Showing posts with label Cinch. Show all posts

Shaklee Cinch Inch Loss : Kurus secara selamat.

Mengapa kebanyakan diet gagal ?

Kebanyakan diet untuk menurunkan berat badan menyebabkan anda kehilangan lemak dan otot (mahupun salah satu diantaranya). Apabila anda kehilangan otot, metabolisme tubuh anda menurun dan tubuh anda hilang keupayaan untuk membakar lemak. Apabila anda tidak lagi berdiet, tubuh anda tidak mampu membakar kalori seperti sebelum anda mula berdiet. Jadi, berat badan anda akan lebih cepat naik secara mendadak. Bila anda ulangi diet sekali lagi maka terjadilah kesan diet yo-yo.

  
Mengapa Cinch berbeza?

Penemuan pengurangan berat Cinch merupakan proprietari kami yang diuji secara klinikal dengan formula peningkatan leucine. Cinch dengan leucine membantu anda mengekalkan otot yang anda miliki, membakar lemak yang tidak diingini, dan mengurangkan inci yang ingin dikurangkan. Say GoodBye to yo-yo diet!!

Campuran Proprietari Protein dengan Leucine.

Cinch Shake Mix memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan " Apa yang harus saya ambil untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya ambil untuk makan tengahari?".

Cinch Shake Mix merupakan minuman yang lazat dan berkhasiat untuk membantu anda memelihara otot pentingserta membuat anda sentiasa kenyang dan berpuas hati semasa mengurangkan berat badan.

  • Rasa seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan.
  • Diperkaya dengan leucine untuk memelihara otot di saat mengurangkan berat badan.
  • Mengandungi 24gram protein dalam setiap hidangan bagi rasa puas dan kenyang.
  • Kandungan serat yang tinggi, 6 gram dalam setiap sajian.
  • Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga.
  • Memberi 35% atau lebih nilai harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting.
  • Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan.
  • Soya yang tidak diubahsuai genetiknya (bukan GMO)
Berkira kira untuk mulakan diet anda sekarang? Diet anda akan menjadi lebih mudah dengan Cinch Shake Mix. Panduan pemakanan semasa berdiet serta mealplan akan disertakan eksklusif untuk pelanggan CaptVitamin sahaja.



Jom daftar ahli Shaklee dengan CaptVitamin untuk membuat pembelian Cinch Shake Mix dengan harga ahli dan berpeluang memperolehi 3C (Cash, Car, Convention) bonus sekiranya anda berminat untuk menjalankan perniagaan secara sambilan atau sepenuh masa dengan Shaklee. Tunjuk ajar secara online dan offline secara percuma.
 
Hubungi kami segera
SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Cinch Shake Mix : Bantu jarum penimbang bergerak ke kiri

Menghilangkan berat badan boleh menjadi sukar walaupun ianya nampak mudah. Shaklee mengakui hal ini dan kerana itulah menjadikan pengalaman 50 tahun dalam bidang nutrisi untuk menjadikannya lebih mudah dan selamat dengan Cinch Shake Mix.

Cinch Shake Mix dirumus khas untuk membantu anda memecahkan kitaran diet, jadi anda boleh :
  • PELIHARA OTOT YANG ANDA ADA
  • BAKAR LEMAK YANG ANDA TIDAK PERLU
  • HILANGKAN INCI YANG ANDA TIDAK MAHU



Antara faedah utama Cinch Shake Mix :
  • Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut.
  • Indeks glisemik rendah iaitu 22 - sangat sesuai untuk penghidap diabetes.
  • Campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan leucine.
  • Leucine juga bertindak memelihara otot semasa menurunkan berat badan.
  • 24 gram protein dalam setiap hidangan untuk berasa kenyang dan puas.
  • Tinggi kandungan serat - 6gm untuk setiap hidangan.
  • Rendah glisemik untuk kekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perasa, warna dan pemanis tiruan
InsyaAllah, dengan senaman yang berkala, pengambilan hidangan harian yang mengikut kalori yang sesuai serta pengambilan air kosong 3 liter sehari, anda pasti boleh mendapatkan berat dan saiz badan idaman dengan bantuan dari Cinch Shake Mix.

Jangan tunggu lagi. Pesan dengan CaptVitamin segera.
 
 
Hubungi kami segera
SMS/Call (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427 / 974 3301 4039
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ada apa dengan TABATA?



