Punca Sakit Gout & Rawatannya
Apa itu gout?
Gout ialah sejenis arthritis atau radang sendi (terdapat lebih 100 jenis arthritis). Apabila gout berlaku ia mampu menyebabkan kesakitan yang amat, bisa/pedih, kekejangan, kehangatan dan bengkak pada satu-satu sendi kebiasaannya pada ibujari kaki (75% serangan pertama). Kesakitan itu boleh berlaku berulang-ulang sehingga ia dirawat. Dalam jangkamasa panjang, keadaan ini boleh memudaratkan sendi-sendi, tendon-tendon dan tisu-tisu lain. Secara statistiknya, gout lebih kerap berlaku dikalangan lelaki berbanding wanita.
Apa sebabnya?
Gout berpunca daripada kandungan asid urik yang berlebihan di dalam darah. Biasanya kandungan asid urik tinggi (KAUT) dalam darah tidak semestinya merbahaya tetapi apabila KAUT itu mula membentuk mendapan atau hablur seperti Kristal pada sendi-sendi tertentu. Itulah saat bermulanya episod serangan gout anda.Bayangkan anda terpijak bucu-bucu tajam batu karang dalam laut. Sakit bukan? Inikan pula ada hablur-hablur yang berkumpul pada sendi anda dan mula menyucuk dari dalam…Adoiii…
Risiko anda untuk mendapat serangan gout adalah lebih tinggi sekiranya anda :
- Mempunyai berat badan berlebihan. Bukan pilih kasih atau pilih saiz tetapi secara amnya apabila berat badan berlebihan, keupayaan sistem badan untuk bekerja secara sempurna dikompromi. Ini termasuklah keupayaan ginjal untuk menyingkirkan asid urik berlebihan dari badan.
- Terlalu banyak makan makanan yang mengandungi kandungan purina yang tinggi (daging merah, limpa, makanan laut bercangkerang, ikan bilis dsb). Purina dimetabolismekan atau dirungkaikan dalam badan menjadi asid urik, oleh itu semakin tinggi kandungan purina semakin tinggi jugalah kandungan asid urik nanti.
- Kaki minum (yang dimaksudkan ialah minuman beralkohol…hak untuk minum Milo anda tidak dicabar sama sekali J). Ini kerana minuman beralkohol mengganggu fungsi ginjal untuk menyingkarkan asid urik. Alhamdulillah sebagai umat Islam sepatutnya ini bukan satu masalah bagi kita.
Apa simptomnya?
Simptom-simptom lazim gout termasuk:-
- Bengkak ibu jari kaki, kemerahan, bias/pedih bermula lazimnya pada waktu malam.
- Kesakitan juga mungkin juga dirasai pada tapak kaki, tumit dan lutut.
- Serangan kesakitan hanya tertumpu pada satu-satu sendi pada satu masa.
- Sakit boleh berterusan beberapa hari atau beberapa minggu sebelum mulai hilang.
- Sakit menyerang di malam hari atau beberapa jam selepas “melantak” makanan yang kaya dengan purina seperti dinyatakan sebelum ini.
Apa rawatannya?
Rawatan gout terbahagi kepada dua:
1. Rawatan segera untuk menangani kesakitan
a. Rawatan sendiri
i. Tinggikan aras sendi yang sakit (contohnya jika ibu jari kaki yang sakit, tinggikan kaki dari aras kepala). Ini menggalakan reversal pengaliran darah supaya darah tidak terkumpul disekitar sendi yang mengalami keradangan justeru tidak menambah kesakitan yang dialami meskipun tidak mengurangkannya dengan signifikan.
ii. Meletak pek ais disekitar sendi untuk melegakan bengkak dan rasa panas.Jangan letak ais secara terus kepada kulit atau lebih dari 20minit untuk mengelakkan kerosakan pada kulit.
b. Ubat-ubatan (Rujuk doktor!)
i. Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) : diclofenac indomethacin, naproxen
ii. Colchicine
2. Rawatan berterusan untuk mengelakkan kesakitan di masa hadapan.
a. Pemakanan :
i. Mengurangkan atau menghindari makanan yang kaya dengan purina.
ii. Minum air dengan banyak.
iii. Kurangkan berat badan
b. Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah
Cadangan vitamin dari Shaklee untuk mengurangkan masalah gout ialah :
i. Sustained Release Vita C
ii. Vivix – mengandungi kompaun antioksidan anthocyanains yang mampu melegakan keradangan dan mengurangkan tahap urate (hablur Kristal terhasil dari asid urik) dalam darah. **
iii. Omega Guard (Omega 3 Fatty Acids)
iv. Perfomance Drink
Hubungi saya, wakil sah Shaklee anda untuk mendapatkan produk kami yang terbukti berkesan.
Hubungi kami segera
SMS/Call/WhatsApp (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia) 012 253 1301
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
0 comments: