Showing posts with label Set Kulit Shaklee. Show all posts

5 Resepi dan 2 Pantang Larang Bancuh ESP Shaklee

Makan ESP, Minum ESP, Masker ESP, Mandi ESP, Tidur peluk tong ESP.. Tu dia.. Gara gara promosi Beli 6 Percuma 1 ESP sepanjang Mac 2014, semua teruja tak terkata. Yang nak mengganti puasa, yang nak buat stok sempena puasa, semua pakat borong 7 tong sebab takut sangat kalau order hujung hujung kang dah habis se gudang ESP diborong orang lain.

Yang mana masih teragak agak tuh, buat lah keputusan cepat cepat, takut nanti menggigit jari. Waktu tak dapat dah nak tolong. Memandangkan ramai yang memborong ESP bulan nih jom saya kongsi kan resepi bancuh ESP yang best. Yang mampu ditelan. Ada orang memang susah nak menelan shake powder nih.

Apa rasa ESP Shaklee ? Jangan bayangkan ESP macam air soya pasar malam yg sedap tuh yekk, dia bukan macam tuh sebab ESP Shaklee tiada gula tambahan, tiada pewarna dan tiada pengawet. 100% natural Non GMO soy. Jadi, set minda korang yang ESP nih rasa plain saja.

Meh nak kongsi resepi bancuh ESP yang best. 5 resepi bancuh ESP serta 2 pantang larang keras cara bancuh ESP.

1) Masuk 1 sudu besar oren Sunquick dalam shaker. Masukkan 1 1/2 sudu ESP dalam shaker beserta air sejuk 200ml. Goncang goncang dlm seminit. Sedia untuk diminum. Yummy.. Rasa oren oren sikit.

2) Sebotol minuman jus Twister, sebarang perisa contoh Laici, Blackcurrant, Manggo atau Oren atau apa jus kegemaran korang, tuang dalam shaker dan masukkan 1 1/2 sudu ESP. Goncang goncang goncang. Sedia untuk diminum.

3) Potong 2 biji pisang kecil kecil dan masukkan dalam blender. Masukkan 2 sudu Quaker Oat perisa madu. Masukkan 250ml air sejuk dan 1 1/2 sudu ESP. Kisar sehingga hancur. Kalau suka boleh tambah kiub ais. Nahhh, ESP Oat Banana Smoothies, kalau ambil waktu sarapan, saya jamin kenyang hingga ke petang.

4) Resepi nih memang agak guilty sikit utk org diet tapi kegemaran penggemar coklat. 2 sudu serbuk coklat Cadburry ditambah dengan 200 mlm susu HL perisa kesukaan bersama 1 1/2 sudu ESP. Shake atau blend kan, dan minum.. fuhhhh melekat lekat ditekak. Yummeh.

5) Ini resepi kegemaran saya, 1 scoop Cinch Shake perisa coklat dan 1 1/2 sudu besar ESP bersama 200ml air sejuk. Goncang dengan shaker. Wallaaaaahhh, sarapan yang mengenyangkan sampai ke jam 2 petang. Memang best!!

Tapi ingat, ada 2 pantang larang terbesar untuk anda sekiranya ingin membancuh ESP.

1 - JANGAN BANCUH ESP DENGAN AIR PANAS ATAU SUAM. MESTI AIR SEJUK ATAU SUHU BILIK

2 - JANGAN BANCUH ESP DENGAN KOPI ATAU TEH

Selagi tidak melanggar pantang larang tersebut, maka anda bebas untuk bereksperimen resepi ESP Shaklee sesuka hati dan sesedap rasa anda.

Selamat Mencuba!!

Eh, tau tak dengan belian 6 tong ESP anda layak untuk mendapat keahlian percuma? Tau tak dengan menjadi ahli Shaklee korang dapat jimat 15-20% dengan setiap pembelian produk Shaklee? Tau tak kalau aktif berbisnes korang akan diguide percuma sehingga tidak mustahil untuk gi melancong ke Italy tahun depan? Perghhhhh.. Macam best jerr macam best jerr..

Cer contact cer contact..



