Shaklee SR Vita C Plus : Penantian selama setahun lebih berakhir

Berita @ SMS gembira semalam yang diterima " SR Vita C is now available" makanya fenomena mengerumuni HQ Shaklee dan branch pun bermula. Kawan saya tunggu dari jam 9 pagi di Shaklee dan hanya sampai rumah menjelang Maghrib semata mata SR Vita C ini. Apa yang best sangat dengan SR Vita C nih? Meh kita check it out..
 
"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi (sustained release - SR) Vitamin C ini adalah direka oleh Shaklee" Eksklusif! Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vit C Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Ia juga mempunyai bioflavonoid yang juga dikenali sebagai Vitamin C kompleks. Ia mampu untuk meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
 
 Antara manfaat utama :
  • Merangsang pembentukan kolagen - Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot jadi lembik.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun badan - Mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta asma, juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  • Memerangi kanser - Ia adalah satu satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel sel kanser.
  • Mencantikkan kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen yang menyebabkan kejadian jeragat.
  • Memperbaiki insomnia serta masalah stres yang berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolesterol sihat - Mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah serta menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah dan skurvi.
 
Banyak kan kebaikan dan manfaat Vitamin C nih untuk badan kita? Kalau nak telan atau makan buah oren 8 biji memang tak mampu kan? CaptVitamin ada ready stok yang harga sangat berbaloi dan mampu milik untuk semua orang.. Jom kita elak kena selsema batuk demam dengan ikhtiar semulajadi dengan Shaklee SR Vita C Plus.
 
 
Hubungi kami segera
SMS/Call (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +6011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Nak kurus cepat? Minum air lemon sebaik bangun dari tidur setiap hari.


Kurus cepat dengan minum air lemon? Betul ke? Kalau tak percaya cuba try test tengok.Anda mungkin dapat merasakan peningkatan positif dari segi mood dan kesihatan keseluruhan hanya selepas 3 hari mencubanya. Amalkan selama 30 hari dengan konsisten dan beritahu kami di CaptVitamin, pendapat anda.

Bagaimana nak buat? Senang sahaja, ambil separuh lemon.Perah dalam air suam dan minum dengan perut kosong sebaik bangun dari tidur. Tunggu 15 minit sebelum ambil sarapan. 

Baca seterusnya untuk mengetahui khasiat lemon.




1. Membantu sistem imun: Lemon kaya dengan antioksidan vitamin C , yang diketahui  peranannya dalam menyokong sistem pertahanan badan. Asid askorbik (vitamin C ) yang terdapat dalam lemon mempunyai ciri anti –radang  dan digunakan sebagai bahan sokongan tambahan untuk rawatan asma dan simptom masalah pernafasan yang lain. Lemon juga mengandungi saponin , yang menunjukkan ciri-ciri antimikrob yang boleh membantu menghindari selsema (flu). Asid askorbik yangterkandung dalam lemon juga  meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan; besi memainkan peranan penting dalam sistem imun.
2. Mengalkali pH badan: Walaupun lemon pada dasarnya mengandungi asid, tetapi apabila diproses dalam badan manusia hasilnya (by product) adalah dalam keadaan beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik , asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah (pH optimal darah ialah : 7.35 - 7.45). Darah yang berpH rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.
3. Membantu pencernaan dan membuang toksin: Flavonoids Citrus dipercayai  merangsang fungsi hati dan membersihkan hati, jus lemon diketahui secara tradisi di seluruh dunia menyokong pencernaan asid hidroklorik di dalam perut lagi membantu penghadaman. Vitamin C yang hadir juga  dikaitkan dengan pengurangan risiko ulser peptik disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori .
4. Kulit yang sihat dan cantik: Vitamin C dan antioksidan lain dalam lemon menangani kerosakan dari radikal bebas (kedutan, jeragat, tanda penuaan) terutama yang disebabkan oleh pendedahan kepada UV dan toksin yang hadir dalam alam persekitaran. Selain itu, oleh sebab lemon merangsang funsi hati, jadi ia membantu membersihkan toksin dari darah justeru secara langsung menyebabkab kulit menjadi bersih dan bebas jeragat..
5. Membantu anda mengurangkan berat badan : Lemon mengandungi fiber pectin yang membantu mengawal selera makan.
 

Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Panduan Pemakanan untuk turunkan berat badan

Untuk menurunkan berat badan, perkara paling utama yang kena jaga adalah pengambilan kalori seharian. Tanpa kawalan kalori, bawak lah ubat kurus dari langit sekalipun makanya usaha untuk kurus adalah sia sia.  Di sini suka saya nak kongsikan contoh diet harian yang boleh membantu anda kurus dengan lebih cepat dan berkesan.

Jom kita re check, sama ke tak meal harian kita seperti yang di bawah..

Sarapan pagi 
Didahulukan dengan minum segelas air suam/perahan air lemon tanpa gula 
Air milo/horlicks 
Roti bakar 2 keping
Telur separuh masak 2 biji


Minum pagi
Epal atau pear sebiji / biskut tanpa lemak 3 keping
Air kosong
 
Makan tengah hari
Segelas air suam 
Nasi putih separuh
Ikan bakar/ikan singgang,dan lain-lain
Ulam-ulaman/sup sayur 
Buah-buahan

Minum petang 
Segelas air suam 
Secawan teh kurang gula 
Biskut rendah lemak 2 keping 
Buah-buahan

Makan malam(sekitar jam 6.30 - 7.30 malam) 
Nasi putih separuh / MeeHoon sup separuh mangkuk 
Ikan stim,ikan bakar atau menu lain 
Sup sayur/tomyamBuah-buahan
**kalau boleh jangan ambil nasi untuk makan malam, cukup sekadar lauk dan banyakkan sayuran

Sekiranya anda pengamal set kurus Shaklee, tidak kira lah bajet atau optimum.. saya sarankan ikutlah panduan pemakanan di atas berserta senaman yang regular.. 30 minit 3 kali seminggu sangat sesuai untuk mempercepatkan proses turun berat badan dan jangan lupa 3 liter air kosong setiap hari.. 

Kalau tiada masa 30 minit untuk exercise, mungkin boleh cuba kaedah senaman 4 minit ini yang terbukti lagi cepat untuk bakar kalori..

Jom kita sama sama jalani gaya hidup sihat..

Hubungi kami segera
SMS/Call (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +6011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Set Kurus Optimum Shaklee:Berat turun tanpa kawal makan

Alhamdulillah, dapat WhatsApp dari customer Set Kurus Optimum yang baru amalkan set ini selama lebih kurang 3 minggu. Customer nih baru bersalin anak kedua lebih kurang 5 bulan. Lepas melahirkan, berat kembali ke asal tambahan bulan puasa, jadi lebih mudah proses penurunan berat badan berlaku. Namun selepas Syawal, berdiri atas penimbang terus tak sanggup nak tengok jarum.. paham paham jek la maksudnya kan? hehehe

Pengakuan beliau sendiri, beliau cukup susah nak kawal makan disebabkan bayi lelakinya yang sangat kuat menyusu. Memang tak dinafikan ibu menyusu (tambah tambah baby boy) memang sentiasa lapar, bila nafsu makan susah nak kawal maka berat mudah naik. Nasib baik customer nih cepat sedar dan terus order Set Kurus Optimum Shaklee nih laju laju.



Untungnya beli dengan CaptVitamin nih ialah konsultasi percuma 24jam (chewahh.. kecuali tokey tido.. hehe). Time pass Set Kurus Optimum nih memang saya dah pesan dan bagitau cara makan yang betul dan sekian sekian dos.. Alhamdulillah customer tak cerewet dan 'dengar kata'.. cara pengambilan yang betul beserta pengambilan air kosong melebihi 3 liter setiap hari dapat kurangkan sekilo walaupun tanpa exercise (exercise dengan cara setiap hari menjaga 2 hero lasaknya sahaja) dan tanpa kawal makan.. menarik kan? 

