Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Set Kesihatan Sendi Shaklee : Aksi 'akrobatik' menjadi lebih mudah

Rasa rasa kita kalau tua nanti boleh tak buat aksi akrobatik macam pakcik kat sebelah? Macam mustahil jek kan? Sedangkan waktu muda macam sekarang pun tak mampu buat. Apatah lagi tua nanti.

Tapi tak mustahil kalau nak buat macam tuh. Dengan syarat mesti memelihara dan menjaga kesihatan sendi tulang bermula dari sekarang. Masih belum terlambat. 

Sebenarnya seawal usia 30-an tulang tulang kita sudah mula kehilangan kepadatan dan kepaduannya. Seiring dengan badan juga makin berkurang menghasilkan kolagen, maka tulang kita juga menjadi semakin kurang sihat.
 
Sakit sendi akan menyebabkan banyak aktivit harian terganggu. Mak ayah kita kalau diserang sakit lutut atau yang seangkatan dengannya memang akan mengadu sakit yang tak tertanggung rasanya. Nak solat, nak bergerak semua susah. Kadang kadang sampai tak terungkap dengan kata punya lah sakit.

Sakit sendi ini berpunca dari pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthiritis. Tidak kiralah apa juga puncanya, yang nyata kalau mengalaminya pasti akan menderita.
 
Shaklee menawarkan Set Kesihatan Sendi dan Tulang yang mampu memelihara dan menjaga kesihatan supaya lebih kuat dan sihat. Set ini terdiri dari 3 produk terhangat dari Shaklee iaitu  :

  • Advanced Joint Health tablet - menyokong pergerakan dan kelenturan sendi.
  • Omega Guard - mengurangkan inflamasi dan radang sendi serta memberi kuasa pelincir kepada sendi sendi kita.
  • OsteMatrix - membekalkan nutrien harian terutamanya kalsium. Ia membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang. Tulang tulang sihat inilah yang akan menyokong berat badan serta menggerakkan pelbagai otot badan untuk kekal cergas.


Gabungan ketiga tiga produk Set Kesihatan Sendi dan Tulang ini akan memberi impak kepada kita seperti di bawah :
  • Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat.
  • Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.
Pesan 2 set sekarang. Satu set untuk anda dan suami. Satu lagi set untuk hadiahkan pada mak dan ayah. Senang mak ayah kita nak jalani aktiviti seharian dan jalani ibadat. InshaaAllah. 

SMS/Whatsapp "SET TULANG" ke +6011 252 66 427 SEKARANG JUGA.

Hubungi kami segera
Whatsapp//SMS/Call (Doha) +974 33014039
WhatsApp/SMS (Malaysia & Doha)+6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ostematrix dan B Complex - Vitamin WAJIB untuk penderita migrain


Sakit kepala memang sejenis penyakit yang mudah kita hadapi. Banyak faktor yang menyebabkan sakit kepala contohnya gaya hidup yang stress, masalah sinus yang kronik, serta perubahan cuaca yang redup kepada panas yang terlalu ekstrem. 

Salah satu jenis sakit kepala ialah migrain. Sekiranya diserang migrain sudah pasti akan menganggu aktiviti harian kita dan banyak perkara akan terabai dan ditangguhkan. Selalunya penghidap migrain hanya tidur seharian tanpa mampu untuk mengangkat kepala sekalipun.

 
Sekiranya anda penghidap migrain, ini adalah perkara yang perlu anda elakkan :
  • Makanan yang mengandungi thyramine seperti keju.
  • Makanan yang mengandungi MSG dan nitrat.
  • Tidur yang tidak tetap.
  • Stress dan tekanan.
  • Membiarkan perut kosong terlalu lama.
Pengambilan makanan seimbang yang betul serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dapat mengurangkan masalah migrain ini. Malah pengambilan supplemen semulajadi secara konsisten juga dapat menyembuhkan migrain. Insya Allah. Shaklee mempunyai 2 vitamin bagi membantu pesakit migrain melegakan rasa sakit kepala yang teruk iaitu :
 
 Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.



Kenali punca dari mana datangnya migrain anda. Sekiranya dari pemakanan maka kawallah dan jaga pemakanan anda untuk elakkan masalah ini berlanjutan. 
 