Whatsapp/Call/SMS (Doha) +974 33014039

WhatsApp (Malaysia & Doha) +60 11 2526 6427

PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin

Like page : CaptVitamin

Email : admin@captvitamin.com
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Website : www.captvitamin.com


Sumber Vitamin C Terbaik Dunia hanya dari Shaklee

   
Gabungan Vitamin E dan Vitamin C lebih mantap untuk kulit yang gebu dan licin
Selama ini kita mengenal sumber vitamin C terbaik adalah oren. Oren sering dikaitkan dengan vitamin C. Padahal banyak buah-buahan yang mengandungi vitamin C lebih banyak berbanding oren. Di antaranya adalah buah kiwi, betik dan jambu biji.
 
Vitamin C adalah sangat penting untuk tubuh manusia untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh, membantu penyerapan zat besi serta untuk pembentukan kolagen. Kekurangan vitamin C di dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa masalah kesihatan seperti masalah sendi dan anemia. Vitamin C adalah vitamin larut air. Jadi masalah terlebih dos vitamin C dalam tubuh sangat jarang berlaku. Vitamin C adalah vitamin yang mudah hilang melalui urin dan peluh.
 
Mungkin ramai di kalangan anda yang tidak menggemari buah oren tapi ingin kan sumber vitamin C yang cukup untuk badan. Selain buah oren disini disenaraikan alternatif  buah buahan lain yang boleh menggantikan buah oren.

Jambu biji
Kandungan vitamin C dalam jambu biji melebihi vitamin C dari buah oren. Dalam 100g buah jambu biji mengandungi 108mg vitamin C. Ia berkhasiat untuk mengatasi masalah gangguan perut seperti dhirea.

Epal
Kandungan vitamin C dalam 100 gram buah epal adalah 5 mg. Epal juga kaya akan flavonoid antioksidan yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebuah epal memiliki sekurang kurang nya 80 kalori.

Delima
Sebiji buah delima mempunyai lebih kurang 40% keperluan vitamin C anda. Deliama juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin, vitamin A dan E. Antosianidin juga memiliki sifat antooksidan dan anti inflamasi yang dapat menurunkan kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah Alzheimer, kanser payudara, kanser prostat serta leukimia.

Buah Kiwi
Selain mengandungi banyak vitamin C, buah kiwi kaya dengan sumber magnesium, kalium, vitamin A dan E.

Buah Anggur
Buah anggur memiliki kandungan vitamin C yang banyak, iaitu 10.8 mg setiap 100 gramnya. Anggur merah juga mengandung zat besi, kalium, serat dan antioksidan lain yang berlimpah ruah.

Strawberi
Mengambil strawbery dalam hidangan harian akan dapat mencegah diabetes dan penyakit jantung. Strawberi juga merupakan buah buahan yang mempunyai sifat antioksida yang tinggi. 

Betik
Betik mempunyai banyak vitamin C, folat dan karotin. Betik merupakan satu satunya sumber enzim pencernaan semulajadi yang membantu mencerna protein. Dalam 150gram betik mengandungi Vitamin C sebanyak 90mg.

Avocado
Avocado mempunyai lemak tak tepu yang membantu menurunkan kadar kolesterol. Ia juga mengandungi zat besi dan vitamin E. Sebiji avocado mengandungi lebih kurang 81 kalori, 8 gram lemak dan 3 gram serat.

Mangga
Sebiji mangga rata-rata mengandungi 60 mg vitamin C. Antioksidan dalam mangga membantu mencegah artritis, mempercepat penyembuhan luka dan sangat baik untuk sistem kekebalan tubuh.

Tomato
Tomato adalah sumber vitamin C dan salah satu karetinoid terkuat yang bertindak sebagai antioksidan. Dalam satu buah tomato ukuran kecil mengandungi vitamin C sebanyak 23 mg.

Selain buah-buahan di atas, masih banyak lagi buah yang mengandung vitamin C seperti pisang, melon, laici, nanas, markisa dan blackcurrent.

Namun pengambilan buah buahan juga perlu diteliti memandangkan sekarang proses penanaman buah buahan untuk pasaran komersil terlalu luas. Untuk menjaga kualiti buah supaya tidak rosak dan tahan lama mungkin menyebabkan pengusaha terpaksa menggunakan racun serangga secara berlebihan dan mengawet buah buahan tersebut untuk tujuan eksport yang mengambil masa berbulan lamanya.

Jadi kandungan vitamin C dalam buah buahan tersebut juga mungkin berkurangan disebabkan oleh keadaan keadaan tersebut.