Mungkin ada yang berkata.. hah?? sekilo jek? saya nak turunkan berat 10kilo sebulan, ini sekilo 3 minggu, tak boleh tunggu selama itu.. nanti dulu yekkk.. Set Kurus Optimum Shaklee nih, walaupun namanya optimum tapi tak menjanjikan penurunan berat mendadak.. nak tau lebih lanjut boleh baca DI SINI mengapa penurunan berat badan mendadak tidak boleh berlaku. Sekiranya ingin penurunan yang cepat, kawal makan, senaman yang sesuai contoh seperti INI berserta Set Kurus Optimum Shaklee ini, InsyaAllah usaha anda untuk mengurangkan berat badan tidak akan sia sia. Malah penurunan lebih stabil dan bukan seperti diet yo-yo.

Apakah produk yang terdapat dalam Set Kurus Optimum Shaklee ini? Meh kita tengok :

Set Kurus Optimum Shaklee

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut konsep penurunan berat dengan set ini, jangan malu jangan segan untuk kontek pihak CaptVitamin, jangan risau.. tanya tanya pun boleh.. bukan suruh beli.. kita cerita masalah dulu, kita cari punca, kita cuba selesaikan, InsyaAllah.. kalau niat baik untuk menjaga kesihatan supaya tak menyusahkan diri kita sendiri dan orang lain di kemudian hari saya yakin ANDA PASTI BOLEH! Saya yakin! Saya akan guide anda bermula dengan cara pengambilan vitamin, cara kawal kalori setiap hari dan info berkaitan senaman yang bersesuaian.. pasti berat idaman anda dapat dicapai.. chaiyok chaiyok..

Hubungi kami segera
SMS/Call (Doha) + 974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +6 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Cabaran Bisnes Shaklee : Rahsia Kekal Positif

Semua perniagaan mahupun pekerjaan ada cabarannya tersendiri. Bisnes Shaklee juga begitu. Tetapi usah kita merungut dan berputus asa dalam menghadapi cabaran dan dugaan itu. Sentiasa positif dan pandang ke hadapan. Bagaimana caranya untuk kekal positif dan terus bermotivasi untuk menjalankan bisnes Shaklee ini? 

Baca seterusnya di bawah ini saya ada kisah peribadi dan pengajaran untuk dikongsikan dengan anda:



Sebenarnya rahsia untuk kekal positif ialah sentiasa bersyukur kepada Allah. Mungkin ianya lebih mudah untuk dikatakan dari dilakukan kerana semestinya kita hanya insan yang lemah dan mudah terbawa-bawa atau terpengaruh dengan keadaan. Tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak memperbaiki diri. Jadikan amalan apabila dilanda kesusahan atau jika segalanya serba tak menjadi contohnya hari closing Shaklee, dah ambil nombor queue 3-4 jam tiba giliran kita system down. Menyirap? Terbakar? Nak Karate?....Sabar, ucaplah Alhamdulillah dan senyum. Kenapa?

Yakinilah rezeki itu dari Allah. Dan di saat diduga itulah Allah beri kita peluang mudah untuk dapat pahala. Ganjaran yang akan dibawa ke alam yang kekal, mahu tak? Jadi biasakan, tiap kali berhadapan dengan rejection, kutukan, barang tak sampai, stok habis, printer resit branch Shaklee rosak lepas tunggu tiga jam (kisah benar) dan sebagainya, ucaplah Alhamdulillah dan senyum. InsyaAllah rasa terbakor atau nak bakor tuh sejuk sikit. setan pon frust, depa dah ready dah untuk 'siram minyak' & jadi cheer leader "Maki dia! Taruh lagi!" tup tup...Alhamdulillah.......Sentot setan di situ

Percayalah, jika Allah uji kita dan kita bersabar nescaya Allah akan berikan lebih lagi mungkin dalam bentuk lain. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. Mungkin dengan kehilangan satu sale sebab rejection kita jadi lebih kreatif dalam bisnes Shaklee kita? Mungkin dengan tak dapat beli dari HQ yang stok memang banyak dah habis, kawan kita dapat tolong belikan dekat branch lain yang SEMUA stok ada lagi (kisah benar lagi)?

