Showing posts with label Kurus. Show all posts

Misi Cepat Kurus: Idea senaman harian di rumah

Tiada masa? Tiada bajet untuk jadi ahli gym? Tiada masalah. Kami kongsikan senaman-senaman yang anda boleh lakukan di rumah dalam masa yang singkat untuk membantu anda membakar lemak-lemak itu.

Untuk kali ini, satu rutin ala tabata kami kongsikan untuk anda:

Total masa : 4minit
Warm up dengan lari setempat/ jumping jack atau skipping dengan kadar sederhana - 5minit
Pastikan anda cukup 'panas' sebelum melakukan sebarang senaman bagi mengelakkan kecederaan.

 
Sedia? Mula : 
  1. Speed Squat - 20saat 
  2. REHAT  - 10saat
  3. Burpee     - 20saat 
  4. REHAT  - 10saat  
  5. Mountain Climbers - 20saat 
  6. REHAT  - 10saat
  7. High-knees   - 20saat 
  8.  REHAT  - 10saat
  9.  Speed Squat - 20saat 
  10. REHAT  - 10saat 
  11. Burpee     - 20saat 
  12. REHAT  - 10saat  
  13. Mountain Climbers - 20saat 
  14. REHAT  - 10saat
  15. High-knees   - 20saat
  16.  SELESAI
Boleh rujuk video ini sebagai panduan. Selamat mencuba! Ingat, senaman terbaik untuk anda adalah senaman yang ANDA BUAT bukan baca saja! Ma 'assalama.






Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Aerobik vs Anaerobik : senaman untuk kurus cepat?




Artikel ini membincangkan senaman aerobic dan anaerobic secara ringkas supaya mudah difahami.

Senaman aerobik secara ringkas adalah senaman low-intensityseperti jogging, berjalan di taman, yoga dan sebagainya yang mampu dilakukan untuk tempoh yang lama. Ini kerana senaman-senaman aerobik ini lazimnya dilakukan tanpa menggunakan kemampuan maksima badan,jadi  penghasilan tenaga dari pembakaran kalori dari lemak (selepas lebih kurang 15-20min) dengan kehadiran oksigen. Pengoksidaan lemak sebagai sumber tenaga ini tidak menghasilkan asid laktik seperti senaman anaerobik. Oleh itu badan mampu melakukannya untuk tempoh yang lama (1-2jam)

Senaman anaerobik adalah lebih high intensity. Jadi ia memaksa badan menghasilkan tenaga yang maksimum dalam masa yang singkat oleh itu oksigen ‘tidak sempat’ terlibat. Jadi pembakaran kalori lebih tertumpu kepada penggunaan glycogen (simpanan glukosa ) yang tersimpan pada otot dan hati. Keadaan ‘darurat’ oksigen ini menyebabkan badan terpaksa ‘berhutang’ oksigen kerana tenaga perlu dikerahkan sebanyak mungkin. Oleh kerana itu pembakaran kalori tidak hanya berlaku semasa bersenam malah juga berlaku selepas bersenam. Ini kerana kalori dibakar pula secara aerobik dalam tempoh ‘pemulihan’ otot-otot yang berada dalam ‘darurat’ sebelum itu.

Jadi secara kesimpulannya, untuk langsing dengan lebih cepat maka gabungan kedua jenis senaman ini adalah disarankan. Senaman aerobik bagus untuk membakar lemak sedia ada, senaman anaerobik pula bagus untuk membakar total kalori yang lebih banyak dan juga meningkatkan kadar metabolism badan.
 

Tidak ada idea nak buat senaman apa? Nantikan artikel seterusnya dari CaptVitamin.



Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

ESP Shaklee : Kesan dan Faedah yang bakal diterima.

ESP Shaklee sentiasa menjadi minuman supplemen kegemaran saya sepanjang masa. 

Kenapa?



Sebab :

ESP mengenyangkan. Jadi, proses penurunan berat badan selepas bersalin menjadi lebih mudah. Ambil ESP sebelum sarapan (sebelum Ramadhan), buat kerja rumah, sibuk dengan anak-anak. Alih alih dah jam 2 petang baru tersedar yang belum ambil makanan berat. Best sangat..

