Ada apa dengan TABATA?
Senaman kardiovaskular (kardio) adalah senaman popular yang biasa diamalkan terutamanya untuk meningkatkan stamina dan merangsang penyingkiran lemak . Terdapat pelbagai jenis senaman kardio yang boleh dilakukan antaranya berjogging, berbasikal (semakin popular sekarang), skipping dan sebagainya. Semua senaman tersebutbut lazimnya dilakukan dengan intensiti yang rendah atau sederhana (tidak memaksa keupayaan maksima).
Apa itu TABATA? (Bukan Alif Ba Ta)
TABATA dipelopori oleh seorang saintis Jepun bernama Izumi Tabata (Izumi Naruto yer) dan sekumpulan penyelidik. Mereka membuat kajian ke atas 2 kumpulan atlit yang mana satu kumpulan melakukan senaman kardio berintensiti sederhana (70% intensity) 5 hari seminggu selama 6 minggu dengan setiap sesi senaman berlangsung selama sejam.
Satu lagi kumpulan melakukan senaman berintensiti tinggi 4 hari seminngu selama 6 minggu juga dengan setiap sesi hanya 4 minit.
Keputusan dari pemerhatian tersebut mendapati senaman singkat berintensiti tinggi menunjukkan peningkatan yang nyata lebih baik bagi kapasiti aeorobik dan anaerobik badan atlit sekaligus meningkatkan metabolisme dan kecergasan menyeluruh.
Macam-macam senaman yang boleh digunapakai dalam TABATA ini. Sebagai contoh burpee, tekan-tubi, sit-up dan lain-lain. Tapi prinsip asas yang perlu diikut adalah seperti berikut:
- · Masa untuk keseluruhan sesi haruslah 4 minit.
- · 20 saat senaman berintensiti tinggi.
- · 10 saat rehat
- · Jumlah sesi/pusingan adalah 8 (boleh tukar-tukar jenis latihan atau ulang)
Kalau tak ikut garis panduan di atas maka tak jadi TABATA, jadinya TABELASAH.
Selamat mencuba…dan oh ya, pemakanan juga amat penting kalau nak cepat langsing atau mantap. Boleh cuba ambil Lecithin untuk menggalakan penyingkiran lemak degil itu atau Cinch Shake untuk memelihara otot (rahsia nak mudah bakar kalori, banyakkan otot) supaya bukan otot yang berkurang tapi lemak yang dibakar sebagai sumber tenaga.
Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
0 comments: