Tips didik anak mudah solat dan menghafal surah

anak soleh mama abah
Hafiy Mirza Al Hafiz bin Hairul.. Bujang sulung saya dan suami yang dah berusia 6 tahun September lepas. 'Bird' juga sudah setel di 'cut' pada Ogos lepas. Alhamdulillah. Perkara yang paling cemas dalam hidup seorang ibu ialah men'sunat'kan anak bujang. Saya telah melepasi fasa itu setakat ini (mungkin ada lagi pada masa hadapan ;-) InsyaAllah). Dah boleh satu saf dengan orang dewasa di masjid dan surau. Untuk menunaikan umrah jugak lebih yakin selepas ini.

Mendidik Hafiy Mirza Al Hafiz ini dari bayi sehingga sekarang bagi saya cukup mudah. Tak banyak ragam, jarang tantrum dan mendengar kata. Baby boy mama sampai sekarang. Jadi usaha untuk mendidik dia bersolat juga menjadi mudah. Abah yang banyak memainkan peranan dalam usaha menghafal bacaan dalam solat serta menghafal surah surah lazim. Mama ajar Iqra'. hehehe..



Alhamdulillah, terang hatinya. Mudah menghafal dan rajin baca Iqra'. Kalau mama terlupa, dia yang ingatkan. Setiap kali lepas solat berjemaah dia sendiri yang cakap nak hafal surah kat abah. Lepas dah baca kat abah pasti dia nak 'show off ' hafal kat mama pulak. Memang dia bangga sangat kalau mama puji dia pandai hafal. Apa yang kami suami isteri buat untuk ajak dia rajin solat ialah :

Amalkan solat berjemaah di rumah - dan Hafiy Mirza of course akan iqamat dengan pelat pelat tuh... haihh comel sangat. Semua ada sejadah sendiri mengikut saiz. Hayfa Medina sejadah kecik. Makcik tuh sangat la cute, setiap kali tomakninah akan angkat tangan berdoa. Cayalah kakak, adik yang kecik sekali Hajna Mezayra pun letak dlm Bumbo seat tengok semua solat. Beria dia gelak ngekek-ngekek, apa yang dia happy kan sangat pun konpius. Solat pun kat ruang tamu, senang. Secara terang terangan. hehehe

Bawa ke masjid - Abah selalu bawa anak bujang gi masjid berjemaah. Kalau dia terbangun awal, abah bawak ke masjid untuk Subuh berjemaah. Tak banyak songeh. Ikut jekk.. Good boy.

Kelengkapan solat - sejadah semua ada masing masing punya. yang si kakak 2 tahun pun dah tau dia punya, kalau orang lain ambik die marah. hehehe. Abang memang tak banyak songeh. Senang.

Syukur sangat sangat dengan anak anak syurga kami. Semoga menjadi anak anak soleh solehah yang menghafal dan memahami Al Quran. Itu jek doa mama abah. Semoga mama dan abah juga istiqomah dan sentiasa memperbaiki amalan untuk mendidik anak anak soleh solehah ini.

Mama juga selalu amalkan doa ini  setiap kali lepas solat :

"Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakan lah kepada kami anak anak dan zuriat yang sentiasa memberatkan solat dan bukan yang meringankannya. Kurniakan lah kami anak anak yang soleh dan solehah, yang menghafal dan memahami Al Quran, yang terang hatinya, yang cemerlang dunia akhirat serta yang lembut hatinya. Amin Ya RobbalAmin"

Jom kita amalkan sama sama momma momma semua. Semoga beroleh keberkatan.

boleh buat list macam nih, bila kita banyak tick nanti anak lebih excited nak hafal ;-)
 

Hubungi kami segera
SMS (Doha) 33014039
WhatsApp (Malaysia & Doha) 011 2526 6427
PM di Facebook : Hasliana Md Saad / CaptVitamin
Like page : CaptVitamin
Email : admin@captvitamin.com
Website : www.captvitamin.com
  
* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Copyright © 2013 . and Blogger Templates - Anime OST.