Shaklee juga mempunyai Vitamin C yang di panggil Sustained Release VitaC Plus. SR Vita C Plus adalah yang terbaik kerana :

  • Ia bersifat sustained release iaitu pelepasan jam demi jam – setiap 100mg vitamin C akan dilepaskan setiap jam dalam jangkamasa 5 jam tanpa henti. Memandangkan vitamin C adalah vitamin larut air maka sifat ini sangat penting supaya vitamin C yang kita ambil dapat diserap sepenuhnya oleh badan.
  • 1 tablet Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji buah oren. Mampukah untuk kita mengambil 7 biji oren sehari. Pasti sukar bukan? Jadi Vitamin C Shaklee adalah jawapannya.
  • Mempunyai “bioflavonoids” yang membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C dari teroksida
  • Sumber natural – tiada perasa, pemanis, pewarna tiruan dan tanpa bahan pengawet.
  • Bagi mereka yang ada parut parut jerawat, kulit kusam dan kering, jeragat degil dan masalah gusi dan berdarah, sangat sangat disarankan untuk mengambil Vitamin C secara konsisten untuk pemulihan kulit untuk lebih cantik gebu tulus dan mulus.

Untuk mendapatkan vitamin C Shaklee anda dengan harga lebih murah? Jom jadi ahli Shaklee sekarang. Anda bukan sahaja dapat membuat belian dengan harga 15-30% diskaun malah berkelayakan mendapat rebat tunai sekiranya cukup points untuk menebus rebat tersebut. Kongsi kebaikan dan keberkesanan Shaklee dengan seluruh keluarga dan sahabat handai anda.
 
Hubungi kami segera
Whatsapp/Call/SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +60 11 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Shaklee Collagen Powder:Untuk kulit lembap dan tidak kering lagi.

Musim sejuk di Doha. Musim berperang dengan kulit kering, tapak kaki merekah, bibir menggelupas sehingga berdarah dan pelbagai masalah kulit yang. Usaha untuk mencantik dan menggebukan kulit memang sangat sangat payah di kala musim sejuk ini. Bukan setakat kering malah sampai satu tahap jadi sakit seluruh kulit kerana terlampau kering. Losyen? Pelbagai jenis dah dicuba, yang boleh tahan sikit losyen Herbal Blend dari Shaklee. Jenama lain memang gagal. 

Salah satu cara yang terlintas ialah dengan cara memelihara kelembapan kulit dari dalam. Bukan setakat sapu gosok dengan losyen yang bersifat sementara. Kemuncak musim sejuk sejak pertengahan Januari lepas saya mengamalkan setiap malam tanpa gagal Shaklee Collagen Powder.
 
Satu paket Shaklee Collagen Powder dicampur dengan jus oren konsisten hampir sebulan, Alhamdulillah.. Tiada lagi keruping keruping kat pipi, tumit dan tapak kaki tak rasa seperti kertas pasir lagi. Best bangat Shaklee Collagen Powder.. Terbaik..
 
Patut lah kulit rasa lembab dan basah basah macam lepas dipercik air kat muka. Rupanya Shaklee Collagen Powder nih terdapat asid hialuronik yang dapat mengekalkan kelembapan kulit serta mampu menahan air yang banyak. 1 gram asid hialuronik dapat menahan sebanyak 6 liter air. Kulit juga lebih elastik dan anjal di mana bila dicubit kulit akan melantun. Wahhh.. bayangkan kulit melantun lantun.. macam kulit bayi lah kan? Best sangat tuh.

Nak cuba tak? Di awal penggunaan dulu saya dah mula rasa perbezaan seawal 7 hari pengambilan Shaklee Collagen Powder. Mungkin juga perkara yang sama berlaku kepada anda. Kulit makin gebu, lembab dan licin. Bonus extra yang saya dapat, bangun pagi tanpa rasa letih dan lesu. 2 dalam 1. Alhamdulillah. Kalau nak cuba boleh hubungi nombor di bawah. Perkara yang baik dan elok memang wajib kita war warkan.
 
Hubungi kami segera
Whatsapp/Call/SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +60 11 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Shaklee SR Vita C Plus : Penantian selama setahun lebih berakhir

Berita @ SMS gembira semalam yang diterima " SR Vita C is now available" makanya fenomena mengerumuni HQ Shaklee dan branch pun bermula. Kawan saya tunggu dari jam 9 pagi di Shaklee dan hanya sampai rumah menjelang Maghrib semata mata SR Vita C ini. Apa yang best sangat dengan SR Vita C nih? Meh kita check it out..
 
"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi (sustained release - SR) Vitamin C ini adalah direka oleh Shaklee" Eksklusif! Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vit C Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Ia juga mempunyai bioflavonoid yang juga dikenali sebagai Vitamin C kompleks. Ia mampu untuk meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
 
 Antara manfaat utama :
  • Merangsang pembentukan kolagen - Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot jadi lembik.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun badan - Mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta asma, juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  • Memerangi kanser - Ia adalah satu satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel sel kanser.
  • Mencantikkan kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen yang menyebabkan kejadian jeragat.
  • Memperbaiki insomnia serta masalah stres yang berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolesterol sihat - Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah serta menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah dan skurvi.
 
Banyak kan kebaikan dan manfaat Vitamin C nih untuk badan kita? Kalau nak telan atau makan buah oren 8 biji memang tak mampu kan? CaptVitamin ada ready stok yang harga sangat berbaloi dan mampu milik untuk semua orang.. Jom kita elak kena selsema batuk demam dengan ikhtiar semulajadi dengan Shaklee SR Vita C Plus.
 
 
Hubungi kami segera
SMS/Call (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +6011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Vivix dan Collagen Shaklee:Kesan buruk yang bakal anda diterima

Setelah konsisten mengambil Vivix dan Collagen dari Shaklee ini selama lebih kurang sebulan (sebelum nih mengandung tak boleh ambil raja & ratu produk Shaklee nih) maka ada beberapa kesan buruk yang dapat saya rasai antaranya :

1) Kena marah dengan anak
Ya.. kena marah dengan anak yang nombor 2 sebab tabiat dia time menyusu dia akan gentel siku mama dia nih.. Malangnya, selepas pengambilan Vivix dan Collagen Shaklee secara konsisten nih, siku saya dah jadi licin, tiada keruping keruping kasar dan bijik bijik untuk digesel. Dah licin. Dah tak best untuk digentel. stressed la dia...hehehe

2) Telek muka kat cermin dah tak feel
Selalunya sebelum mandi, suluh muka pada cermin bilik air, picit picit jerawat nasi kat hidung dan belek belek seluruh muka cari 'bendasing' yang boleh dipicit. Tapi aktiviti itu terpaksa dihentikan. Sebab? jerawat nasik dan semua 'bendasing' dah hilang lepas ambil combo Vivix dan Collagen Shaklee. Maka habis lah 'me' time saya di bilik air. Itu sahaja lah 'me' time yang saya ada setelah ada anak 3 nih.. huwaaaa...

3) Rugi duit
Eh, ini kesan seorang rakan yang menceritakan pada saya kesan yang dia alami. Badan makin menyusut lepas konsisten ambil Vivix, seluar yang masih elok dan baru dah tak boleh pakai sebab londeh. Bila pakai tali pinggang, nampak buruk pulak, mcm jerut seluar Aladdin. Kesan buruknya, rugi duit dia.. ada beberapa helai baju dan seluar jadi macam tuh, tak sempat pakai lama pun..

4) Anak-anak taknak berenggang
Asyik nak berkumpul dan bergesel dengan mama saja.. Rimas pulak dibuatnya.. si abang dah pandai komen.. sebab Hafiy suke sangat pegang mama.. Apakah?? sebelum nih tak pernah keluar statement macam tuh pun.. Akibatnya mama takleh buat keje lain, semua asyik nak mengendeng dengan mama (termasuk bapaknya sekali.. ooopssss... kang kluar plak no 4.. hihihi).. Collagen oh Collagen.. Vivix oh Vivix apa yang telah u olls lakukan ini??

5) Tenaga berlebihan
Oklah selit satu kesan baik... hehehe.. Bangun jam 4.30 pagi setiap hari tapi masih bertenaga dan rasa segar sampai malam. Petang tak rasa mengantuk langsung. Bila anak anak semua nap, mak terkebil kebil sorang sorang.. maka banyakla perkara perkara yang tak selesai dapat diselesaikan. Alhamdulillah.

