Showing posts with label Shape up program. Show all posts

Misi Cepat Kurus: Idea senaman harian di rumah

Tiada masa? Tiada bajet untuk jadi ahli gym? Tiada masalah. Kami kongsikan senaman-senaman yang anda boleh lakukan di rumah dalam masa yang singkat untuk membantu anda membakar lemak-lemak itu.

Untuk kali ini, satu rutin ala tabata kami kongsikan untuk anda:

Total masa : 4minit
Warm up dengan lari setempat/ jumping jack atau skipping dengan kadar sederhana - 5minit
Pastikan anda cukup 'panas' sebelum melakukan sebarang senaman bagi mengelakkan kecederaan.

 
Sedia? Mula : 
  1. Speed Squat - 20saat 
  2. REHAT  - 10saat
  3. Burpee     - 20saat 
  4. REHAT  - 10saat  
  5. Mountain Climbers - 20saat 
  6. REHAT  - 10saat
  7. High-knees   - 20saat 
  8.  REHAT  - 10saat
  9.  Speed Squat - 20saat 
  10. REHAT  - 10saat 
  11. Burpee     - 20saat 
  12. REHAT  - 10saat  
  13. Mountain Climbers - 20saat 
  14. REHAT  - 10saat
  15. High-knees   - 20saat
  16.  SELESAI
Boleh rujuk video ini sebagai panduan. Selamat mencuba! Ingat, senaman terbaik untuk anda adalah senaman yang ANDA BUAT bukan baca saja! Ma 'assalama.






Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Aerobik vs Anaerobik : senaman untuk kurus cepat?




Artikel ini membincangkan senaman aerobic dan anaerobic secara ringkas supaya mudah difahami.

Senaman aerobik secara ringkas adalah senaman low-intensityseperti jogging, berjalan di taman, yoga dan sebagainya yang mampu dilakukan untuk tempoh yang lama. Ini kerana senaman-senaman aerobik ini lazimnya dilakukan tanpa menggunakan kemampuan maksima badan,jadi  penghasilan tenaga dari pembakaran kalori dari lemak (selepas lebih kurang 15-20min) dengan kehadiran oksigen. Pengoksidaan lemak sebagai sumber tenaga ini tidak menghasilkan asid laktik seperti senaman anaerobik. Oleh itu badan mampu melakukannya untuk tempoh yang lama (1-2jam)

Senaman anaerobik adalah lebih high intensity. Jadi ia memaksa badan menghasilkan tenaga yang maksimum dalam masa yang singkat oleh itu oksigen ‘tidak sempat’ terlibat. Jadi pembakaran kalori lebih tertumpu kepada penggunaan glycogen (simpanan glukosa ) yang tersimpan pada otot dan hati. Keadaan ‘darurat’ oksigen ini menyebabkan badan terpaksa ‘berhutang’ oksigen kerana tenaga perlu dikerahkan sebanyak mungkin. Oleh kerana itu pembakaran kalori tidak hanya berlaku semasa bersenam malah juga berlaku selepas bersenam. Ini kerana kalori dibakar pula secara aerobik dalam tempoh ‘pemulihan’ otot-otot yang berada dalam ‘darurat’ sebelum itu.

Jadi secara kesimpulannya, untuk langsing dengan lebih cepat maka gabungan kedua jenis senaman ini adalah disarankan. Senaman aerobik bagus untuk membakar lemak sedia ada, senaman anaerobik pula bagus untuk membakar total kalori yang lebih banyak dan juga meningkatkan kadar metabolism badan.
 

Tidak ada idea nak buat senaman apa? Nantikan artikel seterusnya dari CaptVitamin.



Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ada apa dengan TABATA?



Senaman kardiovaskular (kardio) adalah senaman popular yang biasa diamalkan terutamanya untuk meningkatkan stamina dan merangsang penyingkiran lemak . Terdapat pelbagai jenis senaman kardio yang boleh dilakukan antaranya berjogging, berbasikal (semakin popular sekarang), skipping dan sebagainya. Semua senaman tersebutbut lazimnya dilakukan dengan intensiti yang rendah atau sederhana (tidak memaksa keupayaan maksima).



Apa itu TABATA? (Bukan Alif Ba Ta)

 Tabata adalah satu program senaman yang mampu memberikan manfaat kesihatan  yang sama dengan senaman kardio. Tapi yang AMAT MENARIK mengenai TABATA ialah ianya hanya mengambil masa selama 4 minit. YA! HANYA 4 MINIT….Wowww! Dan yang lebih wow lagi ialah ia terbukti membakar lebih banyak kalori SELEPAS anda selesai melakukannya. Sila baca ini untuk memahami bagaimana ia berlaku.

TABATA dipelopori oleh seorang saintis Jepun bernama Izumi Tabata (Izumi Naruto yer) dan sekumpulan penyelidik. Mereka membuat kajian ke atas 2 kumpulan atlit yang mana satu kumpulan melakukan senaman kardio berintensiti sederhana (70% intensity) 5 hari seminggu selama 6 minggu dengan setiap sesi senaman berlangsung selama sejam.