Hubungi CaptVitamin untuk mendapatkan Set Migrain Shaklee anda. Inginkan harga yang jauh lebih murah? Diskaun sehingga 15-20%? Jadi ahli Shaklee sekarang dan anda akan dapat pelbagai faedah. Makan sendiri juga layak menerima bonus. Teringin nak bisnes? Di alu alu kan.. Mungkin cash bonus, car bonus dan berpeluang melancong atau umrah percuma menjadi milik anda. 
 
Jom order vitamin dan jadi ahli Shaklee.


 Hubungi kami segera
Whatsapp/Call/SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +60 11 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Kesihatan Wanita Shaklee : Wanita Sihat, Hidup Ceria

SuperMommy, SuperMak, SuperIbu, SuperUmmi, SuperMomma memang menjadi idaman setiap wanita. Wanita sentiasa ingin menjadi yang paling hebat, paling sempurna dan berbagai-bagai paling di mata suami, bos, anak-anak, ibu bapa, rakan sekerja, masyarakat dan semua orang.

 Untuk menjadi segala jenis 'paling' yang disebutkan di atas bukan mudah. Segalanya perlu diambil kira. Terutamanya keupayaan dan  ketahanan mental dan fizikal setiap hari nak mengejar dan berusaha menjadi SUPER. Memang bukan mudah dan bukan juga mustahil. Sekurang-kurangnya kita sebagai Mommy, Mak, Ibu, Ummi, Momma berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk semua. Baik dipejabat dalam menyelesaikan urusan kerja atau dirumah sebagai isteri dan ibu yang bertanggungjawab.

Dalam usaha untuk menjadi yang terbaik, adalah perlu badan kita sentiasa sihat dan cergas. Mana mungkin menjadi segala jenis SUPER sekiranya badan kita cepat letih, lesu dan tidak bermaya. Badan kita bukan mesin. Tambahan lagi bila namanya seorang PEREMPUAN, WANITA seudah tentu mengalami pelbagai fasa kehidupan yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Antara peringkat kehidupan seorang wanita adalah :
  • akil baligh / keremajaan
  • pra-kehamilan
  • kehamilan
  • pra-menopos
  • menopos
  • selepas menopos
Dalam melalui pelbagai fasa tersebut, banyak masalah yang dihadapi, emosi juga kurang stabil dan seringkali terganggu dan ini turut menyumbang kepada masalah untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum. 
Prihatin dengan masalah ini, Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupannya. Program kesihatan wanita ini mengandungi 3 produk iaitu GLA Complex, Ostematrix dan Omegaguard. 

Kebaikan dan manfaat gabungan ketiga-tiga produk ini ialah :

  • membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
  • menggalakkan kulit yang sihat & cantik
  • menggalakkan tulang yang kuat
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • melegakan sakit-sakit sendi
  • membantu membakar lemak & memperolehi berat badan yang ideal
  • membantu bertenaga, menghilangkan rasa letih serta lesu
Bagi wanita yang belum mencuba apa-apa produk dan masih tercari-cari untuk mencuba supplemen, adalah disarankan untuk mendapatkan Set Kesihatan Wanita Shaklee ini. Dan kepada para suami yang kasihkan isteri, sayangkan isteri, boleh dapatkan set ini untuk kesihatan berpanjangan isteri anda. 
Percayai SHAKLEE.. Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan & Sentiasa Mesra Alam. Like page CaptVitamin untuk diskaun dan free gift untuk setiap pembelian dari kami.




Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ostematrix : Sumber Kalsium untuk tulang yang sihat



Promosi bulan MAC 2013 - Buy 6 Free 1 (Ostematrix)

Manfaat Utama Ostematrix Shaklee :
  • Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Juga merawat tulang retak, osteomalacia (riket dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi & artritis.
  • Meringankan stres - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti dan sakit gastrik.
Ostematrix Shaklee :
 
1 tablet kalsium Ostematrix Shaklee = 1 gelas susu kalsium tinggi = 80 biji badam.
 
Apa yang menyebabkan Ostematrix Shaklee berbeza dari jenama lain?
 
Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
 
Pilihlah kalsium yang semulajadi dan terbukti berkesan untuk tubuh anda hanya dari Shaklee.
 

 Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Berpantang & Menyusu Shaklee : Testimonial dari NH

Happy betul dapat repeat order dari NH.. Alkisah sbb dia order Vitalea tapi dok bz tak terambik dan tak terantar.. So 2 hari lepas NH ada PM utk repeat order ostematrix and nak mintak delivery Vitalea sekali. Terus tanya dia.. mcm mana rase lps amik Set Berpantang dan Menyusu Shaklee? Die ambik pun lps 2 mggu deliver sbb still sampai ke sudah carik set yang sesuai x ketemu dan die pun tak nak jamu jamu nih.

