Showing posts with label Kecantikan kulit. Show all posts

Sumber Vitamin C Terbaik Dunia hanya dari Shaklee

   
Gabungan Vitamin E dan Vitamin C lebih mantap untuk kulit yang gebu dan licin
Selama ini kita mengenal sumber vitamin C terbaik adalah oren. Oren sering dikaitkan dengan vitamin C. Padahal banyak buah-buahan yang mengandungi vitamin C lebih banyak berbanding oren. Di antaranya adalah buah kiwi, betik dan jambu biji.
 
Vitamin C adalah sangat penting untuk tubuh manusia untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh, membantu penyerapan zat besi serta untuk pembentukan kolagen. Kekurangan vitamin C di dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa masalah kesihatan seperti masalah sendi dan anemia. Vitamin C adalah vitamin larut air. Jadi masalah terlebih dos vitamin C dalam tubuh sangat jarang berlaku. Vitamin C adalah vitamin yang mudah hilang melalui urin dan peluh.
 
Mungkin ramai di kalangan anda yang tidak menggemari buah oren tapi ingin kan sumber vitamin C yang cukup untuk badan. Selain buah oren disini disenaraikan alternatif  buah buahan lain yang boleh menggantikan buah oren.

Jambu biji
Kandungan vitamin C dalam jambu biji melebihi vitamin C dari buah oren. Dalam 100g buah jambu biji mengandungi 108mg vitamin C. Ia berkhasiat untuk mengatasi masalah gangguan perut seperti dhirea.

Epal
Kandungan vitamin C dalam 100 gram buah epal adalah 5 mg. Epal juga kaya akan flavonoid antioksidan yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebuah epal memiliki sekurang kurang nya 80 kalori.

Delima
Sebiji buah delima mempunyai lebih kurang 40% keperluan vitamin C anda. Deliama juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin, vitamin A dan E. Antosianidin juga memiliki sifat antooksidan dan anti inflamasi yang dapat menurunkan kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah Alzheimer, kanser payudara, kanser prostat serta leukimia.

Buah Kiwi
Selain mengandungi banyak vitamin C, buah kiwi kaya dengan sumber magnesium, kalium, vitamin A dan E.

Buah Anggur
Buah anggur memiliki kandungan vitamin C yang banyak, iaitu 10.8 mg setiap 100 gramnya. Anggur merah juga mengandung zat besi, kalium, serat dan antioksidan lain yang berlimpah ruah.

Strawberi
Mengambil strawbery dalam hidangan harian akan dapat mencegah diabetes dan penyakit jantung. Strawberi juga merupakan buah buahan yang mempunyai sifat antioksida yang tinggi. 

Betik
Betik mempunyai banyak vitamin C, folat dan karotin. Betik merupakan satu satunya sumber enzim pencernaan semulajadi yang membantu mencerna protein. Dalam 150gram betik mengandungi Vitamin C sebanyak 90mg.

Avocado
Avocado mempunyai lemak tak tepu yang membantu menurunkan kadar kolesterol. Ia juga mengandungi zat besi dan vitamin E. Sebiji avocado mengandungi lebih kurang 81 kalori, 8 gram lemak dan 3 gram serat.

Mangga
Sebiji mangga rata-rata mengandungi 60 mg vitamin C. Antioksidan dalam mangga membantu mencegah artritis, mempercepat penyembuhan luka dan sangat baik untuk sistem kekebalan tubuh.

Tomato
Tomato adalah sumber vitamin C dan salah satu karetinoid terkuat yang bertindak sebagai antioksidan. Dalam satu buah tomato ukuran kecil mengandungi vitamin C sebanyak 23 mg.

Selain buah-buahan di atas, masih banyak lagi buah yang mengandung vitamin C seperti pisang, melon, laici, nanas, markisa dan blackcurrent.

Namun pengambilan buah buahan juga perlu diteliti memandangkan sekarang proses penanaman buah buahan untuk pasaran komersil terlalu luas. Untuk menjaga kualiti buah supaya tidak rosak dan tahan lama mungkin menyebabkan pengusaha terpaksa menggunakan racun serangga secara berlebihan dan mengawet buah buahan tersebut untuk tujuan eksport yang mengambil masa berbulan lamanya.