Senaman kardiovaskular (kardio) adalah senaman popular yang biasa diamalkan terutamanya untuk meningkatkan stamina dan merangsang penyingkiran lemak . Terdapat pelbagai jenis senaman kardio yang boleh dilakukan antaranya berjogging, berbasikal (semakin popular sekarang), skipping dan sebagainya. Semua senaman tersebutbut lazimnya dilakukan dengan intensiti yang rendah atau sederhana (tidak memaksa keupayaan maksima).



Apa itu TABATA? (Bukan Alif Ba Ta)

 Tabata adalah satu program senaman yang mampu memberikan manfaat kesihatan  yang sama dengan senaman kardio. Tapi yang AMAT MENARIK mengenai TABATA ialah ianya hanya mengambil masa selama 4 minit. YA! HANYA 4 MINIT….Wowww! Dan yang lebih wow lagi ialah ia terbukti membakar lebih banyak kalori SELEPAS anda selesai melakukannya. Sila baca ini untuk memahami bagaimana ia berlaku.

TABATA dipelopori oleh seorang saintis Jepun bernama Izumi Tabata (Izumi Naruto yer) dan sekumpulan penyelidik. Mereka membuat kajian ke atas 2 kumpulan atlit yang mana satu kumpulan melakukan senaman kardio berintensiti sederhana (70% intensity) 5 hari seminggu selama 6 minggu dengan setiap sesi senaman berlangsung selama sejam.

Satu lagi kumpulan melakukan senaman berintensiti tinggi 4 hari seminngu selama 6 minggu juga dengan setiap sesi hanya 4 minit.

Keputusan dari pemerhatian tersebut mendapati senaman singkat berintensiti tinggi menunjukkan peningkatan yang nyata lebih baik bagi kapasiti aeorobik dan anaerobik badan atlit sekaligus meningkatkan metabolisme dan kecergasan menyeluruh.

Macam-macam senaman yang boleh digunapakai dalam TABATA ini. Sebagai contoh burpee, tekan-tubi, sit-up dan lain-lain. Tapi prinsip asas yang perlu diikut adalah seperti berikut:


  • ·         Masa untuk keseluruhan sesi haruslah 4 minit.

  • ·         20 saat senaman berintensiti tinggi.

  • ·         10 saat rehat

  • ·         Jumlah sesi/pusingan adalah 8 (boleh tukar-tukar jenis latihan atau ulang)


Kalau tak ikut garis panduan di atas maka tak jadi TABATA, jadinya TABELASAH.

Selamat mencuba…dan oh ya, pemakanan juga amat penting kalau nak cepat langsing atau mantap. Boleh cuba ambil Lecithin untuk menggalakan penyingkiran lemak degil itu atau Cinch Shake untuk memelihara otot (rahsia nak mudah bakar kalori, banyakkan otot) supaya bukan otot yang berkurang tapi lemak yang dibakar sebagai sumber tenaga.
 


Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Petua Kuruskan Badan secara Sihat

Topik yang tidak pernah jemu-jemu dibincang atau disembangkan oleh kaum wanita ialah petua atau tips untuk kurus. Kadang-kadang rasa kelakar juga sebab topik kuruskan badan dan apa nak masak hari ini atau apa yang teringin nak makan seiringan. Lepas makan (dengan beria ia tanpa mempedulikan kalori) mulalah bising pada kawan-kawan.. "habes lahh I.. makan banyak hari nih.. naik brape kg nih??".. hehehehe.. Topik yang tak pernah lari menjadi isi perbualan kaum wanita setiap hari.

 

Suka saya nak kongsikan di sini petua atau tips untuk kurus. Sedikit sebanyak mungkin boleh menjadi panduan kepada mereka yang ingin kurus. Kalau tak mampu buat semua pun, mungkin boleh cuba setakat mana yang boleh.

Antara petua atau tips untuk kurus :



1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.
3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.

