk konsultasi percuma 24 jam.


Hubungi kami segera
SMS/Call/Whatsapp (Doha) 974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 6011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tips Hilangkan Jerawat dengan Cepat dan Semulajadi

Bangun pagi hala muka depan cermin, Arghhhhhh.. mengundang unnecessary stress... sebab? Toing jerawat sebiji segar bugar atas hidung.. merah menyala.. sakit pulak tuh.. adui! Malam nih ada gala dinner night anjuran office.. what a great night.. haihhh.. nak buat camne nih? Meh kita tengok.. kot kot ada petua petua yang cepat untuk hilangkan jerawat nih segera.. kalau tak hilang terus pun at least tak sakit.. kan? tapi harap harap cepat hilang jerawat nih.. nak glamour glamour malam nih.. hehe

Jom kita selongkar dapur tengok apa bahan bahan yang ada untuk memusnahkan jerawat durjana ini.  

 
LEMON - kalau ada lemon.. potong / hiris lemon dan sental kat jerawat tuh.. pedih kottt.. takpe.. mesti bertahan.. 

MADU - Madu memang terkenal dengan kehebatannya untuk melembap dan melicinkan kulit, mostly spa yg famous famous pun suka guna madu. Madu nih bersifat tinggi antioksidan yang dapat membersihkan kulit dan bantu menyahkan jerawat.

OATS - Wahhh.. macam uncommon gitu kan guna oats utk hilangkan jerawat? haaaa.. kalau belum penah try sebelum nih, apa kata kita try oats campur susu untuk hilangkan jerawat dengan cepat dan pantas. Campuran oats dgn susu cuma sapukan ke seluruh muka.

BAKING SODA - bukan hanya untuk menaikkan kek anda menjadi gebu, malah kulit muka juga boleh jadi licin, gebu, berseri tanpa jerawat dengan baking soda nih. Mudah sangat nak hilangkan jerawat nih, cuma campurkan baking soda tambah sedikit air dan sapu ke bahagian yang tumbuh jerawat tadi. Wallaaaaa..

TOMATO - tomato memang terkenal dengan fungsinya yang amat banyak terhadap keremajaan kulit. paling mudah. hiris tomato dan tampal kan kat kulit muka, jerawat hilang kulit lebih berseri. baki tomato yang dipotong tadi kalau tak habis tampal boleh kunyah mcm ulam.terbaik!!

GARAM DAPUR - boleh campur dengan lemon dan buat masker. mujarab nih. skrub muka yang paling cepat dan berkesan untuk menghilangkan jerawat di muka. boleh cuba terus nih.

6 tips untuk menghilangkan jerawat secara cepat dan semulajadi. Hanya dengan selongkar peti ais dan dapur rumah anda. Mudah, cepat dan berkesan. Itu cara penjagaan luaran. 

Bagaimana nak rawat masalah jerawat nih dari dalam.. dengan cara memperbaiki sistem keseluruhan tubuh, membuang toksin dalam badan dan sebagainya? Saya ada caranya yang pasti selamat dan berkesan malah banyak 'good side effect' lain yang bakal anda terima.


Hubungi kami segera untuk tau caranya. Secepat mungkin!

SMS/Call/WhatsApp (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Pantang Shaklee : Bertenaga seawal hari ke 3 selepas melahirkan

Alhamdulillah, dah 3 bulan lebih lil Hajna Mezayra menjenguk dunia.. Bayi Shaklee yang sihat aktif dan sangat baik budinya. Maklumlah dari dalam perut mama lagi dah mendapat khasiat vitamin Shaklee. Dan bersambung pula dengan Set Pantang Shaklee yang diterima melalui susu ibu.

Set Pantang Shaklee selamat atau tidak untuk ibu menyusu? Oh.. bukan hanya selamat.. Malah sangat bermanfaat untuk bayi dan ibu.. Benda yang sentiasa dalam ingatan semasa mengemas beg hospital pastilah vitamin dari Shaklee. Seawal lepas melahirkan dan dihidangkan makanan selepas melahirkan saya terus mengambil vitamin untuk meningkatkan tahap kekuatan badan. Maklumlah proses bersalin memang letih dan memenatkan. Set Pantang Shaklee terdiri dari Vitalea Iron Formula, B Complex, Chew Vita C 100mg dan Zinc. Kesemua vitamin ini mempunyai khasiat yang tersendiri :

 
Vitalea Iron Formula :

Ia sebagai pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Ia juga menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru dan membantu proses pembesaran. 

B Complex : 
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lebih berkesan apabila bertindak bersama dalam meggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular. Juga dikenali sebagai vitamin anti stress / vitamin 'gembira'. Mengelakkan ibu berpantang dari di serang meroyan.

Chew Vit C 100 mg :
Menguatkan sistem imunisasi badan. Mengelakkan si ibu dari mudah terkena demam atau selsema semasa berpantang. Seperti yang diketahui semua adalah sangat tidak elok bagi ibu berpantang sakit semasa dalam pantang.

Zinc Complex :
Mempercepatkan proses penyembuhan luka luar (jahitan) dan dalam (luka rahim).

Syukur.. dengan pengambilan Set Pantang Shaklee ini, saya kuat dan sihat seawal keluar dari hospital. Badan tidak rasa lemah atau tak bermaya walhal dengan adanya bayi serta kakaknya yang berusia setahun 6 bulan ketika itu yang keduanya memerlukan perhatian saya. Rakan rakan yang datang melawat juga dan menegur mengatakan saya tidak seperti orang yang lepas seminggu bersalin. Luka cepat baik menyebabkan mudah untuk saya bergerak dan bertenaga. Tidak lesu dan sentiasa bertenaga. 

Set Pantang Shaklee juga membantu saya lebih cepat cergas sehingga membolehkan saya terbang dari Doha ke Kuala Lumpur seawal 20 hari berpantang. Pramugari pun terkejut apabila diberitahu yang bayi saya berusia 20 hari sudah dibawa menaiki kapal terbang selama 11 jam. Alhamdulillah, semuanya di permudahkan oleh Allah SWT. Saya suka untuk berkongsi manfaat dan kebaikan Set Pantang Shaklee ini dengan semua wanita yang bakal melahirkan. Harga yang berpatutan untuk tempoh penggunaan sehingga selepas berpantang dan juga berkesan serta semulajadi. Juga selamat untuk diambil ibu berpantang walaupun bayi di jangkiti jaundis. Jangan malu jangan segan nak mencuba benda baik. 


Hubungi kami segera
Call / SMS (Doha) +97433014039
WhatsApp/WeChat (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Bersalin Shaklee:Ibu lebih cepat sihat dengan mood ceria

Syukur dipertemukan dengan Shaklee semasa bersalin dan berpantang anak kedua. Bermula dari saat saya melahirkan anak kedua saya mula istiqomah mengamalkan pelbagai vitamin dari Shaklee yang bersesuaian bermula set pantang, set pengawalan berat badan, set tambah susu dan beberapa lagi set untuk kecantikan kuit. Saya mengamalkan semua set tersebut tanpa ada sedikit ragu-ragu memandangkan keyakinan yang kuat terhadap produk semulajadi Shaklee dan disokong oleh pelbagai kajian klinikal.


Mei 2013 saya melahirkan anak ketiga. Suka saya nak berkongsi disini yang saya rasa lebih sihat dan kuat semasa berpantang diusia 32 berbanding semasa melahirkan anak pertama pada usia 26. Pelik bukan? Kata orang, semakin berusia, semakin lemah badan seseorang dalam melalui proses bersalin dan berpantang. Tapi perkara itu tidak berlaku pada saya.

Saya telah mengamalkan set bersalin Shaklee seawal hari pertama melahirkan. Set Bersalin dari Shaklee memang dari awal saya sudah masukkan dalam beg yang akan dibawa ke hospital. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT luka bersalin lebih cepat sembuh berbanding kelahiran anak pertama. BComplex yang dikenali sebagai vitamin anti stress juga mengawal mood tenang saya. Bersalin dan berpantang kali ini saya mampu melakukan kerja kerja rumah seawal seminggu lepas melahirkan. Berpantang dengan 2 anak lain yang berusia 6 tahun dan setahun setengah memang mencabar. Si kakak dan bayi memerlukan perhatian dari saya sepanjang masa.

Walaupun tidak cukup tidur, saya masih bertenaga sepanjang hari untuk melayan ketiga-tiga anak saya. Saya jarang rasa mengantuk di siang hari walaupun malamnya tidak cukup tidur dan tidur juga sering terganggu untuk bangun menyusukan bayi (dan kakaknya, yerrr.. kakak masih menyusu, berkongsi dengan baby ;-)).

Nak tau vitamin apa yang tersedia di dalam Set Bersalin Shaklee? Di sini saya senaraikan vitamin yang sesuai dan bagus untuk ibu selepas melahirkan dan bagi mereka yang selesai melakukan pembedahan.


B-Complex

Ia bertindak sebagai anti-stress, menstabilkan emosi, dan membantu mengelakkan kemurungan. Stress sangat bahaya utk ibu lepas bersalin yang boleh membawa kepada masalah meroyan. InsyaAllah, ia mampu membantu ibu-ibu supaya sentiasa tenang & gembira.

Vitamin C

Membantu untuk menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin, membantu dalam pembentukan kolagen dan membantu penyembuhan tisu-tisu sel akibat bersalin. Juga bertindak untuk mengekalkan kesihatan ibu untuk berada di tahap yang optimum sepanjang berpantang. Sebagai bonus untuk ibu-ibu, kulit anda akan kelihatan lebih bersih, cantik dan berseri semasa berpantang.

Vita-Lea (Multivitamin dengan Iron)

Ketika proses melahirkan, wanita akan kehilangan jumlah darah yang agak banyak, jadi iron sangat diperlukan. Ia juga mengandungi multivitamin yang terdiri daripada pelbagai kumpulan mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh badan, maklumlah  pilihan makanan di dalam pantang adalah agak terhad. Maka Vita-Lea boleh membantu badan wanita mendapatkan sumber vitamin dan mineral yang tidak dapat diperolehi melalui pemakanan yang seimbang sewaktu berpantang.

Zinc Complex

Zinc mampu membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka-luka dalaman dan luaran selepas bersalin. Bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan, Zinc adalah antara vitamin yang sangat penting. Selain itu ia juga mampu mengurangkan masalah keguguran rambut dan mencantikkan kuku.




Bagi ibu yang bakal melahirkan dan masih tercari-cari set bersalin atau berpantang yang sesuai. Jadikanlah set dari Shaklee ini sebagai pilihan. Mengapa? Kerana ia terbukti berkesan, selamat dan semulajadi. Bayi demam kuning? Tidak perlu berhenti, teruskan sahaja pengambilan vitamin ini kerana ia tidak akan memburukkan masalah demam kuning bayi.



Hubungi kami segera
SMS/WhatsApp (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.