ESP buat susu badan jadi lebih pekat. Bila saya pam susu dapat nampak beza warna susu sekiranya ambil dan tak ambil ESP. Bila ambil ESP sebelum mengepam, susu berwarna kekuningan dan lebih pekat. Memang syiokkk. Direct feeding baby pun, baby lagi cepat kenyang. Tidur lena dan lebih lama. So senang la sikit saya nak urus hal rumah dan anak yang lain sambil sambil golek golek buat bisnes online ;-))

ESP buat kuku dan rambut lebih kuat dan sihat. Part nih antara my favourite jugak. Kalau konsisten ambil ESP nih, memang perasan kuku nampak berkilat semacam. Cantik jek. Best betul. Rambut pun sama. Tak banyak gugur sangat tambah-tambah waktu mandi.

ESP buat kulit jadi tulus mulus halus licin berseri. Kulit saya memang jenis yang kering. Kering bukan sikit sikit. Kering kronik. Alhamdulillah, memang notice lepas amik ESP dah tak berapa kering. Sendiri pun rasa best sentuh kulit sendiri. Bayangkan cik abang gosok gosok belai belai.. Opsssss muncul HM4 puleks.. muehehehehe..

ESP boleh kongsi suami isteri. Romantik sey.. hehehe.. untuk sang suami ESP mampu memulihkan fungsi prostat lelaki. Sayang suami tak? ecehhh.. nak bancuh untuk diri sendiri tuh, apa kata bancuh sekali utk si dia.

ESP boleh buat masker jugak. memang meletop nokss.. Saya ada resepi rahsia bagaimana nak menghasilkan masker yang sangat best dengan ESP. Tapi nak bongkar resepi rahsia mesti la kena beli dulu. Tak gitu? Cerita berbuih jari pun, kalau ESP takde.. acanerrr? tak dapek nak nolong. hehehehe

ish ish ish.. fikir apa lagi tuh? jangan difikirkan sangat nak beli ke tak? beli jek.. banyak sangat faedah dan kebaikan ESP nih.. rugi kalau tak grab.. manfaat untuk seisi keluarga.. cepat cepat hubungi kami untuk order.. COD boleh dilakukan sekitar Pulau Pinang. Berbaloi-baloi.

InsyaAllah kita usahakan apa yang termampu untuk kesihatan dan kesejahteraan diri serta keluarga.



Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427 / 012 420 7544
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

OmegaGuard Shaklee : Minyak Ikan Terbaik di Dunia

Pagi-pagi celik bijik mata.. capai phone terus.. sbb setiap 1hb makanya Shaklee akan announce offer untuk produk bagi setiap bulan. Sekali check.. OmegaGuard!!!! Rasa nak melompat dari katil okeh.. Sbb ini salah satu produk yang saya sendiri sangat suka yang mana satu keluarga dari mak ayah, anak anak, anak dalam perut semua boleh dapat manfaat darinya. Ewaahhhh.. 
Jadi suka saya war war kan di sini, pembelian 6 botol OmegaGuard Shaklee dan PERCUMA lagi satu botol. Bayar untuk 6 botol tapi dapat 7 botol. Memang berbaloi-baloi. Bagi peminat OmegaGuard, tak payah la berfikir-fikir, buat kira-kira lagi. Adalah sangat afdhal untuk grab 7 botol terus sebab expired nye lambat lagi. By the time expired, dont worry kesemua 7 botol tuh mesti dah habis pulun anak beranak.

Suka saya nak share kat sini, Siapa yang perlukan OmegaGuard Shaklee nih :

(1) Ibu hamil
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

(2) Ibu menyusu
- Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(3) Kanak-kanak
- Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
- Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema
- Memperkuatkan sistem imunisasi badan

(4) Mereka yang mengalami masalah berat badan
- Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
- Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang

Nota : OmegaGuard bertindak lebih cepat berbanding LECITHIN. Perumpamaannya, Lecithin tu naik basikal dan OmegaGuard tu naik kapal terbang..Apa pun terpulang pada bajet anda dan bukan bajet saya yea..