Satu lagi kumpulan melakukan senaman berintensiti tinggi 4 hari seminngu selama 6 minggu juga dengan setiap sesi hanya 4 minit.

Keputusan dari pemerhatian tersebut mendapati senaman singkat berintensiti tinggi menunjukkan peningkatan yang nyata lebih baik bagi kapasiti aeorobik dan anaerobik badan atlit sekaligus meningkatkan metabolisme dan kecergasan menyeluruh.

Macam-macam senaman yang boleh digunapakai dalam TABATA ini. Sebagai contoh burpee, tekan-tubi, sit-up dan lain-lain. Tapi prinsip asas yang perlu diikut adalah seperti berikut:


  • ·         Masa untuk keseluruhan sesi haruslah 4 minit.

  • ·         20 saat senaman berintensiti tinggi.

  • ·         10 saat rehat

  • ·         Jumlah sesi/pusingan adalah 8 (boleh tukar-tukar jenis latihan atau ulang)


Kalau tak ikut garis panduan di atas maka tak jadi TABATA, jadinya TABELASAH.

Selamat mencuba…dan oh ya, pemakanan juga amat penting kalau nak cepat langsing atau mantap. Boleh cuba ambil Lecithin untuk menggalakan penyingkiran lemak degil itu atau Cinch Shake untuk memelihara otot (rahsia nak mudah bakar kalori, banyakkan otot) supaya bukan otot yang berkurang tapi lemak yang dibakar sebagai sumber tenaga.
 


Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Petua Kuruskan Badan secara Sihat

Topik yang tidak pernah jemu-jemu dibincang atau disembangkan oleh kaum wanita ialah petua atau tips untuk kurus. Kadang-kadang rasa kelakar juga sebab topik kuruskan badan dan apa nak masak hari ini atau apa yang teringin nak makan seiringan. Lepas makan (dengan beria ia tanpa mempedulikan kalori) mulalah bising pada kawan-kawan.. "habes lahh I.. makan banyak hari nih.. naik brape kg nih??".. hehehehe.. Topik yang tak pernah lari menjadi isi perbualan kaum wanita setiap hari.

 

Suka saya nak kongsikan di sini petua atau tips untuk kurus. Sedikit sebanyak mungkin boleh menjadi panduan kepada mereka yang ingin kurus. Kalau tak mampu buat semua pun, mungkin boleh cuba setakat mana yang boleh.

Antara petua atau tips untuk kurus :



1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.
3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.

4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.
5. Makan banyak buah - Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dsb.
6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas. Setiap satu liter air untuk 20kg berat badan anda. Contoh : sekiranya berat badan anda 60kg, anda perlu sekurang-kurangnya 3 liter air kosong setiap hari.
8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.
Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam misi kita untuk mengempiskan perut. Moga ada kebaikan daripada perkongsia artikel ini.
Shaklee juga turut menawarkan rangkaian produk untuk kurus secara sihat dengan mengambil supplemen semulajadi yang telah terbukti berkesan. Rangkaian produk Shaklee ini juga bukan sahaja membantu kuruskan badan malah anda akan mendapat banyak manfaat dan kesan sampingan positif sekiranya diambil secara konsisten. 
Set kurus Shaklee terdiri dari 3 konsep utama iaitu BAKAR, BUANG & BINA :
BAKAR 
Lecithin / Omegaguard - bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol

BUANG
Herblax / Alfalfa - membuang lemak, toksin dalam badan

 BINA
ESP (untuk ibu menyusu) @ Cinch Shake (bukan menyusu) - bina otot, elak kulit menggelebeh

Anda boleh membuat pesanan tidak kira anda berada samada Malaysia atau Qatar. Kami akan memproses pesanan secara online tanpa sebarang masalah. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh diutarakan di admin@captvitamin.com
 Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

ESP : Kebaikan Protein Untuk Tubuh Badan


Manfaat proteinuntuk tubuh sangat besar. Kandungan protein dalam tubuh manusia mencapai 1/6 dari berat tubuh manusia. Protein sangat penting untuk perkembangan setiap sel dalam tubuh dan juga untuk menjaga kekebalan tubuh.
 

Sebagai salah satu gizi yang sangat diperlukan oleh manusia, protein sangat penting di masa pertumbuhan. Sumber protein yang cukup juga dapat membantu dalam proses penyembuhan luka, serta pembentukan sel sel baru dalam tubuh.
 
Protein juga memiliki fungsi utama untuk membentuk jaringan pada tubuh dengan kandungan asam aminonya. Kekurangan protein pada anak-anak dapat menyebabkan terganggunya pertumbuhan.  

Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu canister ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber segera dan boleh bertahan lama.

Satu hidangan Shaklee ESP ini bersamaan dengan  2X ganda daging, 4X ganda telur, 12X ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

  
ESP sangat di sarankan untuk ibu yang mengandung dan sedang menyusukan bayi.  



Buat pesanan ESP anda hari ini dan hadiahkan kepada ibu ayah, adik beradik, anak anak, suami isteri serta semua yang anda ambil berat berkaitan kesihatan mereka.

Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.