Allah bukak pintu hati NH nak try Shaklee sbb nampak post sy di group untuk penduduk Malaysia di Qatar. Maka sy suggest Set Berpantang yang ada Vitalea, Bcomplex, Vit C, Alfalfa plus Ostematrix jugak.. Biasa lah.. barang elok yang bukan di propa propa kebaikannya, sape yang dah cuba mesti nak cuba yang lain jugak. In between tuh dia order lagi ESP.. sy memang happy sangat die order ESP sbb NH nih ibu bekerjaya.. makanya mesti nak buat stok susu utk baby bile naik keje. ESP memang sangat membantu ibu ibu bekerjaya dalam usaha nak bagi yang terbaik pada baby. Tambah pulak 1st baby. hehehehe. 

Sy sesaje tanya mcm mana rase lps ambik Set Berpantang dan Menyusu Shaklee? Haaaaa.. xyah crite banyak.. bace sendirik feedback NH pasal Set Berpantang & Menyusu Shaklee nih.. Tuh dalam cara-cara makan pun skip skip.. pun dah rasa beza dan rasa badan kuat cergas.. kalau makan bebetul lagik banyak extra extra perasaan yang best yang akan dirasa.. hehehe


Baby pun dah 4 bulan.. susu still maintain.. Alhamdulillah!! Happy utk NH.. dan NH jugak order Shaklee Collagen Powder sebab nak kulit tulus mulus gitu.. Kan dah cakap dari awal lagik.. kalau dah penah rasa Shaklee benefits memang mesti nak cuba produk-produk Shaklee yang lain jugak. Bab bab cantik berseri putih gebu nih.. org pompuan mana yang tak suka kan?? Sanggup invest untuk produk yang terbukti berkesan dan tiada kesan sampingan. 

Akhir kata, sesiapa yang belum cuba Shaklee.. Sila lah cuba.. Anda pasti akan rasa perbezaan pada diri sendiri.. Just PM, Whatsapp Email atau melalui apa jua cara utk konsultasi percuma dari CaptVitamin. Kami ada mcm-mcm set yang boleh disesuaikan dengan keperluan tubuh anda. Sesuai dengan salah satu motto Shaklee "ALWAYS WORKS".

PM cepat cepat untuk pesanan dan diskaun istimewa dari CaptVitamin

Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Ibu Mengandung Shaklee untuk kekal cergas dan bertenaga

Makan untuk 2 orang! Ayat biasa yang selalu kita dengar kalau seseorang ibu itu disahkan mengandung. Betulkah makan 2 kali ganda itu cukup untuk memberi keperluan nutrisi yang sepenuhnya kepada ibu serta bayi dalam kandungan? Benarkah makanan yang diambil benar benar berkhasiat dan dengan hanya makan sahaja, semua yang dimakan diserap oleh tubuh dan terjamin kebersihannya?
Adakah cara penyediaannya tidak merosakkan zat dan nutrisi dalam makanan tersebut.


 Haaaaa.. tak confident kan? tak confident kan? Sebab tak yakin dengan apa yang kita makan dapat diserap oleh tubuh dan betul betul cukup untuk keperluan ibu dan bayi sebab tuh doktor bekalkan dengan pelbagai jenis vitamin. Doktor pun tak yakin yang kita akan dapat semua khasiat dari semua yang kita makan (tuh belum masuk makanan merepeks junkfood, teringin carbonated drinks dan etc etc etc.. mengata kat diri sendiri disaat sedang mengandung.. hehe)

Nutrisi apa yang diperlukan oleh ibu yang mengandung?

" Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.

Asid folik
adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.

Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.


Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil
zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.

Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis,
diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan.

Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan.
Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar."

  Dipetik dari: babycenter.com.my

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah ibu mengandung memerlukan zat serta mineral tambahan untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan supaya membesar dengan sihat. Dan Set Ibu Mengandung Shaklee lengkap dengan semua keperluan yang disarankan di atas.

Set Ibu Mengandung dari Shaklee


Set Ibu Mengandung Shaklee ini mengandungi Vitalea, B Complex, Ostematrix dan Vita C serta disarankan untuk menambah Omegaguard semasa Trimester 2 dan 3. Fungsi setiap vitamin yang diambil oleh ibu mengandung adalah sangat bermanfaat untuk bayi dan ibu tanpa perlu ditambah dengan asid folik dan obimin dari doktor.

