Set Asas Shaklee : Bantu kesihatan dari amat baik kepada cemerlang

"Saya tak sakit, saya sihat.. perlu ke untuk ambil supplemen?" Hmmm, macam mana tuh? Bagaimana ukuran tahap kesihatan setiap orang? Adakah dengan merasai sendiri sihat, tidak demam, tiada diabetes, tiada masalah tekanan darah tinggi, tidak obes sudah dikira sebagai SIHAT? Atau.. perlu ke klinik dan membuat ujian kesihatan keseluruhan dan seterusnya membuat ujian tahap kolesterol dalam badan dan sebagainya. Bagi saya, lebih tepat perlu ke klinik untuk ujian, bukan sekadar 'diri sendiri rasa sihat'. Itu tidak memadai. Ramai kes yang berlaku kebelakangan ini, tidak obes, tidak merokok, menjalankan gaya hidup sihat seperti bersenam 3 kali seminggu, tiada sebarang penyakit tiba tiba diserang strok, tiba tiba terkena serangan jantung.


Apabila mencapai satu peringkat umur, adalah lebih baik sekiranya kita melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Sekiranya tidak sakit dan disahkan sihat sepenuhnya oleh doktor adakah tidak perlu untuk mengambil supplemen? Hmmm.. tepuk dada tanya selera. Saya juga tidak terkecuali. Di sahkan sihat dan semua ujian tahap kesihatan berada dalam keadaan baik namun tetap menelan berbiji biji vitamin Shaklee setiap hari. Kenapa? Sebabnya :

  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar setiap hari. Asap rokok dari orang yang merokok, asap kenderaan, air minuman yang digunakan setiap hari, semua itu adalah tercemar. Udara yang disedut tercemar. Air yang diminum juga tak pasti pemprosesannya.
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah nutrien. Contoh : macam saya yang tinggal di negara timur tengah. Kebanyakan penduduk di sini seboleh boleh ingin mengelak dari cahaya matahari yang mana kita tahu sumber Vitamin D dari cahaya matahari, maka kita perlu ambil supplemen tambahan untuk menampung kekurangan Vitamin D dalam badan.
  • Buah buahan dan sayur sayuran yang terjejas atau tercemar dari racun perosak dan sebagainya. 
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Tidak bersenam. Tidak mengambil makanan mengikut kalori yang sepatutnya.
  • Bagi rakyat Malaysia sendiri, kebanyakan mengambil makanan mengikut rasa bukan zat makanan tersebut. 
  • Kehilangan nutrien dalam makanan semasa tempoh penyediaan juga menyebabkan kita perlu untuk mengambil supplemen.
Jadi, untuk menampung kekurangan kekurangan di atas, anda dinasihatkan sekurang kurangnya untuk mengamalkan Set Asas Shaklee. Perlu di ingat, vitamin bukan untuk orang sakit. Orang sakit perlu cari doktor dan dapatkan ubat. Tapi vitamin untuk mereka yang sihat untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Set Asas Shaklee ini sesuai diamalkan oleh seisi keluarga kerana ia dapat memberikan nutrien yang berkhasiat untuk sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga. Antara kebaikannya ialah :
  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh.
  • Membantu anda rasa lebih bertenaga.
  • Menguatkan sistem imun anda.
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.
Set Asas Shaklee ini terdiri daripada gabungan Vitalea Iron Formula, BComplex, SR Vita C dan ESP. Penggunaan untuk seisi keluarga (sesuai untuk remaja 13 tahun ke atas) ini boleh bertahan sehingga 2-3 bulan. Sangat berbaloi dan mampu milik untuk semua.

Set Asas Shaklee ini di kategorikan sebagai keperluan vitamin wajib ada di rumah anda. Beli dengan CaptVitamin untuk konsultasi percuma 24 jam.


Hubungi kami segera
SMS/Call/Whatsapp (Doha) 974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 6011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Shaklee Vivix : Lebih banyak masa berkualiti dengan anak anak

Dalam blog, saya lebih suka bercerita tentang pengalaman sendiri dalam menggunakan Shaklee, bukan berat sebelah sebab saya jual Shaklee, tapi sebab saya sekeluarga dah merasa sendiri kebaikan serta kebagusan produk Shaklee, so I'm more than happy untuk share dengan semua orang tentang manfaat Shaklee nih. Kalau saya simpan seorang, rugi lah kan? 