Jadi kesimpulannya sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan. Jangan anggap bersyukur itu adalah berpuas hati jadi tak perlu berusaha dan bermalas-malasan. Itu bukan berSYUKUR namanya itu berKUBUR. Syukur itu ialah menghargai apa yang diberi Allah, badan yang masih sihat digunakan kesihatan untuk bekerja keras. Masa yang ada digunakan masa itu untuk usaha yang berfaedah. Jadi kalau ada masa tapi malas nak update blog, malas nak promosi produk, malas nak kembangkan bisnes Shaklee kita, adakah itu bersyukur?

Semoga kita jadi insan yang lebih baik di hari-hari seterusnya berbanding hari semalam. InsyaAllah. Di kongsikan di sini satu syarahan yang bagus tentang syukur oleh ustaz Nouman Ali Khan.



Berminat sertai bisnes Shaklee dengan kami? Jangan tersilap pilih kumpulan untuk jadi ahli Shaklee 

Jom serius untuk berbisnes Shaklee dan bantu suami top up pendapatan isi rumah. InsyaAlla.

Hubungi kami segera
SMS (Doha) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +6011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com | hasliana.mdsaad@gmail.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Ada apa dengan TABATA?



Senaman kardiovaskular (kardio) adalah senaman popular yang biasa diamalkan terutamanya untuk meningkatkan stamina dan merangsang penyingkiran lemak . Terdapat pelbagai jenis senaman kardio yang boleh dilakukan antaranya berjogging, berbasikal (semakin popular sekarang), skipping dan sebagainya. Semua senaman tersebutbut lazimnya dilakukan dengan intensiti yang rendah atau sederhana (tidak memaksa keupayaan maksima).



Apa itu TABATA? (Bukan Alif Ba Ta)

 Tabata adalah satu program senaman yang mampu memberikan manfaat kesihatan  yang sama dengan senaman kardio. Tapi yang AMAT MENARIK mengenai TABATA ialah ianya hanya mengambil masa selama 4 minit. YA! HANYA 4 MINIT….Wowww! Dan yang lebih wow lagi ialah ia terbukti membakar lebih banyak kalori SELEPAS anda selesai melakukannya. Sila baca ini untuk memahami bagaimana ia berlaku.

TABATA dipelopori oleh seorang saintis Jepun bernama Izumi Tabata (Izumi Naruto yer) dan sekumpulan penyelidik. Mereka membuat kajian ke atas 2 kumpulan atlit yang mana satu kumpulan melakukan senaman kardio berintensiti sederhana (70% intensity) 5 hari seminggu selama 6 minggu dengan setiap sesi senaman berlangsung selama sejam.

Satu lagi kumpulan melakukan senaman berintensiti tinggi 4 hari seminngu selama 6 minggu juga dengan setiap sesi hanya 4 minit.

Keputusan dari pemerhatian tersebut mendapati senaman singkat berintensiti tinggi menunjukkan peningkatan yang nyata lebih baik bagi kapasiti aeorobik dan anaerobik badan atlit sekaligus meningkatkan metabolisme dan kecergasan menyeluruh.

Macam-macam senaman yang boleh digunapakai dalam TABATA ini. Sebagai contoh burpee, tekan-tubi, sit-up dan lain-lain. Tapi prinsip asas yang perlu diikut adalah seperti berikut:


  • ·         Masa untuk keseluruhan sesi haruslah 4 minit.

  • ·         20 saat senaman berintensiti tinggi.

  • ·         10 saat rehat

  • ·         Jumlah sesi/pusingan adalah 8 (boleh tukar-tukar jenis latihan atau ulang)


Kalau tak ikut garis panduan di atas maka tak jadi TABATA, jadinya TABELASAH.

Selamat mencuba…dan oh ya, pemakanan juga amat penting kalau nak cepat langsing atau mantap. Boleh cuba ambil Lecithin untuk menggalakan penyingkiran lemak degil itu atau Cinch Shake untuk memelihara otot (rahsia nak mudah bakar kalori, banyakkan otot) supaya bukan otot yang berkurang tapi lemak yang dibakar sebagai sumber tenaga.
 


Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.