Jadi kandungan vitamin C dalam buah buahan tersebut juga mungkin berkurangan disebabkan oleh keadaan keadaan tersebut.

Shaklee juga mempunyai Vitamin C yang di panggil Sustained Release VitaC Plus. SR Vita C Plus adalah yang terbaik kerana :

  • Ia bersifat sustained release iaitu pelepasan jam demi jam – setiap 100mg vitamin C akan dilepaskan setiap jam dalam jangkamasa 5 jam tanpa henti. Memandangkan vitamin C adalah vitamin larut air maka sifat ini sangat penting supaya vitamin C yang kita ambil dapat diserap sepenuhnya oleh badan.
  • 1 tablet Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji buah oren. Mampukah untuk kita mengambil 7 biji oren sehari. Pasti sukar bukan? Jadi Vitamin C Shaklee adalah jawapannya.
  • Mempunyai “bioflavonoids” yang membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C dari teroksida
  • Sumber natural – tiada perasa, pemanis, pewarna tiruan dan tanpa bahan pengawet.
  • Bagi mereka yang ada parut parut jerawat, kulit kusam dan kering, jeragat degil dan masalah gusi dan berdarah, sangat sangat disarankan untuk mengambil Vitamin C secara konsisten untuk pemulihan kulit untuk lebih cantik gebu tulus dan mulus.

Untuk mendapatkan vitamin C Shaklee anda dengan harga lebih murah? Jom jadi ahli Shaklee sekarang. Anda bukan sahaja dapat membuat belian dengan harga 15-30% diskaun malah berkelayakan mendapat rebat tunai sekiranya cukup points untuk menebus rebat tersebut. Kongsi kebaikan dan keberkesanan Shaklee dengan seluruh keluarga dan sahabat handai anda.
 
Hubungi kami segera
Whatsapp/Call/SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +60 11 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Shaklee Collagen Powder:Untuk kulit lembap dan tidak kering lagi.

Musim sejuk di Doha. Musim berperang dengan kulit kering, tapak kaki merekah, bibir menggelupas sehingga berdarah dan pelbagai masalah kulit yang. Usaha untuk mencantik dan menggebukan kulit memang sangat sangat payah di kala musim sejuk ini. Bukan setakat kering malah sampai satu tahap jadi sakit seluruh kulit kerana terlampau kering. Losyen? Pelbagai jenis dah dicuba, yang boleh tahan sikit losyen Herbal Blend dari Shaklee. Jenama lain memang gagal. 

Salah satu cara yang terlintas ialah dengan cara memelihara kelembapan kulit dari dalam. Bukan setakat sapu gosok dengan losyen yang bersifat sementara. Kemuncak musim sejuk sejak pertengahan Januari lepas saya mengamalkan setiap malam tanpa gagal Shaklee Collagen Powder.
 
Satu paket Shaklee Collagen Powder dicampur dengan jus oren konsisten hampir sebulan, Alhamdulillah.. Tiada lagi keruping keruping kat pipi, tumit dan tapak kaki tak rasa seperti kertas pasir lagi. Best bangat Shaklee Collagen Powder.. Terbaik..
 
Patut lah kulit rasa lembab dan basah basah macam lepas dipercik air kat muka. Rupanya Shaklee Collagen Powder nih terdapat asid hialuronik yang dapat mengekalkan kelembapan kulit serta mampu menahan air yang banyak. 1 gram asid hialuronik dapat menahan sebanyak 6 liter air. Kulit juga lebih elastik dan anjal di mana bila dicubit kulit akan melantun. Wahhh.. bayangkan kulit melantun lantun.. macam kulit bayi lah kan? Best sangat tuh.

Nak cuba tak? Di awal penggunaan dulu saya dah mula rasa perbezaan seawal 7 hari pengambilan Shaklee Collagen Powder. Mungkin juga perkara yang sama berlaku kepada anda. Kulit makin gebu, lembab dan licin. Bonus extra yang saya dapat, bangun pagi tanpa rasa letih dan lesu. 2 dalam 1. Alhamdulillah. Kalau nak cuba boleh hubungi nombor di bawah. Perkara yang baik dan elok memang wajib kita war warkan.
 