Antara satu lagi produk yang memang saya cuba untuk diri sendiri dan beri suami ialah Shaklee Vivix. Tonik ajaib yang terdiri dari anggur terbaik di dunia iaitu anggur muscadine, karot ungu, elderberry dan polygonum cuspidatum. Keempat empat ramuan memang terkenal dalam membantu, menjaga, memelihara kesihatan jantung, otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap selular, kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan. Memang banyak sangat kebaikan Shaklee Vivix.


Untuk suami yang susah nak ambil banyak banyak vitamin, memang Shaklee Vivix ini sangat sesuai. Satu sudu teh sebelum tidur sudah memadai. Suami memang senang sakit. Kalau masuk ofis, ada yang sakit.. esok pagi balik rumah gerenti dia pun kena. Susah kan nak elak benda macam tuh, susah kita nak avoid orang yang sakit tambah tambah kat ofis. Salah satu caranya memang kita sendiri kena ada 'protection'. Tambah tambah suami bekerja shif. Shif 6am-6pm bergilir dengan 6pm-6am, badan memang cepat lesu dan tak bermaya. 

Saya beri Shaklee Vivix pada suami lebih kurang 6 bulan lepas. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, dah kurang demamnya, kalau dulu setiap kali demam memang kronik, tak boleh bangun dan memang teruk sangatlah nampak keadaannya. Tapi sekarang jarang jarang nak kena, sinus pun jarang menyinggah, sistem imun badan makin meningkat, dan rasa lebih bertenaga. 

Sekarang nih bila kurang sakit, masa dengan family, main main dengan anak anak lebih banyak, yg paling best, walaupun keje malam, balik tido sekejap dalam 4-5 jam tapi betul betul deep sleep, so bangun dengan sangat fresh, tak perlu tidur berkali kali siang tuh tapi still tak puas puas, Shaklee Vivix bantu suami spend lebih banyak quality time with anak anak yang susah nak dapat especially bila kena kerja direct tanpa off days.

Untuk isteri isteri yang sayang kan suami anda, apa kata cuba Shaklee Vivix nih, banyak sangat khasiatnya. Tonik ajaib dari Shaklee ini bukan sebarang tonik. Melalui ujian klinikal dan terbukti berkesan.

Kalau order waktu promo November nih memang berbaloi sangat. BELI 6 botol PERCUMA sebotol. Harga memang mampu milik. Boleh share atau hadiahkan pada mak ayah.




Hubungi kami segera
SMS/Call/ WhatsApp (Doha) +974 33014039  
WhatsApp (Malaysia & Doha) +6011 2526 6427  
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Shaklee Meal Shakes : Hilangkan asma Hafiy Mirza

Saya masih ingat lagi sewaktu umur Hafiy Mirza dalam lingkungan 2-4 tahun, boleh di katakan setiap bulan saya berulang ke hospital sebab dia kerap sakit, mula dengan selsema batuk membawa ke demam, yang paling tak tahan bila setiap kali kena memang terpaksa on nebulizer, mesti kena attack, kesian sangat. Jam 1,2 pagi maka berbondon lah kami 3 beranak ke ER Sunway Med Ctr tuh, sampai dah kenal sgt dgn staff kat situ.. Dah tu bkn sekali, kena ulang pegi 3,4 kali sampai clear. Memang sabar banyak banyak jek la time tuh.

Sehinggalah saya kenal dengan Shaklee lepas bersalinkan baby no 2, banyak saya baca testimonial testimonial kat internet berkaitan Meal Shakes Shaklee yang banyak bantu kanak kanak untuk naikkan selera makan seterusnya memperbaiki asma dan eczema. Time tuh memang dah jatuh cinta habis dengan Shaklee, makanya, semua benda nak try. Meal Shakes dan Omegaguard memang jadi pilihan untuk kesihatan menyeluruh budak budak nih.


Alhamdulillah, lepas amalkan vitamin vitamin tersebut.. dengan izin Allah, jarang sangat Hafiy Mirza nak jangkit demam selsema dari orang lain. Kalau kat sekolah, ada yang sakit pun, dia tak kena.. Boleh kata yang paling kuat dan strong lah.. kalau kata nak kena pun, demam dalam 2 hari, lepas tuh hilang! Tak ada selsema atau batuk nak singgah.  Memang syukur sangat sangat, dan seingat saya, dah setahun lebih saya tak suapkan dia paracetamol, promathezine dan clarinase. Kalau ada simptom simptom nak selsema demam batuk, cepat cepat saya bagi dia immune booster semulajadi iaitu Nutriferon dan Chewable Vit C untuk pencegahan. Untuk harian biasa cukup MealShakes & Omegaguard. Omegaguard pun saya cuma beri 3 kali seminggu.

Sekarang nih dalam rumah, abang long Hafiy Mirza yang paling strong, anak bujang yang sayang kat mama dia sangat. Kalau abah shift malam, dia la yang paling sibuk check pintu rumah dah kunci ke belum dengan tutup lampu semua sebelum semua.

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang terbaik untuk anak anak syurga mama. Susah hati sangat kalau sakit sakit, kesian, tak boleh tidur, hingus meleleh leleh. Mama memang pantang la, mesti nak bagi cepat cepat baik. Alhamdulillah jumpa vitamin semulajadi Shaklee yang membantu memperbaiki taraf kesihatan kami sekeluarga.

Kalau anda nak rasa kebaikan macam apa yang saya dan keluarga dah rasakan? Jangan tangguh lagi.

If You Think It's Expensive to STAY HEALTHY, Try SICKNESS.. masa tu dah terlambat.. baik cegah dari berubat..

Hubungi kami segera
Call/SMS/WhatsApp (Qatar) +974 33014039
WhatsApp (Malaysia & Qatar) +6011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com


* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


0 comments:

Tips didik anak mudah solat dan menghafal surah

anak soleh mama abah
Hafiy Mirza Al Hafiz bin Hairul.. Bujang sulung saya dan suami yang dah berusia 6 tahun September lepas. 'Bird' juga sudah setel di 'cut' pada Ogos lepas. Alhamdulillah. Perkara yang paling cemas dalam hidup seorang ibu ialah men'sunat'kan anak bujang. Saya telah melepasi fasa itu setakat ini (mungkin ada lagi pada masa hadapan ;-) InsyaAllah). Dah boleh satu saf dengan orang dewasa di masjid dan surau. Untuk menunaikan umrah jugak lebih yakin selepas ini.

Mendidik Hafiy Mirza Al Hafiz ini dari bayi sehingga sekarang bagi saya cukup mudah. Tak banyak ragam, jarang tantrum dan mendengar kata. Baby boy mama sampai sekarang. Jadi usaha untuk mendidik dia bersolat juga menjadi mudah. Abah yang banyak memainkan peranan dalam usaha menghafal bacaan dalam solat serta menghafal surah surah lazim. Mama ajar Iqra'. hehehe..



Alhamdulillah, terang hatinya. Mudah menghafal dan rajin baca Iqra'. Kalau mama terlupa, dia yang ingatkan. Setiap kali lepas solat berjemaah dia sendiri yang cakap nak hafal surah kat abah. Lepas dah baca kat abah pasti dia nak 'show off ' hafal kat mama pulak. Memang dia bangga sangat kalau mama puji dia pandai hafal. Apa yang kami suami isteri buat untuk ajak dia rajin solat ialah :

Amalkan solat berjemaah di rumah - dan Hafiy Mirza of course akan iqamat dengan pelat pelat tuh... haihh comel sangat. Semua ada sejadah sendiri mengikut saiz. Hayfa Medina sejadah kecik. Makcik tuh sangat la cute, setiap kali tomakninah akan angkat tangan berdoa. Cayalah kakak, adik yang kecik sekali Hajna Mezayra pun letak dlm Bumbo seat tengok semua solat. Beria dia gelak ngekek-ngekek, apa yang dia happy kan sangat pun konpius. Solat pun kat ruang tamu, senang. Secara terang terangan. hehehe

Bawa ke masjid - Abah selalu bawa anak bujang gi masjid berjemaah. Kalau dia terbangun awal, abah bawak ke masjid untuk Subuh berjemaah. Tak banyak songeh. Ikut jekk.. Good boy.

Kelengkapan solat - sejadah semua ada masing masing punya. yang si kakak 2 tahun pun dah tau dia punya, kalau orang lain ambik die marah. hehehe. Abang memang tak banyak songeh. Senang.

Syukur sangat sangat dengan anak anak syurga kami. Semoga menjadi anak anak soleh solehah yang menghafal dan memahami Al Quran. Itu jek doa mama abah. Semoga mama dan abah juga istiqomah dan sentiasa memperbaiki amalan untuk mendidik anak anak soleh solehah ini.

Mama juga selalu amalkan doa ini  setiap kali lepas solat :

"Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakan lah kepada kami anak anak dan zuriat yang sentiasa memberatkan solat dan bukan yang meringankannya. Kurniakan lah kami anak anak yang soleh dan solehah, yang menghafal dan memahami Al Quran, yang terang hatinya, yang cemerlang dunia akhirat serta yang lembut hatinya. Amin Ya RobbalAmin"

Jom kita amalkan sama sama momma momma semua. Semoga beroleh keberkatan.

boleh buat list macam nih, bila kita banyak tick nanti anak lebih excited nak hafal ;-)
 

Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

ESP Shaklee : Punca mata tak mengantuk lagi

Sejak amalkan Shaklee, saya suka try and error, test pada diri sendiri.. Di sebabkan stok di Doha ini agak terhad, kadang kadang saya terpaksa 'berkorban' untuk skip beberapa vitamin apabila melihat rak Shaklee mulai susut. Antara perkara yang paling merisaukan saya sekarang ini ialah apabila memandang kepada rak vitamin Shaklee saya dan botol botol di situ mula berkurangan. 

Bulan lepas, stok ESP Shaklee agak susut. Canister yang saya telah buka untuk ambil setiap hari juga semakin menyusut, di sebabkan terlampau sayang pada pelanggan pelanggan setia ESP maka saya berkorban untuk tidak mengambil ESP shake sebelum tidur. Saya hanya mengambil ESP Shaklee sebelum breakfast itu dengan kuantiti yang sedikit.

 

Bila bangun pagi saya rasa pelik, kenapa la mata aku nih mengantuk sangat, badan rasa tak segar, malas nak tinggalkan tempat tidur. Apa vitamin yang aku tinggal nih? Selama seminggu saya jadi macam tuh. Konon konon tak ambil sebelum tidur sebab takut gemuk jugak. Yer lah ESP pun ada calories, minum terus tidur mungkin mengundang padah pada jarum penimbang berat. Hehehe.

Bila sampai stok ESP Shaklee yang baru ke Doha, saya continue semula ambil ESP sebelum tidur (tanpa mempedulikan bab calories, hihihi.. lepas nih kena jogging laju laju). Surprisingly, esok pagi dengan izin Allah saya bangun jam 4.30 pagi tanpa rasa lesu, tanpa rasa letih, tanpa rasa malas.. Alhamdulillah.. Ooooo ini puncanya.. penyebab badan saya sihat bertenaga tak mengantuk tak letih.. So, no more tinggal tinggal ESP nih.. WAJIB DISIPLIN dengan ESP.. dengan segala hal rumahtangga nak kena urus sendiri termasuk bisnes Shaklee yang empayar nya semakin luas.. Saya memang tak boleh sakit, tak boleh letih, tak boleh malas.. Memang wajib jadi supermak, supermama, superbisneswoman. Semoga Allah membantu saya.

Sangat sesuai untuk ibu mengandung, dalam pantang, dan menyusukan bayi. Membuatkan susu lebih pekat dan bayi lebih kenyang serta bonus kulit tulus mulus buat bayi dan ibu. Banyak sangat manfaat ESP nih. Rugi tau tak try.

Nak tau lebih berkaitan ESP? Meh baca kat sini kebaikan ESP Shaklee. 

Jom cuba untuk badan kembali bertenaga dan energetic 24 jam sehari.

Hubungi kami segera
SMS/Call (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427/974 3301 4039
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Cinch Shake Mix : Bantu jarum penimbang bergerak ke kiri

Menghilangkan berat badan boleh menjadi sukar walaupun ianya nampak mudah. Shaklee mengakui hal ini dan kerana itulah menjadikan pengalaman 50 tahun dalam bidang nutrisi untuk menjadikannya lebih mudah dan selamat dengan Cinch Shake Mix.

Cinch Shake Mix dirumus khas untuk membantu anda memecahkan kitaran diet, jadi anda boleh :
  • PELIHARA OTOT YANG ANDA ADA
  • BAKAR LEMAK YANG ANDA TIDAK PERLU
  • HILANGKAN INCI YANG ANDA TIDAK MAHU



Antara faedah utama Cinch Shake Mix :
  • Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut.
  • Indeks glisemik rendah iaitu 22 - sangat sesuai untuk penghidap diabetes.
  • Campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan leucine.
  • Leucine juga bertindak memelihara otot semasa menurunkan berat badan.
  • 24 gram protein dalam setiap hidangan untuk berasa kenyang dan puas.
  • Tinggi kandungan serat - 6gm untuk setiap hidangan.
  • Rendah glisemik untuk kekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perasa, warna dan pemanis tiruan
InsyaAllah, dengan senaman yang berkala, pengambilan hidangan harian yang mengikut kalori yang sesuai serta pengambilan air kosong 3 liter sehari, anda pasti boleh mendapatkan berat dan saiz badan idaman dengan bantuan dari Cinch Shake Mix.

Jangan tunggu lagi. Pesan dengan CaptVitamin segera.
 
 
Hubungi kami segera
SMS/Call (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427 / 974 3301 4039
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Rugi kalau tak jadi ahli di saat 'tsunami' Shaklee melanda

Apa yang saya boleh katakan ialah.. Kalau anda tak jadi ahli Shaklee SEKARANG anda rugi besar.. KENAPA? sebab sekarang Shaklee adalah fenomene, Shaklee sedang menghadapi tsunami yang amat dasyat sekali.. Kawan saya yang daftar menjadi ahli Shaklee 4 bulan lepas pun mengakui yang fenomena ini berlaku sejak 2 bulan lepas. Dia yang tinggal di Klang seringkali ke Shaklee HQ di Empire Shopping Gallery Subang untuk dapatkan stok. Berbeza sekali dengan 3 bulan lepas katanya. "Kalau aku sampai jam 9.30pagi (Shaklee buka jam 10pagi).. dah berderet orang beratur dan nombor aku yang ke 30". Boleh anda bayangkan? Dah macam suasana nak check up kencing manis darah tinggi di Klinik Kesihatan. hehehehe.. Tapi saya suka kawan saya nih, dia sangat positif.. "Tapi aku suka join kemeriahan nih, lebih bersemangat" hehehe... Positive vibes.. weahooooo..

Perkara di atas adalah sebab utama kenapa anda kena jadi ahli Shaklee SEKARANG. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mempromosi produk beria ria tentang kebaikan dan keberkesanan Shaklee sebab dengan suasana di branch HQ orang sudah boleh lihat bagaimana produk ini berkesan. Let the product speak itself. Sampai ada staff syarikat lain yang bekerja di bangunan yang sama kehairanan. Mereka ingat yang ramai ramai datang menyerbu Shaklee adalah untuk redeem hadiah (macam gores dan menang). hehehehe.. Shaklee tidak begitu yer dik.. Shaklee memang fokus on product.. Kalau anda daftar jadi ahli Shaklee juga, perkara yang paling utama dititikberatkan adalah berkaitan product knowledge bukan mengejar orang lain untuk jadi ahli semata mata untuk naik pangkat.

Ini lah bagusnya join MLM yang betul. Bukan seperti MLM lain yang tidak tentu hala tuju, tidak pasti apa produknya tapi memaksa ahli untuk mencari 'kaki kaki' di bawah. Dan sudah pasti, memilih kumpulan yang betul juga menjadi keutamaan sekiranya anda berhasrat untuk jadi ahli Shaklee. Ya betul, atas landasan yang sama iaitu produk dari syarikat yang sama, tetapi kumpulan berbeza beza ya. Jangan tertipu dengan janji janji manis mereka yang berlonggok di HQ atau cawangan Shaklee yang memujuk anda menjadi ahli Shaklee tapi sudahnya anda ditinggalkan terkapai-kapai tanpa diajar bagaimana untuk menjalankan bisnes Shaklee.

Kalau anda pemalu, berat mulut, tak banyak kawan, tak pandau bercerita... Adalah sangat di alu alu kan untuk sertai kumpulan kami kerana kumpulan kami akan membimbing anda untuk menjalankan perniagaan Shaklee 100% melalui atas talian menggunakan medium blog, FBAds, twitter dan pelbagai lagi..

Jangan fikir fikir lagi, jom jadi ahli Shaklee bersama CaptVitamin bawah Empayar Infinity kerana saya pasti dengan bermodalkan RM75 Semenanjung/RM85 Sabah Sarawak seumur hidup tanpa perlu simpan stok berkotak kotak, tidak mustahil anda adalah bakal Jutawan Infinity yang akan menerima pendapatan 4,5 dan tidak mustahil 6 angka. 

Kalau anda masih bertangguh.. ada ramai lagi yang akan ambil peluang ini. Tepuk dada tanya hati.. Jangan tunggu lama lama, nanti lama lama, ia di ambil orang..


Hubungi kami segera
SMS/Call (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) +6011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.