Showing posts with label awet muda. Show all posts

Vivix Shaklee:Punca mak pening sampai tak boleh bangun

Minggu lepas telefon mak. Memang rutin dah. Seminggu paling kurang 2 kali akan telefon atau Skype dengan mak. Setiap kali call mesti ada gosip terbaru. Sebab tuh wajib call kerap. Nak update gossip selalu. Hehe.

Tapi kali nih call gossip lagi panas. Hehe
 
 Mak : Hang tau dak? Kan ka lama dah mak tak makan Vivix tuh. Hari tuh yang hang beli pos tuh, mak makan la. Mak makan dalam 3,4 kali macam tuh, mak punya pening laa.. Sampai tak boleh mangkit dari katil langsung. 

Anak : Laaaa.. awat jadi lagu tuh? Lepaih tuh mak makan jugak ka? 

Mak : Mak makan jugak, mak tak stop.. lepaih tuh mak gagah la jugak mangkit pi klinik takut darah tinggi melambung. Pi klinik kat Sungai Dua. Doktor check dia kata, makcik tak sakit apa aihh.. makcik ada darah tinggi ka? Mak kata la ada. Pahtu dia tunjuk kat mak mesin cek darah tuh. Dia kata kat mak "Darah makcik normal nihi 120-80.. macam orang takdak darah tinggi pun.. sebab tuh makcik pening, sebab darah makcik normal tiba tiba". Mak punya la lega. Takut la jugak kot dia melambung.

Anak : Laaaa.. nasib baik laa.. baguih Vivix tuh noo

Mak : Haa.. tuh laa.. 2,3 hari tuh jaa mak pening sat.. pahtu elok dah la.. mak tak berhenti makan Vivix tuh. Mak ambik jugak. Mak lawan. Nak tengok macam mana. Lepaih pelan pelan dia hilang la. Lepaih dari tuh mak demam, pi amik ubat. Check darah pun 120-80.. Tekanan darah macam orang muda aihh.. tak penah penah la dpt bacaan lagu tuh.. Selalu dok pi check klinik kesihatan tuh, memanjang kena marah dengan doktor sebab darah dok naik.

Anak : Baik mak makan bagi perabih. Toksah dok berenti. Esok habis, mak habaq kat Ni, Ni order lain.

Mak : Tuh dok ada lagi, esok nih tinggai sikit mak habaq kat hang lain. Hang order lain. Memang baguih la.. Mahai pun takpa la.. sebab elok.. dok makan hat dulu dulu org dok juai takdak beza apa pun.. makan pun bukan kena banyak, satu camca kecik tuh tahan lama Vivix tuh.

Tu dia.. Komen panjang lebar dari mak saya. Alhamdulillah. Walaupun tinggal jauh beribu batu tapi sekurang kurangnya saya dapat berbakti pada mak ayah. Tiada yang lebih berharga dari kesihatan dua insan yang paling bermakna dalam hidup kita kan?

Kalau sayang pada mak ayah, beli lah sebotol untuk mereka. Banyak kebaikan Vivix nih. Sesuai untuk penghidap diabetes, darah tinggi, yang ada keturunan kanser dan juga untuk mereka yang pentingkan kesihatan keseluruhan tubuh.

Lebih info mengenai tonik Shaklee iaitu Vivix nih boleh lah baca di sini.

Dengan pembelian 2 botol VIVIX anda layak untuk mendapat keahlian PERCUMA SEUMUR HIDUP.

SMS/WhatsApp "VIVIX" ke +6011 252 66 427
 

Hubungi kami segera
Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sumber Vitamin C Terbaik Dunia hanya dari Shaklee

   
Gabungan Vitamin E dan Vitamin C lebih mantap untuk kulit yang gebu dan licin
Selama ini kita mengenal sumber vitamin C terbaik adalah oren. Oren sering dikaitkan dengan vitamin C. Padahal banyak buah-buahan yang mengandungi vitamin C lebih banyak berbanding oren. Di antaranya adalah buah kiwi, betik dan jambu biji.
 