So, amaran kepada semua yang membaca entry ini, kalau anda berniat nak mencuba Vivix dan Collagen dari Shaklee nih.. sila lah persiapkan mental dan fizikal untuk mengalami kesan kesan 'buruk' di atas. Bersedia... takmau 2-2? Nak satu jek.. boleh.. takde masalah.. boleh runding.. hehehe


Hubungi kami segera untuk pesanan
Call/SMS/WhatsApp (Qatar) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Qatar) +6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tips Hilangkan Jerawat dengan Cepat dan Semulajadi

Bangun pagi hala muka depan cermin, Arghhhhhh.. mengundang unnecessary stress... sebab? Toing jerawat sebiji segar bugar atas hidung.. merah menyala.. sakit pulak tuh.. adui! Malam nih ada gala dinner night anjuran office.. what a great night.. haihhh.. nak buat camne nih? Meh kita tengok.. kot kot ada petua petua yang cepat untuk hilangkan jerawat nih segera.. kalau tak hilang terus pun at least tak sakit.. kan? tapi harap harap cepat hilang jerawat nih.. nak glamour glamour malam nih.. hehe

Jom kita selongkar dapur tengok apa bahan bahan yang ada untuk memusnahkan jerawat durjana ini.  

 
LEMON - kalau ada lemon.. potong / hiris lemon dan sental kat jerawat tuh.. pedih kottt.. takpe.. mesti bertahan.. 

MADU - Madu memang terkenal dengan kehebatannya untuk melembap dan melicinkan kulit, mostly spa yg famous famous pun suka guna madu. Madu nih bersifat tinggi antioksidan yang dapat membersihkan kulit dan bantu menyahkan jerawat.

OATS - Wahhh.. macam uncommon gitu kan guna oats utk hilangkan jerawat? haaaa.. kalau belum penah try sebelum nih, apa kata kita try oats campur susu untuk hilangkan jerawat dengan cepat dan pantas. Campuran oats dgn susu cuma sapukan ke seluruh muka.

BAKING SODA - bukan hanya untuk menaikkan kek anda menjadi gebu, malah kulit muka juga boleh jadi licin, gebu, berseri tanpa jerawat dengan baking soda nih. Mudah sangat nak hilangkan jerawat nih, cuma campurkan baking soda tambah sedikit air dan sapu ke bahagian yang tumbuh jerawat tadi. Wallaaaaa..

TOMATO - tomato memang terkenal dengan fungsinya yang amat banyak terhadap keremajaan kulit. paling mudah. hiris tomato dan tampal kan kat kulit muka, jerawat hilang kulit lebih berseri. baki tomato yang dipotong tadi kalau tak habis tampal boleh kunyah mcm ulam.terbaik!!

GARAM DAPUR - boleh campur dengan lemon dan buat masker. mujarab nih. skrub muka yang paling cepat dan berkesan untuk menghilangkan jerawat di muka. boleh cuba terus nih.

6 tips untuk menghilangkan jerawat secara cepat dan semulajadi. Hanya dengan selongkar peti ais dan dapur rumah anda. Mudah, cepat dan berkesan. Itu cara penjagaan luaran. 

Bagaimana nak rawat masalah jerawat nih dari dalam.. dengan cara memperbaiki sistem keseluruhan tubuh, membuang toksin dalam badan dan sebagainya? Saya ada caranya yang pasti selamat dan berkesan malah banyak 'good side effect' lain yang bakal anda terima.


Hubungi kami segera untuk tau caranya. Secepat mungkin!

SMS/Call/WhatsApp (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kelebihan Vitamin E Shaklee


1 kg  benih gandum || 500ml minyak safflower || 8kg bayam || 500g badam
=
400 UI Vitamin E

Nahhhhh.. boleh nak telan sebanyak banyak benih gandum, minyak safflower, bayam dan badam untuk mendapat keperluan Vitamin E harian secukupnya?? Mustahil kan?

Shaklee ada penyelesaiannya.

 Apa yang membuat Shaklee berbeza ?

Ia dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.
Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara mebran sel, sel darah merah dan tisu tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina. 

Kelebihan Vitamin E Shaklee
 
- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru paru dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut & masalah jerawat
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
- Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
- Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
- Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu


Memang banyak khasiat dan manfaat Vitamin E Shaklee ini. Rugi sekiranya botol vitamin E ini tidak berada di dalam laci simpanan vitamin anda.

Untuk lebih diskaun dan konsultasi percuma selepas pembelian, Like page CaptVitamin 



Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.