(5) Sering alami masalah kesihatan
- Batuk berkahak, selesema yang berterusan
- Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
- Sakit strok

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, untuk lebih diskaun jangan lupa LIKE page CaptVitamin dan promosikan kepada rakan-rakan anda untuk turut sama LIKE page tersebut. Mari bersama-sama kita kongsi kebaikan OmegaGuard Shaklee yang terbukti sebagai Minyak Ikan Terbaik di Dunia.

 


Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

B Complex : Bantu Turunkan Berat Badan

Vitamin B adalah antara vitamin yang penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Ia berfungsi untuk membantu penghadaman, mengurangkan rasa letih dan lesu, membantu tumbesaran bayi dalam kandungan bagi ibu mengandung dan lain-lain lagi. Vitamin B Complex yang baik perlulah mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, folate dan biotin sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA . Kesemua ini perlu di ambil dalam masa yang sama.


Antara masalah yang mungkin dihadapi oleh mereka yang kekurangan B Complex ialah :
  • Letih/lesu.
  • Kemurungan dan insomnia (sukar tidur).
  • Masalah kelemumur, rambut gugur & beruban.
  • Letih mata.
  • Masalah penghadaman.
  • Nafas berbau.
Antara sumber semulajadi yang mengandungi B Complex ialah bijirin, daging, ayam, kekacang, sayuran hijau dan lain-lain lagi. Namun di zaman moden ini, mungkin sumber-sumber ini terdedah kepada pelbagai jenis racun dan pestisid serta cara penyediaannya juga telah menghilangkan nutrient penting di dalamnya.
Manfaat utama B Complex :
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagibayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Membaiki masalah kulit kepala, rambut beruban, gugur, kelemumur dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut.
  • Mencegah kerekahan mulut, jankitan lidah dan nafas berbau.
  • Detoksifikasi - meredakan alahan.

Dan.... yang ditunggu tunggu...
Bagaimana B Complex membantu dalam usaha menurunkan berat badan??
Vitamin B Complex penting dalam pembentukan sel darah baru, meningkatkan tenaga serta metabolisma. Vitamin B2, B3, B5 dan B6 penting dalam meningkatkan metabolisma. Vitamin B12 (cobalamine) terutamanya, amat penting dalam usaha menurunkan berat badan.

Lebih berkesan vitamin B Complex ini di ambil bersama Set Kurus dari Shaklee.
Dapatkan vitamin B Complex  semestinya hanya yang semulajadi dari kami, pengedar sah Shaklee anda.


Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Petua Kuruskan Badan secara Sihat

Topik yang tidak pernah jemu-jemu dibincang atau disembangkan oleh kaum wanita ialah petua atau tips untuk kurus. Kadang-kadang rasa kelakar juga sebab topik kuruskan badan dan apa nak masak hari ini atau apa yang teringin nak makan seiringan. Lepas makan (dengan beria ia tanpa mempedulikan kalori) mulalah bising pada kawan-kawan.. "habes lahh I.. makan banyak hari nih.. naik brape kg nih??".. hehehehe.. Topik yang tak pernah lari menjadi isi perbualan kaum wanita setiap hari.

 

Suka saya nak kongsikan di sini petua atau tips untuk kurus. Sedikit sebanyak mungkin boleh menjadi panduan kepada mereka yang ingin kurus. Kalau tak mampu buat semua pun, mungkin boleh cuba setakat mana yang boleh.

Antara petua atau tips untuk kurus :



1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.
3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.

4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.
5. Makan banyak buah - Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dsb.
6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas. Setiap satu liter air untuk 20kg berat badan anda. Contoh : sekiranya berat badan anda 60kg, anda perlu sekurang-kurangnya 3 liter air kosong setiap hari.
8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.
Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam misi kita untuk mengempiskan perut. Moga ada kebaikan daripada perkongsia artikel ini.
Shaklee juga turut menawarkan rangkaian produk untuk kurus secara sihat dengan mengambil supplemen semulajadi yang telah terbukti berkesan. Rangkaian produk Shaklee ini juga bukan sahaja membantu kuruskan badan malah anda akan mendapat banyak manfaat dan kesan sampingan positif sekiranya diambil secara konsisten. 
Set kurus Shaklee terdiri dari 3 konsep utama iaitu BAKAR, BUANG & BINA :
BAKAR 
Lecithin / Omegaguard - bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol

BUANG
Herblax / Alfalfa - membuang lemak, toksin dalam badan

 BINA
ESP (untuk ibu menyusu) @ Cinch Shake (bukan menyusu) - bina otot, elak kulit menggelebeh

Anda boleh membuat pesanan tidak kira anda berada samada Malaysia atau Qatar. Kami akan memproses pesanan secara online tanpa sebarang masalah. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh diutarakan di admin@captvitamin.com
 Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Diet Mantap lagi Berkesan dengan Cinch Inch Loss Plan

CALORIES IN = CALORIES OUT


Benda yang paling susah nak buat kan? Selalu yang terjadi ialah

CALORIES IN > CALORIES OUT

Dan hasilnya??

KEGEMUKAN!!

Menakutkan!!

Bila dah gemuk, menggelabah cari supplemen untuk kuruskan badan. Dilema kebanyakan orang zaman sekarang, tak kira lelaki atau perempuan, remaja, dewasa, anak dara dan mak mak dara.

Mak saya selalu cakap, susah nak cari orang yang kurus ramping zaman sekarang. Selalu yang nampak mesti ‘comel comel’. Saya senyum saja. Dalam hati mengakui! Mungkin cara hidup orang zaman sekarang dan cara pemakanan. Tak macam orang zaman dulu. Kerja kuat. Kerja membajak sawah. Untuk bekalan air bersih kena angkut air dari perigi. Mengandung 7,8 bulan masih angkut kayu api untuk memasak. Rempah juga kena giling sendiri untuk buat kari. Tiada yang segera. Semuanya from scratch.

Bagi orang dulu dulu memang tiada istilah diet! Makan nasi 3 pinggan pun badan tetap macam tuh. Sebabnya? Simple. Macam pengiraan Matematik di atas!

CALORIES IN < @ = CALORIES OUT

Nasi 3 pinggan waktu sarapan itu mungkin sekelip mata dibakar dengan turun menanam padi hingga matahari terik di kepala.

Zaman sekarang bukan macam zaman dahulu. Berani berani nak ambil 3 pinggan nasi untuk sarapan? 3 keping roti pun belum tentu dapat dibakar sepenuhnya. Silap silap ada lebihan yang menjadi lemak tepu. Sebabnya? Lepas sarapan 3 keping roti akan menghadap laptop di kubikel masing masing dengan hanya jari yang ‘exercise’? Jangan ada yang terasa ya, ini adalah fakta. Peace!

Jadi bagaimana cara untuk orang zaman sekarang berdiet? Diet tidak boleh sebarang diet. Diet perlu dengan ilmu.

Dalam kebanyakan diet 'tradisional', anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisme anda. Dan apabila anda tidak meneruskan lagi diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. 

Sebaliknya, berat anda bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet. Ia adalah kesan yo-yo.

Cinch Inch Loss Plan Shaklee adalah terbukti berkesan dan mempunyai ujian klinikal!

Kenapa ia berkesan?

  • ·         Mengekalkan jisim otot tanpa lemak
  • ·         Hilang berat dari lemak, bukan otot.
  • ·         Terbukti secara klinikal.
  • ·         Diperkasa dengan Leucine. (Asid amino penting yang melambatkan degradasi tisu otot) *Leucine tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita, jadi anda perlu mendapatkannya dari sumber makanan tertentu.

Ringkasnya:

  • ·         Ia membantu mengawal lapar
  • ·         Meningkatkan tenaga
  • ·         Menyokong metabolism dan memberi kepuasan kepada pengguna.

Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24g protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6g serat larut (dicadangkan diambil bersama 1 sudu Shaklee ESP). Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot dan otot mampu menaikkan kadar metabolism dan juga membakar kalori. 

Makanan  yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine -  nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.



Inginkan diet secara sihat untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan anda? 

Hubungi kami dengan kadar segera

SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.