Vitamin C adalah sangat penting untuk tubuh manusia untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh, membantu penyerapan zat besi serta untuk pembentukan kolagen. Kekurangan vitamin C di dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa masalah kesihatan seperti masalah sendi dan anemia. Vitamin C adalah vitamin larut air. Jadi masalah terlebih dos vitamin C dalam tubuh sangat jarang berlaku. Vitamin C adalah vitamin yang mudah hilang melalui urin dan peluh.
 
Mungkin ramai di kalangan anda yang tidak menggemari buah oren tapi ingin kan sumber vitamin C yang cukup untuk badan. Selain buah oren disini disenaraikan alternatif  buah buahan lain yang boleh menggantikan buah oren.

Jambu biji
Kandungan vitamin C dalam jambu biji melebihi vitamin C dari buah oren. Dalam 100g buah jambu biji mengandungi 108mg vitamin C. Ia berkhasiat untuk mengatasi masalah gangguan perut seperti dhirea.

Epal
Kandungan vitamin C dalam 100 gram buah epal adalah 5 mg. Epal juga kaya akan flavonoid antioksidan yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebuah epal memiliki sekurang kurang nya 80 kalori.

Delima
Sebiji buah delima mempunyai lebih kurang 40% keperluan vitamin C anda. Deliama juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin, vitamin A dan E. Antosianidin juga memiliki sifat antooksidan dan anti inflamasi yang dapat menurunkan kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah Alzheimer, kanser payudara, kanser prostat serta leukimia.

Buah Kiwi
Selain mengandungi banyak vitamin C, buah kiwi kaya dengan sumber magnesium, kalium, vitamin A dan E.

Buah Anggur
Buah anggur memiliki kandungan vitamin C yang banyak, iaitu 10.8 mg setiap 100 gramnya. Anggur merah juga mengandung zat besi, kalium, serat dan antioksidan lain yang berlimpah ruah.

Strawberi
Mengambil strawbery dalam hidangan harian akan dapat mencegah diabetes dan penyakit jantung. Strawberi juga merupakan buah buahan yang mempunyai sifat antioksida yang tinggi. 

Betik
Betik mempunyai banyak vitamin C, folat dan karotin. Betik merupakan satu satunya sumber enzim pencernaan semulajadi yang membantu mencerna protein. Dalam 150gram betik mengandungi Vitamin C sebanyak 90mg.

Avocado
Avocado mempunyai lemak tak tepu yang membantu menurunkan kadar kolesterol. Ia juga mengandungi zat besi dan vitamin E. Sebiji avocado mengandungi lebih kurang 81 kalori, 8 gram lemak dan 3 gram serat.

Mangga
Sebiji mangga rata-rata mengandungi 60 mg vitamin C. Antioksidan dalam mangga membantu mencegah artritis, mempercepat penyembuhan luka dan sangat baik untuk sistem kekebalan tubuh.

Tomato
Tomato adalah sumber vitamin C dan salah satu karetinoid terkuat yang bertindak sebagai antioksidan. Dalam satu buah tomato ukuran kecil mengandungi vitamin C sebanyak 23 mg.

Selain buah-buahan di atas, masih banyak lagi buah yang mengandung vitamin C seperti pisang, melon, laici, nanas, markisa dan blackcurrent.

Namun pengambilan buah buahan juga perlu diteliti memandangkan sekarang proses penanaman buah buahan untuk pasaran komersil terlalu luas. Untuk menjaga kualiti buah supaya tidak rosak dan tahan lama mungkin menyebabkan pengusaha terpaksa menggunakan racun serangga secara berlebihan dan mengawet buah buahan tersebut untuk tujuan eksport yang mengambil masa berbulan lamanya.

Jadi kandungan vitamin C dalam buah buahan tersebut juga mungkin berkurangan disebabkan oleh keadaan keadaan tersebut.

Shaklee juga mempunyai Vitamin C yang di panggil Sustained Release VitaC Plus. SR Vita C Plus adalah yang terbaik kerana :

  • Ia bersifat sustained release iaitu pelepasan jam demi jam – setiap 100mg vitamin C akan dilepaskan setiap jam dalam jangkamasa 5 jam tanpa henti. Memandangkan vitamin C adalah vitamin larut air maka sifat ini sangat penting supaya vitamin C yang kita ambil dapat diserap sepenuhnya oleh badan.
  • 1 tablet Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji buah oren. Mampukah untuk kita mengambil 7 biji oren sehari. Pasti sukar bukan? Jadi Vitamin C Shaklee adalah jawapannya.
  • Mempunyai “bioflavonoids” yang membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C dari teroksida
  • Sumber natural – tiada perasa, pemanis, pewarna tiruan dan tanpa bahan pengawet.
  • Bagi mereka yang ada parut parut jerawat, kulit kusam dan kering, jeragat degil dan masalah gusi dan berdarah, sangat sangat disarankan untuk mengambil Vitamin C secara konsisten untuk pemulihan kulit untuk lebih cantik gebu tulus dan mulus.

Untuk mendapatkan vitamin C Shaklee anda dengan harga lebih murah? Jom jadi ahli Shaklee sekarang. Anda bukan sahaja dapat membuat belian dengan harga 15-30% diskaun malah berkelayakan mendapat rebat tunai sekiranya cukup points untuk menebus rebat tersebut. Kongsi kebaikan dan keberkesanan Shaklee dengan seluruh keluarga dan sahabat handai anda.
 
Hubungi kami segera
Whatsapp/Call/SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +60 11 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Shaklee Vivix : Lebih banyak masa berkualiti dengan anak anak

Dalam blog, saya lebih suka bercerita tentang pengalaman sendiri dalam menggunakan Shaklee, bukan berat sebelah sebab saya jual Shaklee, tapi sebab saya sekeluarga dah merasa sendiri kebaikan serta kebagusan produk Shaklee, so I'm more than happy untuk share dengan semua orang tentang manfaat Shaklee nih. Kalau saya simpan seorang, rugi lah kan? 

Antara satu lagi produk yang memang saya cuba untuk diri sendiri dan beri suami ialah Shaklee Vivix. Tonik ajaib yang terdiri dari anggur terbaik di dunia iaitu anggur muscadine, karot ungu, elderberry dan polygonum cuspidatum. Keempat empat ramuan memang terkenal dalam membantu, menjaga, memelihara kesihatan jantung, otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap selular, kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan. Memang banyak sangat kebaikan Shaklee Vivix.


Untuk suami yang susah nak ambil banyak banyak vitamin, memang Shaklee Vivix ini sangat sesuai. Satu sudu teh sebelum tidur sudah memadai. Suami memang senang sakit. Kalau masuk ofis, ada yang sakit.. esok pagi balik rumah gerenti dia pun kena. Susah kan nak elak benda macam tuh, susah kita nak avoid orang yang sakit tambah tambah kat ofis. Salah satu caranya memang kita sendiri kena ada 'protection'. Tambah tambah suami bekerja shif. Shif 6am-6pm bergilir dengan 6pm-6am, badan memang cepat lesu dan tak bermaya. 

Saya beri Shaklee Vivix pada suami lebih kurang 6 bulan lepas. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, dah kurang demamnya, kalau dulu setiap kali demam memang kronik, tak boleh bangun dan memang teruk sangatlah nampak keadaannya. Tapi sekarang jarang jarang nak kena, sinus pun jarang menyinggah, sistem imun badan makin meningkat, dan rasa lebih bertenaga. 

Sekarang nih bila kurang sakit, masa dengan family, main main dengan anak anak lebih banyak, yg paling best, walaupun keje malam, balik tido sekejap dalam 4-5 jam tapi betul betul deep sleep, so bangun dengan sangat fresh, tak perlu tidur berkali kali siang tuh tapi still tak puas puas, Shaklee Vivix bantu suami spend lebih banyak quality time with anak anak yang susah nak dapat especially bila kena kerja direct tanpa off days.

Untuk isteri isteri yang sayang kan suami anda, apa kata cuba Shaklee Vivix nih, banyak sangat khasiatnya. Tonik ajaib dari Shaklee ini bukan sebarang tonik. Melalui ujian klinikal dan terbukti berkesan.

Kalau order waktu promo November nih memang berbaloi sangat. BELI 6 botol PERCUMA sebotol. Harga memang mampu milik. Boleh share atau hadiahkan pada mak ayah.




Hubungi kami segera
SMS/Call/ WhatsApp (Doha) +974 33014039  
WhatsApp (Malaysia & Doha) +6011 2526 6427  
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.