4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.
5. Makan banyak buah - Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dsb.
6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas. Setiap satu liter air untuk 20kg berat badan anda. Contoh : sekiranya berat badan anda 60kg, anda perlu sekurang-kurangnya 3 liter air kosong setiap hari.
8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.
Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam misi kita untuk mengempiskan perut. Moga ada kebaikan daripada perkongsia artikel ini.
Shaklee juga turut menawarkan rangkaian produk untuk kurus secara sihat dengan mengambil supplemen semulajadi yang telah terbukti berkesan. Rangkaian produk Shaklee ini juga bukan sahaja membantu kuruskan badan malah anda akan mendapat banyak manfaat dan kesan sampingan positif sekiranya diambil secara konsisten. 
Set kurus Shaklee terdiri dari 3 konsep utama iaitu BAKAR, BUANG & BINA :
BAKAR 
Lecithin / Omegaguard - bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol

BUANG
Herblax / Alfalfa - membuang lemak, toksin dalam badan

 BINA
ESP (untuk ibu menyusu) @ Cinch Shake (bukan menyusu) - bina otot, elak kulit menggelebeh

Anda boleh membuat pesanan tidak kira anda berada samada Malaysia atau Qatar. Kami akan memproses pesanan secara online tanpa sebarang masalah. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh diutarakan di admin@captvitamin.com
 Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Diet Mantap lagi Berkesan dengan Cinch Inch Loss Plan

CALORIES IN = CALORIES OUT


Benda yang paling susah nak buat kan? Selalu yang terjadi ialah

CALORIES IN > CALORIES OUT

Dan hasilnya??

KEGEMUKAN!!

Menakutkan!!

Bila dah gemuk, menggelabah cari supplemen untuk kuruskan badan. Dilema kebanyakan orang zaman sekarang, tak kira lelaki atau perempuan, remaja, dewasa, anak dara dan mak mak dara.

Mak saya selalu cakap, susah nak cari orang yang kurus ramping zaman sekarang. Selalu yang nampak mesti ‘comel comel’. Saya senyum saja. Dalam hati mengakui! Mungkin cara hidup orang zaman sekarang dan cara pemakanan. Tak macam orang zaman dulu. Kerja kuat. Kerja membajak sawah. Untuk bekalan air bersih kena angkut air dari perigi. Mengandung 7,8 bulan masih angkut kayu api untuk memasak. Rempah juga kena giling sendiri untuk buat kari. Tiada yang segera. Semuanya from scratch.

Bagi orang dulu dulu memang tiada istilah diet! Makan nasi 3 pinggan pun badan tetap macam tuh. Sebabnya? Simple. Macam pengiraan Matematik di atas!

CALORIES IN < @ = CALORIES OUT

Nasi 3 pinggan waktu sarapan itu mungkin sekelip mata dibakar dengan turun menanam padi hingga matahari terik di kepala.

Zaman sekarang bukan macam zaman dahulu. Berani berani nak ambil 3 pinggan nasi untuk sarapan? 3 keping roti pun belum tentu dapat dibakar sepenuhnya. Silap silap ada lebihan yang menjadi lemak tepu. Sebabnya? Lepas sarapan 3 keping roti akan menghadap laptop di kubikel masing masing dengan hanya jari yang ‘exercise’? Jangan ada yang terasa ya, ini adalah fakta. Peace!

Jadi bagaimana cara untuk orang zaman sekarang berdiet? Diet tidak boleh sebarang diet. Diet perlu dengan ilmu.

Dalam kebanyakan diet 'tradisional', anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisme anda. Dan apabila anda tidak meneruskan lagi diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. 

Sebaliknya, berat anda bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet. Ia adalah kesan yo-yo.

Cinch Inch Loss Plan Shaklee adalah terbukti berkesan dan mempunyai ujian klinikal!

Kenapa ia berkesan?

  • ·         Mengekalkan jisim otot tanpa lemak
  • ·         Hilang berat dari lemak, bukan otot.
  • ·         Terbukti secara klinikal.
  • ·         Diperkasa dengan Leucine. (Asid amino penting yang melambatkan degradasi tisu otot) *Leucine tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita, jadi anda perlu mendapatkannya dari sumber makanan tertentu.

Ringkasnya:

  • ·         Ia membantu mengawal lapar
  • ·         Meningkatkan tenaga
  • ·         Menyokong metabolism dan memberi kepuasan kepada pengguna.

Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24g protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6g serat larut (dicadangkan diambil bersama 1 sudu Shaklee ESP). Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot dan otot mampu menaikkan kadar metabolism dan juga membakar kalori. 

Makanan  yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine -  nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.



Inginkan diet secara sihat untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan anda? 

Hubungi kami dengan kadar segera

SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.