Jadi kepada semua puan-puan kesayangan di luar sana yang sedang mengandung. Pilihlah hanya yang terbaik untuk diri dan bayi anda. Elakkan bahan bahan sintetik atau yang tidak pasti berkesan menyerap masuk dalam tubuh anda dan bayi. Pelihara bayi anda dari dalam kandungan lagi.

Tidak kira dimana jua anda berada di seluruh dunia, CaptVitamin boleh membuat penghantaran vitamin kepada anda. Hanya perlu hubungi untuk mengetahui caranya.

Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mitos Penyusuan Susu Ibu



Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara negara yang membangun. Walaubagaimanapun, masih terdapat ibu-ibu di luar sana yang mungkin masih lagi tidak menyedarinya. Selain itu, terdapat juga pelbagai dongeng yang disogokkan mengenai penyusuan susu ibu ini. Di sini di senaraikan beberapa mitos dan fakta berkait dengan susu ibu.



Mitos 1 :
Bagi memastikan bayi mendapat air yang cukup, ibu juga perlu memberi bayi mereka air masak selain daripada menyusukan mereka.

Fakta 1 :
Bayi yang normal dilahirkan dengan mempunyai simpanan air yang cukup dalam tubuhnya bagi memastikan mereka tidak terhidrat sehinggalah susu ibu diberikan. Susu ibu pula, mampu merubah suhunya mengikut cuaca supaya ia mampu menghilang dahaga pada bayi dan seterusnya mengenyangkan mereka. Untuk mengetahui samada bayi anda mengalami dehidrasi atau tidak perhatikan keadaan urin yang dihasilkannya. Jika mereka sudah mengeluarkan antara 6 - 8 liter urin, maksudnya susu yang diberi mencukupi.

Mitos 2 :
Saya perlu mengurut perlahan puting terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi.

Fakta 2 :
Payudara seorang wanita memang telah dicipta secara semulajadi bagi tujuan menyusukan bayi. Oleh sebab itu, tiada urutan yang perlu dilakukan malahan perlakuan tersebut boleh mengakibatkan kesakitan pada puting anda.

Mitos 3 :
Saya mesti menggunakan kedua-dua belah payudara setiap kali menyusukan bayi.

Fakta 3 :
Keadaan ini mungkin memberi kelebihan pada anda kerana ia akan mengimbangkan payudara. Jika bayi anda belum selesai menyusu dan kemudian tukar sebelah lagi, bimbang pula bayi tidak mendapat khasiat yang sepenuhnya. Cuba biarkan bayi anda menyusu di sebelah payudara terlebih dahulu dan menyusu di sebelah lain pada waktu yang lain pula.

Mitos 4 :
Banyaknya susu anda bergantung kepada saiz payudara anda.

Fakta 4 :
Kenyataan di atas salah sama sekali. Jumlah susu yang dihasilkan langsung tidak dipengaruhi oleh saiz payudara. Dengan usaha yang betul dan berterusan penghasilan susu boleh sentiasa dilipat gandakan.

Mitos 5 :
Bayi yang menyusu di dalam botol sahaja yang berisiko mengalami kembung perut manakala yang menyusu badan tidak.

Fakta 5 :
Malangnya, mana mana bayi yang menyusu badan tidak terhindar daripada gejala kembung. Namun pada kebiasaannya, bayi yang menyusu badan ini, susunya lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula. Ibu ibu yang menyusukan bayinya juga perlu menjaga pemakanan dengan baik bagi mengelakkan anak-anak kembung.

Mitos 6 :
Apabila anda sudah kembali bekerja, anda boleh berhenti memberikan susu badan kepada bayi.

Fakta 6 :
TIDAK SAMA SEKALI. Anda mestilah menyusukan bayi anda secara terus pada sebelah pagi dan malam. Malahan semasa bekerja, anda boleh mengambil masa rehat dengan mengepam susu bagi tujuan simpanan pada waktu siangnya.

sumber : Majalah iSihat September 2012

Kepada semua ibu ibu diluar sana, pastikan tubuh anda sentiasa sihat dan bertenaga dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif untuk bayi anda. Di Shaklee kami menyediakan set penyusuan yang terbaik untuk memastikan kejayaan penyusuan untuk si comel anda.



Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.