Al Waqiah : Surah Kekayaan

Surah Al Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam Al Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Di namakan Al Waqiah kerana di ambil dari lafaz Al-Waqiah di ayat pertama yang ertinya kiamat.

Surah ini memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih.

Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.

Rasulullah SAW bersabda lagi : Ajarkanlah surah Al Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan (Hadis riwayat Ibnu Ady)

 
KHASIAT SURAH AL WAQIAH

Di dalam surah Al Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain :
  1. Mereka yang membacanya sebagai wirid. InsyaAllah akan memperolehi kesenangan selama-lamanya.
  2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka ia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas solat Asar, InsyaAllah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
  4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  5. Menjadikan orang kaya yang bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3X selepas Solat Subuh dan 3X selepas Solat Isyak. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang hartawan lagi dermawan.
  6. Surah Al Waqiah ini jika ditulis dan dipakaikan atau dibaca di sisi orang yang hendak bersalin. Insya Allah akan dapat melahirkan dengan mudah.
  7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah surah Al Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan surah Al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati niat untuk jaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al Waqiah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh) yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

Insya Allah jika kita mengamalkan surah ini seperti yang diberitahu di dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezeki yang banyak, supaya dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan serta memperbanyakkan lagi amal jariah. Sesungguhnya rezeki yang kita peroleh sebagai 'jambatan' untuk kita agih agihkan kepada mereka yang memerlukan. 

Marilah kita sama sama memperbanyakkan amal jariah untuk bekalan saham akhirat kelak. Semoga Allah SWT memurahkan rezeki dan memperkenankan doa doa kita semua.

Wallahualam.

credit to : shafiqolbu.wordpress.com


Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.