Hubungi kami segera
Whatsapp/Call/SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +60 11 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Shaklee Vivix : Lebih banyak masa berkualiti dengan anak anak

Dalam blog, saya lebih suka bercerita tentang pengalaman sendiri dalam menggunakan Shaklee, bukan berat sebelah sebab saya jual Shaklee, tapi sebab saya sekeluarga dah merasa sendiri kebaikan serta kebagusan produk Shaklee, so I'm more than happy untuk share dengan semua orang tentang manfaat Shaklee nih. Kalau saya simpan seorang, rugi lah kan? 

Antara satu lagi produk yang memang saya cuba untuk diri sendiri dan beri suami ialah Shaklee Vivix. Tonik ajaib yang terdiri dari anggur terbaik di dunia iaitu anggur muscadine, karot ungu, elderberry dan polygonum cuspidatum. Keempat empat ramuan memang terkenal dalam membantu, menjaga, memelihara kesihatan jantung, otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap selular, kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan. Memang banyak sangat kebaikan Shaklee Vivix.


Untuk suami yang susah nak ambil banyak banyak vitamin, memang Shaklee Vivix ini sangat sesuai. Satu sudu teh sebelum tidur sudah memadai. Suami memang senang sakit. Kalau masuk ofis, ada yang sakit.. esok pagi balik rumah gerenti dia pun kena. Susah kan nak elak benda macam tuh, susah kita nak avoid orang yang sakit tambah tambah kat ofis. Salah satu caranya memang kita sendiri kena ada 'protection'. Tambah tambah suami bekerja shif. Shif 6am-6pm bergilir dengan 6pm-6am, badan memang cepat lesu dan tak bermaya. 

Saya beri Shaklee Vivix pada suami lebih kurang 6 bulan lepas. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, dah kurang demamnya, kalau dulu setiap kali demam memang kronik, tak boleh bangun dan memang teruk sangatlah nampak keadaannya. Tapi sekarang jarang jarang nak kena, sinus pun jarang menyinggah, sistem imun badan makin meningkat, dan rasa lebih bertenaga. 

Sekarang nih bila kurang sakit, masa dengan family, main main dengan anak anak lebih banyak, yg paling best, walaupun keje malam, balik tido sekejap dalam 4-5 jam tapi betul betul deep sleep, so bangun dengan sangat fresh, tak perlu tidur berkali kali siang tuh tapi still tak puas puas, Shaklee Vivix bantu suami spend lebih banyak quality time with anak anak yang susah nak dapat especially bila kena kerja direct tanpa off days.

Untuk isteri isteri yang sayang kan suami anda, apa kata cuba Shaklee Vivix nih, banyak sangat khasiatnya. Tonik ajaib dari Shaklee ini bukan sebarang tonik. Melalui ujian klinikal dan terbukti berkesan.

Kalau order waktu promo November nih memang berbaloi sangat. BELI 6 botol PERCUMA sebotol. Harga memang mampu milik. Boleh share atau hadiahkan pada mak ayah.




Hubungi kami segera
SMS/Call/ WhatsApp (Doha) +974 33014039  
WhatsApp (Malaysia & Doha) +6011 2526 6427  
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

GLA Complex : Hanya yang terbaik dari Shaklee

Ibu saya adalah pengamal GLA Complex setelah sekian lama. Dari tahun 80an kalau tak silap. Dia pernah bagitau yang sebelum ini dia mengamalkan produk Shaklee dengan membeli dari seorang cikgu di sekolahnya. Setelah cikgu tuh berpindah, dia berhenti mengamalkan Shaklee dengan alasan taktau nak beli kat mana. Sehingga pada tahun 2012 saya mula mengamalkan Shaklee baru lah dia buka cerita, "Ooooo Shaklee, mak dah makan dari tahun 80an lagi, tapi stop sebab taktau nak beli dari mana".. dan produk yang dia sebut ialah GLA Complex.. maka dia terus sambung ambil semula GLA Complex, Ostematrix, Omega dan Garlic Complex setelah mengetahui saya join Shaklee.. setelah setahun lebih mengamalkan Shaklee (dan yang paling konsisten diambilnya ialah GLA Complex) banyak perubahan yang dapat saya lihat antaranya jeragat mak yang makin pudar dari sehari ke sehari. Memang teruja. Bacaan kolesterol dan darah tinggi mak juga terkawal. Alhamdulillah.


Sedikit tentang GLA Complex Shaklee

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.


GLA Complex daripada Shaklee dihasilkan daripada borage dan mengandungi lebih 2X ganda GLA jika dibandingkan dengan EPO. Ia merupakan sumber terbaik untuk Omega-6 dan gabungan minyak sunflower dan vitamin E meningkatkan lagi keberkesanannya.


Khasiat, kebaikan dan kelebihan GLA Complex Shaklee

  • membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • melegakan PMS.
  • membantu dalam menangani menopous.
  • memperbaiki masalah prostat lelaki dan kerap kencing.
  • menguatkan dinding arteri.
  • mengurangkan keradangan kulit, eczema dan kulit kering. (penggunaan konsisten lebih 6 bulan)
  • menguatkan kuku dan rambut.
  • melegakan simptom akibat rheumatoid arthritis.
  • menghalang komplikasi diabetes.
  • memperbaiki tekstur rambut.
  • menguatkan sistem imun badan
  • menghalang tekanan darah tinggi.
  • membantu meningkatkan kesuburan bagi mereka yang cuba hamil.

Siapakah yang boleh mengambil GLA Complex

  • Pesakit diabetes, hypertension, sakit jantung
  • Pesakit arthritis
  • Individu yang mengalami masalah osteoporosis
  • Wanita yang mengalami masalah PMS yang teruk
  • Individu yang mengalami alahan
  • Individu yang ketagihan alkohol.
  • Wanita yang INGIN hamil
  • Wanita yang mengalami fasa menopause (putus haid)

Siapakah yang DILARANG untuk mengambil GLA Complex

  • Ibu mengandung kerana akan merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran pra-matang
  • Individu yang mengalami masalah sawan (GLA yang tinggi akan meningkatkan risiko sawan.)
Kajian di University of Maryland Medical Center menunjukkan GLA mampu:
  • mengurangkan kesakitan untuk pesakit yang mengidap diabetic neuropathy 
  • mengurangkan kesakitan sendi akibat rheumatoid arthritis (dalam masa 3 bulan) 
  • membantu individu yang mempunyai ADHD dan autisma. Ini kerana individu yang mempunyai ADHD dan autism mempunyai kadar EFA (omega 3 and 6) yang rendah. EFA diperlukan untuk fungsi otak yang optimum. 
  • membantu mengurangkan tekanan darah tinggi 
  • mengurangkan tahap bone loss dan membantu mencegah osteoporosis
Gabungan GLA Complex, Ostematrix dan Omegaguard adalah set kesihatan wanita yang dapat membantu pelbagai masalah yang dihadapai oleh wanita masa kini. 

Bagi yang ingin mencuba bolehlah hubungi kami segera dengan harga yang berpatutan. Stok sedia ada di Malaysia dan Qatar.

SMS/Call/WhatsApp (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +6011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tips Mudah dan Ringkas Rahsia Tampil Muda Remaja



Awet muda.. Siapa tak nak kan? Tanyalah mana-mana wanita mahupun lelaki pasti terkinja kinja gembira kalau ada yang menegur.. Eh! Nampak muda laa.. Apa rahsianya?? hehehe (belum tentu yang menegur itu ikhlas, mungkin hanya bermanis mulut)

Jom ikuti 4 rahsia JIMAT untuk CANTIK..




1 ) JANGAN MAKAN BANYAK SANGAT

Eh, bukankah tengahari tadi dah makan sepinggan nasi? Takkan minum petang masih nak makan pisang goreng yang berminyak tuh? Hmmm.. tambah kalori lagi.. kolesterol?? Hmm.. tak sayang jantung ke?? hehehe.. Kebanyakan orang tua di Okinawa, Jepun akan berhenti makan apabila mereka merasa kenyang 80%. Tidak hairanlah mereka sentiasa sihat dan panjang umur. Ambillah pengajaran dari fakta ini. Islam juga mengajar kita bersederhana kan?

2) LAKUKAN HUBUNGAN SEKS

Ehhhh.. senyum lebar cik cik abang kita.. AWAS! Hanya bagi yang telah sah bernikah sahaja yerr.. Tip ini hanya untuk suami isteri sahaja. Mehmet Oz, MD, profesor dan naib pengerusi pembedahan di New York Presbyterian-Columbia University memberitahu wanita yang menikmati hubungan seks akan hidup lebih lama. Maksudnya di sini, emosi dan fizikal mereka bahagia kesan daripada hubungan yang berjaya itu. "Seks memberi anda momen Zen yang tidak dapat anda temui sepanjang hari," jelasnya lagi. Jom, hantar SMS 'nakal' pada suami. Oooopsss bulan puasa la.. hehehe

3) AMBIL BANYAK TUMBUH_TUMBUHAN

Wanita yang makan banyak sayur dan buah sentiasa kelihatan sihat, cantik dan berseri. Ironinya, wajah mereka akan tampak lebih muda berbanding rakan sebaya yang mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Inilah rahsia khasiat tumbuhan alam pada kesihatan anda.

4) RANGSANG MINDA

Satu ujian neuropsikologikal telah dijalankan pada warga tua yang berusia 80 tahun. Warga tua itu menunjukkan prestasi minda yang sama dengan orang yang berusia 50-an. Hasil ujian mendapati usia emas mempunyai masalah kekusutan otak yang sedikit (lebihan protein yang berkait dengan Alzheimer's). Pakar percaya otak warga tua yang aktif mempunyai perlindungan yang tidak dimiliki orang yang lebih muda. Oleh itu, saintis mencadangkan agar kita kerap merangsang minda pada usia ini. Banyakkan membaca dan cubalah benda benda baru dalam hidup. Apabila otak sentiasa aktif walaupun di usia emas, ia membuatkan kita sentiasa awet muda.

Jadi, apa lagi.. Boleh cuba tips-tips di atas untuk tampil muda remaja. Ala ala budak sekolah gitu. Tanpa belanja yang besar.

Tips dari : Rapi 15 Jun 2013



Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Shaklee Collagen Powder:Untuk bacaan mereka yang sudah bernikah sahaja



Sekarang ini, Collagen memang hangat di pasaran, sebab ramai yang nak kulit cantik, gebu dan da bomb. Tapi seperti semua produk produk lain, ada yang bagus dan banyak pula yang cap ayam. Kalau nak hasil terbaik belilah yang terbaik. Jadi macam mana nak pilih yang terbaik? Kenalah yang ada ujian klinikal, research dan dihasilkan oleh syarikat yang bereputasi tinggi (bukan hanya kerana famous tapi kerana diyakini selamat).

Nah, Shaklee Collagen Powder dari syarikat yang amat dipercayai. Bukan semua syarikat mampu atau berani meletakkan statement ini “Every Shaklee product is 100% safe to use. Guaranteed.”
Tetapi awas, walaupun Shaklee Collagen Powder lebih diwarwarkan untuk kecantikan kulit, anda mungkin akan terasa “side-effects” berikut:

1.       Sakit-sakit sendi (jika ada) hilang. Malah telah ada beberapa published clinical study mengenai keberkesanan collagen dalam rawatan kecederaan atlet.
2.       Lebih fleksibel (anjal) apabila bersukan dan rekreasi bilik tidur.. oopssssiee.. (superlike huh?)
3.       Lebih cergas dan segar. Mudah bangun pagi. Tak rasa sayang sangat dengan bantal busuk tuh. ;-))
4.       Cup bra naik satu size!! (berdasarkan testimoni ikhlas, jujur, bersih, cekap dan amanah rakan-rakan pengguna Shaklee Collagen Powder) boleh cuba kalau tak percaya, mintak para suami sponsor..pasti tak menyesal.. pasti berpuashati.. mesti mau..
5.       Suami semakin gatal di rumah, asyik nak bergesel (tidak syak lagi).. huhu

Jadi kalau nak cuba Shaklee Collagen Powder, dan rasa “side effects” yang tertera di atas.

Hubungi kami untuk tips-tips dan konsultasi personal & percuma. Tapi awas!!

You have been warned.. ngehngehngeh..


Hubungi kami segera
SMS/Call/WhatsApp (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 01125266427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.